Berbuka puasa bersama keluarga di Nilai N9

Salam 15 Ramadhan

Begitu cepat masa berlalu, Sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. YA Allah ampunilah segala dosa2 kami, semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru kesucian hati kami terhadapmu Ya Allah.

Kali ni nak cerita acara berbuka puasa sebelah keluarga suami. Pada hari Khamis lalu, dalam pukul 2 petang suami pergi jemput anak dari asrama di Kuala Abang Dungun, bawa balik ke Kerteh. Kami dah siap packing tunggu anak perempuan tu balik packing barang dia. Lepas semua dah packing dalam pukul 6 bertolak menuju Nilai Negeri 9. (Mak mentua tinggal di rumah adik ipar di Nilai)

Singgah Kemaman untuk berbuka puasa dan meneruskan perjalanan. Agak mengantuk dan penat. Singgah sebentar di KL untuk menghantar biskut ke rumah kawan dan sempat membeli kopiah berjenama Waqi yang diusahakan oleh suami kawan saya ini. Kopiahnya agak kemas buatannya dan sesiapa berminat boleh call kawan saya 0122175856.

Sampai KL dalam pukul 11.45pm. Lepas itu bertolak dari KL dalam pukul 1 pagi. Allahamdulilah sampai Nilai dalam pukul 1.22am.

Penatnya Ya Allah. Saya terus tertidur. Esoknya tiada acara pusing2 Nilai 3 sebab semua orang penat. Waktu jumaat anak pergi solat berdekatan dengan flat di mana Lola meninggalkan anaknya Firdaus itu. Memang agak terperosok sikit tempat itu di atas bukit di Taman Semarak ini.

Tujuan kami balik adalah untuk majlis berbuka puasa bersama adik beradik suami. Petang, adik ipar yang tinggal di Tangkak pun sampai. Dalam 1/2 jam kami meninggalkan rumah utk makan di sebuah Restoran Siam di Nilai.

Selepas berbuka puasa, kami balik ke rumah adik ipar di Taman Semarak. Dlam pukul 10 keluar lagi menziarahi makcik suami kerana suami tak akan beraya bersama tahun ini. Tahun ini turn suami beraya di Iraq atas urusan kerja. Hampir pukul 12 mlm baru balik rumah adik ipar dan tidur.

Esok pagi, dalam pukul 12 tengahari kami bertolak balik ke Kerteh. Penatnya tak terkira, tapi terima kasih keluarga kerana siapalah kami tanpa anda.

Semoga ikatan kekeluargaan ini berkekalan.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli