Bila anak demam

Salam 11 Ramadhan 2014

Hari ini nak bercerita bila anak demam.

Kronologi nya. Hari Ahad 06 July 2014.

Cikgu Adam call pada pukul 1.15 tengahari mengatakan Adam demam di sekolah. Aku bergegas ke sekolah untuk mengambil Adam dan membawanya berjumpa doktor. Doktor check suhu badannya 39"c. Confirm demam dan agak tinggi suhunya. Doktor bekalkan 5 jenis ubat dan doktor kata kalau demamnya tidak hilang atau dia mengadu sakit badan aku kena bawa Adam kembali ke klinik.

Doktor kata sekarang musim denggi, di klinik dia sahaja dah ada 6 kes Denggi.

Ya Allah, selamatkanlah kami. Ujian tubuh badan sedang melanda Adam. Dia kanak2 darjah 3, tidak sekuat aku. Biarlah kesakitan itu diberi kepadaku sekiranya boleh. Kesian anakku.

Setelah dua hari tidak ke sekolah, pagi tadi aku hantar Adam ke sekolah. Sebab malam tadi dia mula bermain dengan abangnya, setelah dua hari tidak bermain. Aku check badannya dah ok. Dalam pukul 10 pagi, cikgu telefon, Adam demam lagi. Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampunilah dosa keluarga kami. Ujian apakah ini Ya Allah? Kesian Adam. Doakan Adam cepat sembuh. In Shaa Allah.

Sekiranya demam tidak berkurangan, petang ini aku akan membawa Adam kembali ke klinik. Aku tak sanggup membiarkan dia begitu. Kalau perlukan ujian darah, aku rela. Semoga kami dilindungimu Ya Allah.

Cerita pasal denggi, sebenarnya Feerdaus abang kepada Adam pernah menjalani ujian darah ketika berusia 60 hari. Saat doktor cucuk untuk ambik darah, aku menangis, Sebabnya beberapa kali dicucuk masih tidak keluar darah. Bayangkan mereka kecil dan comel, dicucuk dan urat tidak dijumpai. Kesian anakku. Tabahlah wahai anak kerana banyak lagi ujian2 lain akan kamu tempuhi di masa akan datang. Ibu sayang kamu.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli