Mendaki Gunung Berembun 26 & 27 September 2014 (Air Terjun Chemerong)

 
 
 
 
 


Assalamualaikum

Kali ini nak cerita pasal pendakian saya ke Puncak Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir.

Sebenarnya pendakian kali ini adalah untuk training sebelum mendaki ke Gunung Rinjani di Lombok bulan depan daripada 24-28/10/2014 nanti. Kami sangat berterima kasih kepada En Dinie, organiser kami yang tak jemu membakar semangat kami untuk mendaki. Kalau tak jumpa En Dinie, takdelah saya berkecimpung dlm bidang mendaki ni.

Dari rumah saya di Kerteh, saya drive ke tempat parking Air Terjun Chemerong.

Sampai di sana dalam pukul 8pagi, makan breakfast dan sedikit taklimat dan stretch up.

Saya kali ini membawa anak saya yang beria-ia sangat nak ikut. Dia berumur 9 tahun dan bersekolah di darjah 3. Dia berjanji takkan merungut walau apapun yang berlaku. (heeeheee). Ini adalah kali pertama dia akan trekking jarak jauh. Saya pernah bawa dia trekking di Poring Hot Spring Sabah dan Taman Negara Pahang.

Setelah briefing selesai, bermulalah pendakian kami.

Sesungguhnya trek ke Puncak Berembun ni agak mencabar juga. Group kami seramai 30 dan 20 orang crew & guide. Total 50 orang yang bergerak dalam group kami.

Orang pertama yang tarik diri adalah medic kami apabila dia terjatuh beberapa kali dan mengalami luka2. Untuk mendaki Gunung Berembun kasut yang sesuai adalah perlu sebab kita banyak memanjat dan merentas sungai-sungai.Tips dari saya, sebelum trekking, pastikan apakah jenis permukaan/bentuk mukabumi yang akan kita lalui. Kasut memang memainkan peranan yang penting dan juga training yang secukupnya. Kalau tiada training, kita akan kurang stamina dan perjalanan akan menjadi hari yang panjang buat kita.

Selepas trekking dalam sejam stop yg pertama adalah Air Terjun Chemerong. Ya Allah cantiknya Air Terjun ciptaanmu ini.





Air Terjun Cemerong

Selepas itu berjalan lagi untuk singgah lunch di Kem Balak. Kami sampai di Puncak Gunung Berembun dalam pukul 5.30 pm dan sampai ke Air Terjun Langsir dalam pukul 6 petang. Hari yang penat dan sangat seronok sebab Air Terjun Langsir sangat cantik. Masya Allah. Berbaloi rasanya berjalan seharian apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah Taala.






Hari kedua, bergerak turun dalam pukul 9:30 am. Balik melalui jalan lain tanpa melalui Puncak Berembun. Memang alam semulajadi ini sangat cantik Ya Allah.


Ohhh Damainyaaaa




Ini Di panggil Lesung, Air mengalir di dalam batu yang bulat itu. Macam Lesung.



Tengok dalam air nampak bayang2
 
 

Good Boy

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli