Ibu dan Haji 2014

Salam

Selamat Pagi semua. Allahamdulilah masih diberikan nafas dan tenaga untuk bergerak hari ini.

Syukur kepadamu Ya Allah.

Malam tadi tidur awal..

Saya baru balik dari kampung. Kampung saya ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu Kelantan.

Sebenarnya ibu saya akan bertolak untuk mengerjakan haji pada tahun ini 2014.

Tarikh sebenar ialah berlepas ialah 26/9/2014. Jadi, weekend ni je ada masa untuk melihat ibu. Sebelum balik, buah tangan mesti bawa. Because I love you mom.

Opkos kali ni kek lapis untuk ibu terchenta.

In shaa Allah.

Pulangnya anak adalah untuk memenuhi tuntutan kasih sayang.Kali ini balik tanpa suami kerana suami sedang bekerja mencari rezeki.

Bertolak dari Kerteh seawal 6.45am. Sampai di Kota Bharu dlam pukul 10.10 am.

Allahamdulilah. Allah menghantar kami pergi dan balik dengan selamat.

Ibu, saya sayang kamu. Tiada insan lain di dunia ini yang menerima aku seadanya kecuali ibuku sendiri. Saya sayang ibu. Setiap kali berjumpa ibu, perasaan seperti ingin dipeluk2 dibelai2 seperti bayi. Rindu yang sentiasa ada, yang tak pernah padam.

Sebelum balik semula ke tempat mencari rezeki, mesti ada duit poket diberikan kepada ibu. Masa ada banyak, saya akan bagi banyak. Sekiranya ada sedikit,saya tetap berikan sedikit, kerana kasih sayang buat ibu. Saya ingin dia gembira, saya ingin dia bahagia.

Ya Allah ampunilah dosa2 ibuku. Semoga kami bertemu di Jannah. Doakan supaya anakmu menyusul ke tanah suci.

In Shaa Allah.
 
My mom : Puan Faizah bt Hamzah
I Love you MOM

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli