Nasi Beriani Ibu Mertuaku

As Salam semua

Minggu ni, minggu isu banjir masih diperkatakan. Ya Allah sesungguhnya besar sungguh dugaanmu untuk insan2 yg kamu pilih. Rumah ibuku juga dimasuki air. Semoga ibuku istiqamah dan kami akan datang membantumu ibu.

Sekarang nak cerita pasal Kedai Beriani kami. Kedai Beriani sudah dibuka dengan rasminya pada 25 December 2014, iaitu 5 hari yang lepas. Allahamdulilah setakat ini paling banyak boleh jual dalam 22 buah pinggan sehari. Selama 5 hari berniaga, itulah rezeki kami. Kami akan tetap berusaha di samping berdoa. Ya Allah, murahkan rezeki kami supaya dengan rezeki ini kami dapat menggunakannya untuk menolong orang lain.

Kuatkan semangat kami untuk meneruskan usaha ini. Berikanlah kesihatan yang baik untuk kami terus cekal berniaga. Satukan hati2 kami untuk berjuang mencari rezekimu.

Kedai Beriani ini adalah idea suami yang sudah lama ingin membuka kedai nasi beriani. Cuma tiada usaha dan peluang dan  hanya menjadi cakap2 angin. Suatu hari kawannya memberitahu ada shoplot kosong di foodcourt KCK Kerteh untuk disewa. Suami balik berbincang denganku, dan aku sebagai isteri yang mengetahui sudah lama suami bercita-cita begitu terus menjawab In Shaa Allah, kita cuba.

In shaa Allah kita cuba, rezeki kita serahkan pada Allah.

Dalam masa sepuluh hari dari tarikh kami bayar deposit kedai, kami bersusah payah mencari barang di merata tempat. Tukang masak, kami pujuk mak untuk datang memasak di kedai kami, Allahamdulilah, pada 25 December 2014, kedai kami dibuka dengan rasminya. Semoga kedai ini boleh memberi rezeki dan menjadi ibadah kepada kami semua dalam menyediakan makanan kepada warga Kerteh.

So korang kalau nak rasa nasi beriani ibu mertuaku, jemputlah datang ke Gerai NO 5, Hentian KCK untuk merasai keenakan Beriani Johor ini.

Buat suamiku, ampunilah dosa2 isterimu ini. Semoga kita bersama-sama ke jannah.

In Shaa Allah. Ampuni dosa2 kami Ya Allah. Semoga anak2 kami manjadi hambamu yang soleh dan sentiasa berdoa untuk kedua ibu bapanya. Amin.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli