TWO DAYS IN AMSTERDAM - 2 hari di Amsterdam
Assalamualaikum
Kali ni nak update mengenai kegiatan dua hari kami semasa berada di Amsterdam.
Actually dari Paris kami menuju ke Amsterdam.
Lama juga naik coach dari Paris ke Amsterdam ni. Lebih kurang 500km journey.
Kalau kat Malaysia ni mcam duduk Kuala Terengganu nak ke Johor Bharu kot. Jauh laa.. jauh hehe.
Ok kami bertolak dalam 8:30 pagi dari IBIS Paris d Orleans menuju ke Amsterdam.
Dalam pukul 5 petang kami sampai ke Zaandam. Cuaca di sini berangin mak oooiii.
Pandangan pertama aje turun dari bas kami Nampak banyak basikal sebab hotel ni dekat dengan station train.
Pada pemikiran aku org sini memang suka kayuh basikal. Tempat parking basikal wahhh banyak gilaaa.
Sampai dah petang I decided nak pergi merayau di sekitar kawasan Zaandam ni.
So kami keluarlah sebab dekat situ ada kedai Primark. Malangnya kami sampai kedai dah tutup.
Cuaca sejuk gila dan berangin yang amat. Ok kita belanja gambar sekitar Zaandam.
Bangunan2 di Zaandam.
Colourful building di sini
Me and my sister
Masa merayau di sekitar Zaandam ni terjumpa satu kedai jual nasi goreng..
Actually di Amsterdam ni beberapa peratus orangnya boleh berbahasa Indonesia sebab dulu belanda menjajah indon. Jadi orangnya juga byk yang kami jumpa mixed indon.
Wanita di sini cantik2 dan menarik. Dah gelap sikit kami terkial2 beli tiket train nak ke Bandar Amsterdam... haha. Sebabnya kenapa? nak gi Red Light District. Takkan dtg Amsterdam x pergi kot ..kiki gatal. Mula2 buat2 ajak mak kita keluar pergi town, dia kata dia penat. so I dan my sis pun kata kitaorang nak keluar ni. dia kata korang pergilahhh. Kami pun naik train dan merayau2 sekitar Bandar . Cari2 jumplah juga red light tu. Actually x jauh dari station train yang kami turun tu. takde apa sebenarnya tapi Amsterdam ni kan terkenal dengan sin city, dari berates tahun dahulu pekerjaan tertua di sini adalah pelacuran. Actually wpun dlm cermin, mereka pakai baju la. ada juga adult shop disepanjang jalan di situ.
Lepas tu kami mmg nak gi juga tempat yang ada perkataan I Amsterdam, actually tempat tu jauh dari train station. kami x gugel dulu cara nak pergi, Tanya org kat situ dia kata boleh naik tram, kami tunggu tram tu x berhenti pulak kat situ, my sis dah start demam. So kami decide to take a cab. me, my sis, wani n zeity. kena pau tambang dlm 15euro haha. byar jelah. janji sampai kat Rijksmuseum tu.
Ok Day 2
Pagi2 lagi coach dah tunggu. Pertama sekali kami bergerak ke Zaanse Schans. Tak jauh mana dari hotel yang kami duduk.
Zaanse Schans ni kira perkampungan windmill la.. sampai je.. bau busuk menyelinap masuk.. bau apa ni? bau cheese kot heheh.
Di sini ada few activities org2 kampong sini yang masih dikekalkan. Masuk tempat buat terompah kayu. Belilah juga terompah kayu, tempat buat cheese, hahaa beli cheese dan coklat pulak.. dan waffle dia yang femes tu..
setelah menghabiskan duit kat situ kami pergi pula ke Bandar untuk naik cruise. Cruise kat Amsterdam ni x best mcm yang dekat Paris, sebab canal2 tu kecil jadi botnya kecik2 je. View nak tengok keluar boat pun tak berapa best. Amsterdam ni terkenal dengan Bandar di dalam air. Terusan2 yang menghubungkan sesuatu tempat di sini. zaman dulu family2 di sini ada boat mereka sendiri sebab hanya itulah pengangkutan di zaman dahulu. Cruise yg kami naik ni berhenti kat mana? haha kalau korang nak tahu berhenti kat tempat buat diamond.. hahaha mmg trick diaorang mcm ni la kot. nak goda kita kan?
Nama kedai tu Gassan Diamond kalau x silap. kalau tergoda parahla poket. Lepas tu kami kembali naik coach untuk menuju ke fishing village. Rupanya, kat fishing village byk giler kedai dan barangnya pun murah2 compare to Zaanse Schans, hurm apalagi shopping la disini. Tapi sebenarnya permandangan di fishing village sangat cantik. rumah2 mereka sangat best dan kehidupan mereka Nampak tenang.Tak rushing2 mcm orang kl penuh dgn kenderaan. Mengikut kata our tourise guide, roxxane, melayu who married to dutchguy, kalau di Holland ni mereka yang kaya2 tu asalnya ialah dari fisherman dan farmers. farmers yg paling kaya sebab memiliki banyak Tanah, tanaman dan lembu2. Fisherman pula ada byk boat2 dan asalnya dulu mereka berdagang ke merata tempat termasuk asia.
Rasanya nak kembali ke fishing village ni..akak sukeeeee
Selesai di fishing village ni dah petang kami balik ke hotel utk tidur sebab esok nak memulakan perjalanan ke Brussels pula. Masa sgt cemburukan kita kan?
Kalau tergoda parah laaa
Haha partner in crime, pinjam shuben kak ani jap
Zaans shans
My mom at farmers village/fishing village
me at the fishing village
jom naik basikal
me and wanie our tourist leader
jenuh cari tempat ni