Aku terlanggar kucing

Subahanallah

Hari yg kelabu. Ku terlanggar kucing masa nak hantar permata hati ke sekolah. Kucing tu tiba2 lari ke arah kami dan aku dah xleh buat apa2.

Ya Allah, aku tengok kat side mirror, anak2 pun tengok kucing tu menggelepar. Anak2 cakap stop la mami kucing tu menggelepar. Aku kata tak apa nanti mami uruskan. Aku tak sanggup nak bagi budak2 tengok. Kebetulan, hari ini Feerdaus akan menghadapi TRIAL UPSR.

Aku menangis sambil memandu, anak2ku semuanya terdiam. Sampai di sekolah aku turunkan anak2 dan selepas berdoa untuk mereka, aku kembali ke tempat kejadian.

Kebetulan banyak plastik dalam kereta, aku keluarkan plastik dan ambik kucing tu. Tak sanggup nak tengok lama2. Bawa balik dan aku gali lubang tanam kat tepi parit dekat kawasan rumah.

Allah, ampunilah dosa2ku. Aku menangis x henti, rasa sakit pula kepala pagi ini.

Memang kucing tiada dosa, tapi aku banyak dosa.

Aku ada chat dengan kawan, dia tanya comel tak kucing tu? Aku kata tak comel. Dia kata takpelah biasanya kucing tak comel suka curi makanan, jadi akak dah tolong minimisekan kecurian makanan.  Siap dia cakap ntah2 kucing tu dalam perjalanan nak gi curi makanan. Huhu.Terima kasih Allah kerana mengirimkan sahabat2 yg boleh membuatku tersenyum dalam tangisan.

Aku sepatutnya bersyukur, hidupku selama ini dipenuhi kawan2 yang baik. Walaupun kami tiada keluarga di sini, kawan2 lah keluarga kami. Tanpa kawan2 pasti hidupku sunyi. Ramadhan ini kami sentiasa berkongsi rezeki berbuka bersama, kerana aku yakin, manusia memang memerlukan antara satu sama lain.

Terima kasih Ya Allah atas nafas ini.

Dariku,

Pendosamu

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli