MH17 - Nilai Tambah Diri
22 Ogos 2014, negara bersedih menerima jenazah mangsa kekejaman manusia yang lain.
Bayangkan diri kita di dalam keranda itu, kita dibawa ke tempat terakhir kita.
Sesungguhnya mati itu pasti, tidak akan tercepat atau terlambat. Bila tiba masanya, setiap orang akan mati. Ya Allah, matikan aku di dalam Dini Islam mu.. Ya Allah ampunilah dosa2ku.
Dalam masa yang sama kita yang masih hidup ini perlu meneruskan hidup kita. Perlu meneruskan rutin kita dan perlu menambah nilai diri kita.
Saya suka dengan perkataan nilai tambah diri kita. Iaitu kita sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik. Contohnya hari ini kita boleh membantu seorang kawan, esok kita cuba untuk membantu dua orang kawan. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengikhlaskan diri kita, tapi sebagai khalifah Allah kita kenalah saling bantu membantu.
Begitu juga nilai tambah diri sendiri. Skill yang ada dalam diri kita. Selalunya kita manusia terlupa untuk melihat kelebihan kita kerana kita asyik melihat kelebihan orang. Kita sepatutnya berbangga dengan kelebihan kita (bukan riak) tetapi kita kena tahu dan menilai diri kita. Sebenarnya setiap insan yang dilahirkan adalah istimewa. Mereka ada kelebihan mereka tersendiri. Saya sendiri tak pernah menyangka boleh memasak untuk keluarga dan ada demand dari kawan2 untuk menempah segala macam menu masakan saya. Sedangkan dulu diri saya hanya pandai masak air sahaja.
Saya ingin berterima kasih kepada En suami, Mohd Kassim Abd Majid kerana dia yang menjadikan saya seorang wanita sejati. Dengan izin Allah memberi peluang untuk saya menjadi ibu kepada anak2nya, menjadi isteri kepadanya dan menjadi tukang masak untuk keluarganya. Terima kasih suami kerana memberiku peluang membuat pahala untuk ke sana. Andai ada dosa ku terhadapmu harap kau ampunkan aku. Diri ini sentiasa cuba membuat yang terbaik untuk kita semua. In Shaa Allah.
Terima kasih Allah, saya akan menambah nilai diri saya hanya kerana saya inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dan juga masyarakat di sisi saya.