Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Nasi Beriani Ibu Mertuaku

As Salam semua Minggu ni, minggu isu banjir masih diperkatakan. Ya Allah sesungguhnya besar sungguh dugaanmu untuk insan2 yg kamu pilih. Rumah ibuku juga dimasuki air. Semoga ibuku istiqamah dan kami akan datang membantumu ibu. Sekarang nak cerita pasal Kedai Beriani kami. Kedai Beriani sudah dibuka dengan rasminya pada 25 December 2014, iaitu 5 hari yang lepas. Allahamdulilah setakat ini paling banyak boleh jual dalam 22 buah pinggan sehari. Selama 5 hari berniaga, itulah rezeki kami. Kami akan tetap berusaha di samping berdoa. Ya Allah, murahkan rezeki kami supaya dengan rezeki ini kami dapat menggunakannya untuk menolong orang lain. Kuatkan semangat kami untuk meneruskan usaha ini. Berikanlah kesihatan yang baik untuk kami terus cekal berniaga. Satukan hati2 kami untuk berjuang mencari rezekimu. Kedai Beriani ini adalah idea suami yang sudah lama ingin membuka kedai nasi beriani. Cuma tiada usaha dan peluang dan  hanya menjadi cakap2 angin. Suatu hari kawannya memberitahu ad

Mendaki Gunung Rinjani, Lombok dari 23 to 26 October 2014

Imej
Salam U olls 23/10/2014 I'm back. Hurmm kali ni nak update trip yang mengujakan iaitu trip ke Puncak Rinjani di daerah Lombok. Perjalanan bermula 23 Oct bertolak 8:20am dari KLIA2 to Lombok. Sampai di Lombok, btw ini adalah first time saya bermusafir di Indonesia. Airport Lombok sangat kecil. Kalau nak pergi toilet baik guna yang di dalam, yang diluar adalah sekali dengan surau. Agak kotor, mungkin sebab renovation tengah dijalankan. Setelah selesai urusan imigresen,Dalam pukul 11.30am (waktu Malaysia), kami seramai 26 orang. Kami dijemput oleh sebuah 3 buah van, menuju ke chalet kami di Desa Senaru. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam lebih dengan keadaan jalan yang sempit dan banyak motosikal. Kami singgah lunch di Sengigi. Rupanya tuan kedai itu pernah bekerja di Kijal, Kemaman. So cakap ganulah kita. Kami singgah ditepi pantai yang viewnya agak cantik utk mengambil gambar. Huhu gambarnya sampai sekarang tak dapat lagi..hampeh. Sampai di tempat penginapan kami dalam

Kisah Satay

Imej
As Salam semua Hari ni rasa nak menulis kisah satay. Rasanya orang Melayu, Cina dan India suka makan satay. Kisah ini berlaku dua malam lepas bila kami ditawarkan untuk mengusahakan kiosk satay di sebuah foodcourt di Kerteh. Tujuan sebenar kami berjumpa owner adalah untuk bertanya tentang kiosk kosong di foodcourt berkenaan. Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan dipertemukan dengan kawan yang baik. Dia yang bawa suami berjumpa tuan punya kiosk. Tiba2 dia menyuarakan cadangan untuk kami mengambil kiosk satay di situ.     Semasa suami memberitahuku, aku rasa teruja. Walaupun tujuan sebenar kami nak sewa kiosk untuk menjual nasi beriani. Yess... Satay... why not? Aku teringat 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan. Inilah masanya. Semoga 2015 memberi sinar baru untuk kami. Rezeki untuk kami kongsi dengan anak2 kami. In shaa Allah. Now, kena kerja keras nak memikirkan macamana nak laksanakan business ini. Saya memang tahu saya tak mampu nak buat sendiri. Saya kena fiki

Persiapan menuju Rinjani 24 Oct 2014

Imej
As Salam Hari ni dah 19 October 2014, hanya tinggal lebih kurang 3 hari lagi untuk mendaki ni... Apa yang aku dah buat? Owh... Ya Allah kurniakanlah aku kesihatan yang baik, stamina yang kuat dan ketabahan mental. Perasaaan takutpun ada...maklumlah tidak semudah itu untuk ke Puncak Rinjani. Allah, tabahkan hatiku, kurniakan segala kebaikan untuk aku melihat keindahan Alam ciptaanmu di depan mataku. Hari selasa akan menjadi hari terakhir untuk training. Rabu malam kami akan bertolak. Anak2 akan diuruskan oleh suami yang terbaik di alam ini yang Allah telah kurniakan kepadaku. Bersyukurlah wahai diri kerana aku pasti aku takkan jumpa lelaki lain sebaik dia di kehidupan ini. Terima kasih suamiku. Ampunkan dosa2 isterimu ini. Okay, antara training yang aku dah buat:- 1) Step exercise e.g Naik turun tangga, panjant tangga kat plant (dah setahun setengah kerja kat Petronas Penapisan Terengganu ini baru ada peluang memanjat CCR) 2) Jogging 3) Kayuh basikal Ya Allah, se

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w

Khutbah Terakhir Assalamualaikum utk semua. Setiap jumaat kita akan mendengar khutbah di masjid tapi cuba hayati Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W ini: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini." "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang. Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kami sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula." "Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba

Be Positive In Life (Keep smiling & Let Go)

Imej
Live Life to the Fullest. Hidup kerana Allah. Hidup kerana ingin membantu sesama kita. Hidup dikelilingi orang yang menyayangi kita. Bahagiakan diri sendiri dan keluarga kita. Sentiasa bersangka baik..In shaa Allah bahagia. Jangan tunggu orang bahagiakan kita. Kita kena cari kebahagiaan untuk diri sendiri. Saya pernah lalui saat di mana saya menunggu orang bahagiakan saya, rupanya hidup tidak begitu, kita perlu memberi bahagia, barulah bahagia itu datang. Untuk suami yang tercinta, maafkan isterimu ini di atas segala kesalahan yang telah dilalukakan. Semoga cinta dan kasih kita berkekalan. In shaa Allah

Mendaki Gunung Berembun 26 & 27 September 2014 (Air Terjun Chemerong)

Imej
          Assalamualaikum Kali ini nak cerita pasal pendakian saya ke Puncak Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir. Sebenarnya pendakian kali ini adalah untuk training sebelum mendaki ke Gunung Rinjani di Lombok bulan depan daripada 24-28/10/2014 nanti. Kami sangat berterima kasih kepada En Dinie, organiser kami yang tak jemu membakar semangat kami untuk mendaki. Kalau tak jumpa En Dinie, takdelah saya berkecimpung dlm bidang mendaki ni. Dari rumah saya di Kerteh, saya drive ke tempat parking Air Terjun Chemerong. Sampai di sana dalam pukul 8pagi, makan breakfast dan sedikit taklimat dan stretch up. Saya kali ini membawa anak saya yang beria-ia sangat nak ikut. Dia berumur 9 tahun dan bersekolah di darjah 3. Dia berjanji takkan merungut walau apapun yang berlaku. (heeeheee). Ini adalah kali pertama dia akan trekking jarak jauh. Saya pernah bawa dia trekking di Poring Hot Spring Sabah dan Taman Negara Pahang. Setelah briefing selesai, bermulalah pendakia

Ibu dan Haji 2014

Imej
Salam Selamat Pagi semua. Allahamdulilah masih diberikan nafas dan tenaga untuk bergerak hari ini. Syukur kepadamu Ya Allah. Malam tadi tidur awal.. Saya baru balik dari kampung. Kampung saya ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu Kelantan. Sebenarnya ibu saya akan bertolak untuk mengerjakan haji pada tahun ini 2014. Tarikh sebenar ialah berlepas ialah 26/9/2014. Jadi, weekend ni je ada masa untuk melihat ibu. Sebelum balik, buah tangan mesti bawa. Because I love you mom. Opkos kali ni kek lapis untuk ibu terchenta. In shaa Allah. Pulangnya anak adalah untuk memenuhi tuntutan kasih sayang.Kali ini balik tanpa suami kerana suami sedang bekerja mencari rezeki. Bertolak dari Kerteh seawal 6.45am. Sampai di Kota Bharu dlam pukul 10.10 am. Allahamdulilah. Allah menghantar kami pergi dan balik dengan selamat. Ibu, saya sayang kamu. Tiada insan lain di dunia ini yang menerima aku seadanya kecuali ibuku sendiri. Saya sayang ibu. Setiap kali berjumpa ibu, perasaan seper

Pulau Kapas di Hari Malaysia 16092014

Imej
  The breakfast show   Jom mandi Salam Semalam, kami ke Pulau Kapas lagi. Setelah jemu duk fikir nak gi mana sempena cuti sekolah ni, inilah tempat yg paling sesuai dengan cuti akak yang ciput ini. Dengan harapan semoga anak2 happy dan lebih happy kerana kawan2ku pun turut serta. Kami hanya pergi untuk Day Trip. Dari Kerteh pukul 6.50 am. Sampai di Marang 7.50 am. Pagi bolehlah laju sikit hehehe. Kebetulan ada pasar pagi kat Marang beli breakfast dan sebagainya. First boat ialah pukul 8.30 am. Sampai di sana, kami dah book Kapas Coral Resort untuk Day use. Tapi x boleh check in sebab org tak kluar lagi. Hrmmm. Kami lepak2 snorkeling dan BBQ. Budak2 puas mandi. Akak pulak, ada satu incident, terlanggar dahan pokok.. sakit ooo kepala akak. Boleh masuk bilik dalam pukul 1.Mandi dan bilas dan bersiap2 untuk balik. Boat untuk balik sampai dalam pukul 3.30pm. Kali ni agak pening sedikit sebab ombak kuat. Mujur akak tak muntah. Trip ini sangat murah. Tiket RM30 unt

Lirik Lagu Arjuna Beta

As salam semua Saya suka dengar lagu ini. Saya ada terbaca kisah sedih Fynn Jamil yang anaknya mengidap sakit jantung. Semoga Arjuna cepat sembuh. Verse 1 Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur datang petir menyambar jengking dan ular– bonda takkan berundur nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa verse 2 kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi jalan betul, anakanda, tak jelas mata– ambil yang sarat duri hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela chorus ngeri tak terbayang mata bonda takkan ada sentiasa nanti moga kau tak lupa bonda memujukmu, anakanda hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa Semoga Mohd Adam Mohd Kassim, Mohd Feerdaus Mohd Kassim dan Nur Alia Maisarah Mohd Kassim menjadi anak y

Kenduri Kahwin di Segamat

30 Ogos, Cuti hari kemerdekaan ini, banyaklah jemputan kenduri kendara. Of course makan dan makan. Kami bertolak dari Kerteh dlm pukul 11.30am. Sampai di Segamat dalam pukul 3.30pm. Lepak, makan dan akad nikah bermula 5 pm. Pengantin lelaki orang Beserah Kuantan. Dengan sekali lafaz, Sarah menjadi isteri. Allahamdulilah. Pukul 6:30 petang bertolak ke rumah mentua di Tangkak. Sampai Tangkak dalam pukul 8:00pm. Solat dan ready untuk keluar makan. Penat tapi allahamdulilah dapat memanjangkan silaturahim kami. 31 Ogos, bangun pagi aku pergi ke kedai Makan Warisan Asam Pedas, niat nak cari nasi lemak kegemaran Encik suami. Nasi lemak dah abis, tapau mee jelah untuk di bawa balik. Aku dan Feerdaus makan kat kedai..hehehe Dalam pukul 11:30 bertolak ke Segamat semula untuk upacara kenduri kahwin. Inilah masanya suamiku nak jumpa sepupu sepapatnya. I know hanya time kenduri dan kematian sahaja mereka ini sempat berjumpa. Hari raya kadang payah juga nak jumpa. Sampai segamat dalam

Adam First Time warded kerana Bronchitis

Imej
Salam Lama tak update blog ni. Sebab..anak kena warded kat Kuantan Specialist.Hari Ahad, anakku batuk2, suami meminta aku membawanya ke klinik. Dah dibawa ke klinik, doctor kata kena nebuliser sebab nafasnya agak ketat. Nebuliser kena buat pagi dan malam. Malamnya king of my heart bawa anak ke klinik. Doc cakap dengan king esok datang neb lagi. Esoknya Ahad dia bawa anak neb lagi sekali. Doc kata tiada perubahan. Dia refer Adam ke Kuantan Specialist. King minta aku ambil cuti untuk bawa anak further check up kat Kuantan Specialist. Sampai di sana, kami di refer kepada Doctor Siti Noor, peaditrician. Mulanya dia check dan merasa ada sedikit ketat pernafasan Adam. Lepas neb, masih begitu juga. Doctor pun kata kena admit...What??? Inilah pengalaman pertama anak masuk hospital. Adam berumur 9 tahun.Aku dengan sehelai sepinggan dtang mcamana ni? husband kata pergilah beli baju dan sedikit keperluan. Kami pun pergi beli baju dan balik semula ke hospital.Seluar aku tak beli sebab aku ce

MH17 - Nilai Tambah Diri

22 Ogos 2014, negara bersedih menerima jenazah mangsa kekejaman manusia yang lain. Bayangkan diri kita di dalam keranda itu, kita dibawa ke tempat terakhir kita. Sesungguhnya mati itu pasti, tidak akan tercepat atau terlambat. Bila tiba masanya, setiap orang akan mati. Ya Allah,  matikan aku di dalam Dini Islam mu.. Ya Allah ampunilah dosa2ku. Dalam masa yang sama kita yang masih hidup ini perlu meneruskan hidup kita. Perlu meneruskan rutin kita dan perlu menambah nilai diri kita. Saya suka dengan perkataan nilai tambah diri kita. Iaitu kita sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik. Contohnya hari ini kita boleh membantu seorang kawan, esok kita cuba untuk membantu dua orang kawan. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengikhlaskan diri kita, tapi sebagai khalifah Allah kita kenalah saling bantu membantu. Begitu juga nilai tambah diri sendiri. Skill yang ada dalam diri kita. Selalunya kita manusia terlupa untuk melihat kelebihan kita kerana kita asyik melihat ke

Resipi Lasagna untuk jamuan hari raya opis mak engku

Imej
Salam semua Hari ni ada jamuan raya kat opis akak ni. Apa yg saya bawa untuk jamuan kali ini? Jom intai Tadaaaa... Beef Lasagna   My lasagna     My Pavlova   Resipi Lasagna Terbaekkk   Fresh milk 2 kotak Cheedar Cheese 2 bar (kena grated) atau beli siap grated 500gram Mozarella Cheese (untuk topping atas sekali) 2 paket Tepung Gandum 300 gram Butter 200 gram Serbuk Lada hitam   Masukkan   butter ke Dalam   kuali, masukkan cheedar cheese, tepung gandum dan fresh milk. Masak sampai pekat. Masukkan dua sudu serbuk lada hitam.     Inti Daging   Daging cincang 2 paket panjang – Ramly Tomato Puree 3 Tin besar Bawang Besar 1 kg (Cincang Halus sambil menangis) Oregano ½ botol (Mc Cormix) kalau xde daun Lasagna Sheet 2 kotak Sos Tomato 2 Botol besar Masukkan butter, t

Raya dan Open House

Imej
Gambar Raya Department Kami Finance Department Petronas Penapisan Terengganu August 2014 Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Maafkan aku... Penulis berbaju kebaya hijau tu...      

Dunia Perkahwinan

Kali ini entry saya mengenai dunia perkahwinan, semalam dikejutkan oleh seorang kawan yg saya sentiasa fikirkan hidupnya bahagia. Tiba2 dia beritahu mereka akan berpisah. Saya terkejut, saya sangka semuanya baik-baik belaka. Saya ingin menasihatkan para kaum hawa di luar sana, dunia perkahwinan tidaklah seperti yang kita impikan. Dunia perkahwinan adalah realiti di mana dua manusia berbeza hidup di dalam sebuah rumah dan bilik yang sama. Terlalu banyak cerita di dalam tv mempamerkan yang indah2 sahaja. Realitinya, ada manis ada juga pahit. Kalau sebelum berkahwin perempuan berangan bahawa dia akan mengubah suaminya dari begini..jadi begitu.. Realitinya, suami tetap suami, isteri tetap isteri. Mungkin 10% kita berjaya ubah, pada suami dia tetap ingin menjadi dirinya. Saya rasa apa yang perlu ialah menjadi diri sendiri. Kita tak perlu please him all the times. Kalau suka kita cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Berkata benarlah walaupun pahit. Tapi cara untuk memberitahu itu p

Bersederhana Dalam Berpakaian

As Salam Hari ini 10/08/2014, aku membaca kitab Riyadhus Solihin. Petikannya berbunyi begini:- Dari Mu'az bin Anas r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan - keindahan - pakaian karena maksud merendahkan diri kepada Allah, padahal ia kuasa untuk menggunakannya, maka ia akan dipanggil oleh Allah pada hari kiamat dengan disaksikan oleh kepala sekalian makhluk - yakni di hadapan orang banyak, sehingga Allah akan menyuruhnya supaya memilih pakaian apa saja yang ia- ingin mengenakannya dari ber-bagai pakaian keimanan." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Allahuakbar, Indahnya Islam. Bukan untuk kita menunjuk-nunjuk pakaian siapakah yg paling cantik dan indah. Cukuplah dengan kita memiliki pakaian. Wahai diri, Istiqamahlah. Aku dah jauh tersesat. Terlalu jauh, Apabila ingin membeli pakaian selalunya aku memilih yg aku rasa paling cantik, kalau boleh paling mahal dan bermutu tinggi. Sebe

Hari Raya 2014

Salam Syawal Cuti raya dan cuti dari berblogging. Raya kali ni agak suram. Rumah Ibu tiriku, (madu ibuku) dijalat api dua hari sebelum hari raya. Keadaannya tinggal sehelai sepinggang. Ibuku datang membawa bantuan untuk Cheq. Kesian Cheq, nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. Kejadian dikatakan berlaku diakibatkan oleh litar pintas. Cheq yg ketika itu tinggal keseorangan sedang menunggu watku berbuka puasa, masa tu jam menunjukkan pukul 7:30mlm. Dia menerima panggilan telefon dari jiran mengatakan rumahnya dijilat api, dia panik dan tidak tahu dimanakah kunci grill diletakkan. Beberapa orang jiran lelaki memecahkan dinding untuk mengeluarkan Cheq. Allahamdulilah, nyawa Cheq masih panjang. Allah masih memberinya masa untuk hidup di buminya ini. Raya kali ini paling suram, bagi aku yg suami beraya di Iraq sana, aku dan anak2 beraya di Kota Bharu bersama ibu tercinta.Allahamdulilah, tiada tangan suami untuk dicium, ada tangan ibu untuk di cium. Syukurlah. Walaupun dengan kedukaa

Aku terlanggar kucing

Subahanallah Hari yg kelabu. Ku terlanggar kucing masa nak hantar permata hati ke sekolah. Kucing tu tiba2 lari ke arah kami dan aku dah xleh buat apa2. Ya Allah, aku tengok kat side mirror, anak2 pun tengok kucing tu menggelepar. Anak2 cakap stop la mami kucing tu menggelepar. Aku kata tak apa nanti mami uruskan. Aku tak sanggup nak bagi budak2 tengok. Kebetulan, hari ini Feerdaus akan menghadapi TRIAL UPSR. Aku menangis sambil memandu, anak2ku semuanya terdiam. Sampai di sekolah aku turunkan anak2 dan selepas berdoa untuk mereka, aku kembali ke tempat kejadian. Kebetulan banyak plastik dalam kereta, aku keluarkan plastik dan ambik kucing tu. Tak sanggup nak tengok lama2. Bawa balik dan aku gali lubang tanam kat tepi parit dekat kawasan rumah. Allah, ampunilah dosa2ku. Aku menangis x henti, rasa sakit pula kepala pagi ini. Memang kucing tiada dosa, tapi aku banyak dosa. Aku ada chat dengan kawan, dia tanya comel tak kucing tu? Aku kata tak comel. Dia kata takpelah biasan

Belajar menjadi penyabar

Salam semua Dalam kehidupan, kadangkala kita tidak sabar. Bersabar senang untuk diucapkan, tetapi adakah kita bersabar bila di uji? Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11]. Bersabarlah wahai hati. Jika kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada lagi orang lain yg ujiannya lebih berat dari kita. Oleh itu, bersyukur dan bersabarlah. Allah bersama orang2 yang sabar. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar .” – [Al-Baqarah:153] Malaysia diuji lagi. Kali ini dengan kisah MH17 yang ditembak jatuh. Berita ini benar2 membuatkan ku berfikir, setiap yang hidup pasti mati. Bila kita mati, kita akan tinggalkan segala-galanya. Kita hanya bawa dosa dan pahala sahaja. Dan kawan2 kisah saudara ki

Ujian Allah

Salam semua Dua pagi aku di uji Allah. Cukuplah Ya Allah, aku tak sanggup. Maafkan aku Ya Allah. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Sengsarakah hidup? aku sendiri tiada jawapan. Aku pilih untuk bahagia. Aku kena belajar untuk jadi bahagia. Allah kuatkan semangatku. Allah bantulah aku. In shaa Allah

Kesayuan melanda - ups and down in life

Sayang Kubawa jauh rinduku Kerna akau telah tahu Kau bukan milikku Sayang Sesunguhnya bukan mudah Menjalani hidup ini Tanpa kau di sisi Jauh disudut hati Aku masih bermimpi Mimpi yang indah Esok kau kembali Jauh di sudut hati Ada waktu-waktunya Aku berdoa Kau pulang semula Sayang Biar ku mengingatimu Biar kugantung harapan Hingga sampai waktu Nafas terakhirku

Berbuka puasa bersama keluarga di Nilai N9

Salam 15 Ramadhan Begitu cepat masa berlalu, Sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. YA Allah ampunilah segala dosa2 kami, semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru kesucian hati kami terhadapmu Ya Allah. Kali ni nak cerita acara berbuka puasa sebelah keluarga suami. Pada hari Khamis lalu, dalam pukul 2 petang suami pergi jemput anak dari asrama di Kuala Abang Dungun, bawa balik ke Kerteh. Kami dah siap packing tunggu anak perempuan tu balik packing barang dia. Lepas semua dah packing dalam pukul 6 bertolak menuju Nilai Negeri 9. (Mak mentua tinggal di rumah adik ipar di Nilai) Singgah Kemaman untuk berbuka puasa dan meneruskan perjalanan. Agak mengantuk dan penat. Singgah sebentar di KL untuk menghantar biskut ke rumah kawan dan sempat membeli kopiah berjenama Waqi yang diusahakan oleh suami kawan saya ini. Kopiahnya agak kemas buatannya dan sesiapa berminat boleh call kawan saya 0122175856. Sampai KL dalam pukul 11.45pm. Lepas itu bertolak dari KL dalam pukul 1 pagi. Allahamdul

Gaza di Bom Lagi

Salam buat semua Berikan masa anda satu minit untuk aminkan doa untuk negara Islam yang dianiaya Ya Allah Ya Qahar Ya Jabbar Ya Muntaqim Ya Dzal Jalalil wa Ikram Ya Allah, Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan dimerata tempat Ya Allah bantulah mereka, dan janganlah engkau membantu musuh  melawan mereka Ya Allah berikanlah kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh2 Ya Allah tepatkanlah tembakan senjata mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka Ya Allah satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka Ya Allah jadikanlah jihad mereka di jalanMu dan janganlah haramkan pahala jihad ke atas kami Ya Allah bantulah kaum muslimin Musnahkanlah Zionis Ya Allah Allahuakbar Jom kita menderma ke tabung Aman Palestine Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wan

Bila anak demam

Salam 11 Ramadhan 2014 Hari ini nak bercerita bila anak demam. Kronologi nya. Hari Ahad 06 July 2014. Cikgu Adam call pada pukul 1.15 tengahari mengatakan Adam demam di sekolah. Aku bergegas ke sekolah untuk mengambil Adam dan membawanya berjumpa doktor. Doktor check suhu badannya 39"c. Confirm demam dan agak tinggi suhunya. Doktor bekalkan 5 jenis ubat dan doktor kata kalau demamnya tidak hilang atau dia mengadu sakit badan aku kena bawa Adam kembali ke klinik. Doktor kata sekarang musim denggi, di klinik dia sahaja dah ada 6 kes Denggi. Ya Allah, selamatkanlah kami. Ujian tubuh badan sedang melanda Adam. Dia kanak2 darjah 3, tidak sekuat aku. Biarlah kesakitan itu diberi kepadaku sekiranya boleh. Kesian anakku. Setelah dua hari tidak ke sekolah, pagi tadi aku hantar Adam ke sekolah. Sebab malam tadi dia mula bermain dengan abangnya, setelah dua hari tidak bermain. Aku check badannya dah ok. Dalam pukul 10 pagi, cikgu telefon, Adam demam lagi. Ya Allah, ampunilah dosa

Sharing - Isteri dan Pahala

As salam semua, Tengahari ini saya nak share apa yang saya dengar mengenai ceramah di radio tadi. Sebelum saya berkahwin, saya memang tak bangun sahur kalau saya period atau tidak boleh solat dan puasa. Setelah berkahwin, suami mengejutkan saya untuk bangun sahur dalam keadaan hadas sekalipun. Ramadhan pertama saya dengan suami ketika dalam hadas menyebabkan saya memarahi dalam hati, kenapa saya mesti bangun sedangkan saya dalam keadaan hadas dan saya tidak berpuasa? Saya bangun juga dalam keterpaksaan. Sebagai isteri, sebenarnya terlalu banyak cabang pahala untuk kita, jika kita ikhlas. Kata2 ustaz tadi "Seorang isteri, apabila dia bangun sahur dan menyediakan makanan kepada suami dan anak2 sekalipun dia dalam hadas.. Pahalanya adalah seperti mengerjakan Haji atau Umrah . Ya Allah, berdosanya diri. Ampunilah dosa2 ku Ya Allah. Aku mesti didik hati untuk ikhlas, itu yang sebaiknya. Setiap hari cuba untuk mengambil peluang membuat pahala untuk suami dan anak2. In

Setiap Yang Hidup Pasti Mati

9 Ramadhan 2014 Salam 9 Ramadhan. Pagi ini dalam perjalanan menuju tempat kerja, aku berniat untuk singgah rumah kawan nak hantar stok muruku. Rumah kawan tu adalah rumah teres lot hujung. Bila masuk ke lorong itu, terdapat banyak kereta dan orang di luar rumah. Aku nampak remaja memegang surah Yassin. Al Fatihah, ada orang meninggal. Ya Allah, bila masaku tiba nanti, adakah keadaannya sebegini? seorang demi seorang keluar masuk ke dalam rumah untuk melihat jenazah ku...?? itu tak penting.. bagaimanakah keadaan jenazahku ketika itu? Adakah aku akan mati dalam senyuman? Adakah aku mati membawa pahala atau dosa? Allahuakbar. Ampunilah dosa2 KU. Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku… Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku… Andai ku tahu… Kapan tiba masaku… Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku… Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku… Andai ku tahu… Malaikatmu kan menjemputku… Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… Aku takut akan semua

Kek Coklat Pulaaaa...Choc cake fever

Imej
Salam All Kek Coklat pulak datang menjelma. Nak order boleh call 0199680416. Aida. Harga RM12. Promosi Sebelum Raya & Hari Raya RM12 RM12