Mendaki Gunung Rinjani, Lombok dari 23 to 26 October 2014
Salam U olls
23/10/2014
I'm back. Hurmm kali ni nak update trip yang mengujakan iaitu trip ke Puncak Rinjani di daerah Lombok.
Perjalanan bermula 23 Oct bertolak 8:20am dari KLIA2 to Lombok. Sampai di Lombok, btw ini adalah first time saya bermusafir di Indonesia. Airport Lombok sangat kecil. Kalau nak pergi toilet baik guna yang di dalam, yang diluar adalah sekali dengan surau. Agak kotor, mungkin sebab renovation tengah dijalankan.
Setelah selesai urusan imigresen,Dalam pukul 11.30am (waktu Malaysia), kami seramai 26 orang. Kami dijemput oleh sebuah 3 buah van, menuju ke chalet kami di Desa Senaru. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam lebih dengan keadaan jalan yang sempit dan banyak motosikal. Kami singgah lunch di Sengigi. Rupanya tuan kedai itu pernah bekerja di Kijal, Kemaman. So cakap ganulah kita. Kami singgah ditepi pantai yang viewnya agak cantik utk mengambil gambar. Huhu gambarnya sampai sekarang tak dapat lagi..hampeh.
Sampai di tempat penginapan kami dalam pukul 6 petang. What a long journey. Sampai di chalet, kami terus mandi dan bersiap untuk dinner. Kami kena tidur awal kerana pukul 7 pagi akan bertolak ke kaki Rinjani.
24/10/2014
Kami berpagi-pagian bersiap. Setelah selesai breakfast, van datang mengambil kami untuk ke kaki gunung. Rupanya agak jauh juga perjalanan menaiki van dengan jalan yang jelek itu. Kami sampai di kaki gunung dalam pukul 9 pagi waktu Indonesia.
Setelah selesai urusan pass dan sedikit warm up dan doa kami bergerak dalam kumpulan. 3 jam pertama kami melalui savanah yang cantik dan cuaca yang memang panas terik. hurmm hancuslah mukaku wpun pakai sunblock.
Kami berhenti lunch di atas jambatan. Kemudian perjalanan diteruskan. Kali ini kami dah mula naik bukit yg mencanak hurmmm rasakan. Siapa suruh datang? duk umah tengok tv kan best? itulah bermain dlam fikiranku. Tapi bila kami sampai di puncak Plawangan dan sempat melihat matahari telah jatuh sikit... permandangan sangat indah..Subahanallah.
Malam itu kami bermalam di Plawangan. Sejuknya Allah sahaja yang tahu. Kena tido awal kerana pukul 12 mlm nak mendaki ke Puncak Rinjani.
25/10/2015
Memulakan perjalan seawal 12 mlm dengan menggunakan headlamp. Cuaca memang sejuk aku x sure berapa degree tapi memang sejuk gila, dengan tiupan angin lagi hurmm. Dengan limited view lagi. Aku rasa aku makin slow. My hiking buddy ajak berhenti di tengah jalan, dia kata rasa mengantuk dan nak muntah. Aku terfikirkan tanda2 AMS dan aku start imagine orang mati kat Nepal, macam tulah kot. Aku cuba beri dia semangat, setelah lama berhenti, aku solat subuh dalam keadaan terketar2. Aku cuba ajak dia berjalan sambil minta kawan kami yang seorang lagi pergi cari medic kami yg sudah lama ke depan. Kami berjalan perlahan dan aku bagi sikit gap aku dengan dia, supaya dia semangat untuk naik. Trail itu memang torture, kerana pasirnya yang memang menduga kesabaranku.Langkah setapak, turun dua tapak.. bila nak sampai ni... Akhirnya dengan bersusah payah aku sampai ke puncak dlam pukul 7.15 pagi waktu Malaysia.
Aku memang takde mood nak bergambar kat atas kerana memikirkan kawanku ini. Tapi... hahah gambar dia banyak gila dari gambar aku yang 2 keping je... aku cakap tobat aku dah taknak jalan dengan kau. Kau toture aku pastu yang bersenang lenang kat atas aku stress fikirkan dia. Hampeh.
Perjalanan turun ke Plawagan tempat campsite kami hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Turun mcam ribut dan bermain pasir. Memang kena pakai cover hidung dan spek mata, Debunya Ya Allah.
Sampai di Plawangan pukul 10 pagi. Kami semua berkemas2 untuk turun ke Tasik Senaru yang cantik itu. Kawan2ku yg gila bergambar itu tak sampai lagi. Aku mengambil keputusan utk tunggu mereka. Satu sebab kami dtg bersama dan berkawan. Dua sebab barang2 mereka belum kemas. Aku tak nak kemas barang diaorang sebab aku tahu Nurul sangat particular psl barang2 dia. Kalau hilang tak pasal2 aku yg kena.
Akhirnya petang juga kitaorang turun, nasib baik perjalanan turun hanya mengambil masa 2 jam. Nak cerita pasal Rinjani ni.. Gunungnya cantik tapi kotor yang amat. Tisu dan najis merata riti.. memang kotorla. Kena watch out la. Trapnya ada je kat tepi2 jalan, nak cam tengok tisu. Haaa gitulah. yuck.
Sampai di tepi Tasik, kami ke Air Panas untuk mandi. Tapi air panas tu sebenarnya tak bersihpun. Di sini semuanya adalah bekas volcano. Memang tak bersih. Lepas dinner, kami masuk khemah utk tido. Badan yg letih, tapi tak boleh tido lena. 2am, kami bangun untuk cari port utk berak berjemaah.
Hurmmm.
26/10/2014
Perjalanan hari ini akan menjadi agak panjang, tapi kami pasti ianya menyeronokkan kerana ianya hari untuk balik ke civilisation. But I know, perjalanan turun adalah lebih teruk dari naik. Sebab lututku ni..hurmmm. Tapi view sepanjang perjalanan turun sangat superb.Kalau di Kinabalu ada hanya view puncak gunung dan sedikit sungai tapi di sini... Subahanallah. Dan kami siap makan spagetthi kat Gunung hahaha yang disediakan oleh abang2 porter kami. Allahamdulilah. Yes, kami ada misi lain pulak esok... Pulau Gili dan Bali menggamit kami.
Wait for my next updates Pulau Gili dan Bali....

Subahanallah..Pemandangannya sangat Awesome