Belajar menjadi penyabar

Salam semua

Dalam kehidupan, kadangkala kita tidak sabar.

Bersabar senang untuk diucapkan, tetapi adakah kita bersabar bila di uji?

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati. Jika kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada lagi orang lain yg ujiannya lebih berat dari kita.

Oleh itu, bersyukur dan bersabarlah.

Allah bersama orang2 yang sabar.

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

Malaysia diuji lagi. Kali ini dengan kisah MH17 yang ditembak jatuh. Berita ini benar2 membuatkan ku berfikir, setiap yang hidup pasti mati. Bila kita mati, kita akan tinggalkan segala-galanya. Kita hanya bawa dosa dan pahala sahaja.

Dan kawan2 kisah saudara kita di Gaza, mereka masih lagi memerlukan bantuan kita. Marilah kita sama2 menderma semoga dengan derma kita itu akan menjadi asbab untuk kita ke syurga. Saya menitiskan airmata melihat beberapa orang wanita yang menderma barang kemas mereka untuk membantu saudara kita di Gaza. Semoga saya juga punyai kekuatan yang sama untuk berbuat demikian. In Shaa Allah.

La Tahzan

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli