Dunia Perkahwinan

Kali ini entry saya mengenai dunia perkahwinan, semalam dikejutkan oleh seorang kawan yg saya sentiasa fikirkan hidupnya bahagia. Tiba2 dia beritahu mereka akan berpisah. Saya terkejut, saya sangka semuanya baik-baik belaka.

Saya ingin menasihatkan para kaum hawa di luar sana, dunia perkahwinan tidaklah seperti yang kita impikan. Dunia perkahwinan adalah realiti di mana dua manusia berbeza hidup di dalam sebuah rumah dan bilik yang sama. Terlalu banyak cerita di dalam tv mempamerkan yang indah2 sahaja. Realitinya, ada manis ada juga pahit. Kalau sebelum berkahwin perempuan berangan bahawa dia akan mengubah suaminya dari begini..jadi begitu.. Realitinya, suami tetap suami, isteri tetap isteri.

Mungkin 10% kita berjaya ubah, pada suami dia tetap ingin menjadi dirinya. Saya rasa apa yang perlu ialah menjadi diri sendiri. Kita tak perlu please him all the times. Kalau suka kita cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Berkata benarlah walaupun pahit. Tapi cara untuk memberitahu itu penting supaya tiada yg terluka.

Kalau dalam perkahwinan kita terlalu menjaga perasaaan suami sahaja, kita juga tidak akan bahagia. Kita kena menyuarakannya. Pengalaman saya di awal perkahwinan saya, saya menjaga hati suami dan tinggal bersama mertua dan seorang adik ipar. Bayangkan daripada anak dara saya biasa sendirian dan hidup dengan kawan2. Sampai di alam perkahwinan, ada suami dan anak dan mertua. Saya belajar hidup bersama2. Berkongsi apa yang ada, dan kadangkala ada juga tidak sependapat. Tapi saya selalu yakin, kalau kita ikhlas, tiada apa2 yg tidak elok akan terjadi. Allahamdulilah 4 tahun kami hidup bersama mertua di bawah satu bumbung, salah faham sikit2 biasalah.

Realitinya, kita kena mencari cara untuk membahagiakan diri sendiri. Jangan tunggu orang untuk membahagiakan kita. Ikhlas pada diri sendiri, menjadi diri sendiri dan jangan memendam rasa. Jika tidak puashati ...suarakanlah kerana suami tidak tahu apa ada dalam fikirkan kita. Kalau dia boleh ubah, bolehlah. Kalau tak boleh, kita terima dengan redha. Sebagaimana dia menerima kita, kita juga menerima dia sebegitu kerana tiada seorangpun dari kita yang sempurna.

Allahamdulilah perkahwinan mengjangkau ke usia 16 tahun In shaa Allah. Banyak ujian yang kami tempuhi tapi saya memilih untuk terus hidup bersamanya kerana saya tahu, tiada insan lain yg boleh menjaga saya selain dia. Dan yang lain2 akan datang saya serah pada Allah.

Jika dia ingin memilih perempuan lain sekalipun, saya tetap akan hidup dengan dia. Saya rasa saya mampu dengan izin Allah.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli