Adam First Time warded kerana Bronchitis

Salam

Lama tak update blog ni. Sebab..anak kena warded kat Kuantan Specialist.Hari Ahad, anakku batuk2, suami meminta aku membawanya ke klinik. Dah dibawa ke klinik, doctor kata kena nebuliser sebab nafasnya agak ketat. Nebuliser kena buat pagi dan malam.

Malamnya king of my heart bawa anak ke klinik. Doc cakap dengan king esok datang neb lagi. Esoknya Ahad dia bawa anak neb lagi sekali. Doc kata tiada perubahan. Dia refer Adam ke Kuantan Specialist. King minta aku ambil cuti untuk bawa anak further check up kat Kuantan Specialist.

Sampai di sana, kami di refer kepada Doctor Siti Noor, peaditrician. Mulanya dia check dan merasa ada sedikit ketat pernafasan Adam. Lepas neb, masih begitu juga. Doctor pun kata kena admit...What??? Inilah pengalaman pertama anak masuk hospital. Adam berumur 9 tahun.Aku dengan sehelai sepinggan dtang mcamana ni? husband kata pergilah beli baju dan sedikit keperluan. Kami pun pergi beli baju dan balik semula ke hospital.Seluar aku tak beli sebab aku cerewet pilih seluar dan akan take time. Husband pula terpaksa balik kerana anak seorang lagi ada di rumah kawanku. Tak sampai hati nak biarkan Feerdaus tidur rumah orang. Jadi En hubby kena balik.

Tinggallah aku di hospital dengan Adam. Adam sangat excited pada Isnin 26 August 2014 sebab kali pertama masuk hospital pada pukul 4.30pm. Mulanya kena kongsi bilik sebab tiada bilik kosong. Tengah malam baru dpat bilik single. Selasa 27 August dia sangat excited explore katil hospital yang mempunyai remote. Pelbagai aksi ditonjolkan. Dia call abangnya Feerdaus, dia kata abang, hospital ni best sangat, ada katil remote, ada disney channel dan makan sedap. Macam hotel. Menjelang petang dia dah boring. Kejap2 turun pergi beli kat kedai aci kat bawah tu. Keadaan dia tak beransur baik sangat. Cuma Adam berdisiplin makan ubat dan sentiasa memberi kerjasama apabila di neb.
Malam selasa dia tunggu doc datang, aku tanya kenapa tunggu doc? Adam ada soalan nak tanya. Adam nak tanya bila boleh balik...hahahaha. By the time doc datang, dia tidur tak bangun hehehe.

Esoknya 27 August, dia tunggu doc lagi. Dia kata dia tak happy duduk hospital. Aku kata mana ada org happy duduk hospital? dia kata adaaaa... tu Doc tu.Hehehe bertuah punya anak.


Setelah di check oleh doc pagi tu, doc kata dia boleh balik petang Rabu, pukul 4 petang. He is so happy. Aku pun happy, Allahamdulilah. Ya Allah baikkanlah kesihatan anak-anakku.

Amin.

Gambar gaya2 puahsang di hospital.



 
Best..katil ni ada remote...

 
Lagi best duduk bawah katil
 

 

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli