Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu
1) Kalau nak makan western akak suka pergi kedai WOK & GRILL kat Bandar Baru kerteh tu. Owner dia akak kenal masa akak kerja kat PETRONAS Wilayah Pantai Timur. yang akak suka makan kat situ adalah Grill Chicken Chop & Roasted Fettucininya. Sebab akak suka cara both food being cooked dan gravynya pun ok.
2) Kalau masakan Thai, akak suka yang terbaru kedai IKANG. Kedai IKANG ni terletak ditepi jalan besar. Nak carinya mudah sangat kalau dri Paka kena uturn lepas SHELL kerteh dan jalan terus dlam 2km dpt jumpa kedai IKANG ni. Akak suka ikan bakar berempahnya yang sedap. Lagipun restaurant ni ada aircond sejuk la sikit kan?
3) Kalau masakan kampong untuk tengahari kedai Kak Zah Cikgu Bidi tu ok, kedainya menghadap MCD, tapi memang terkenal dengan mahalnya. Kari ikan tenggiri sekeping akak pernah kena RM12.. mahal kan? Asam pedasnya juga boleh tahan sedap.
4) Terbaru ada kedai Al Hassan yang menjual pelbagai jenis resipi ayam kampong. Kedai ini dibuka untuk makan tengahari sahaja.
5) Kedai nasi beriani yang sedap kat Kerteh pada akak tak ada. Yang rasanya boleh dimakan ialah kedai Nasi beriani kat kampong gelugur tu. Kedai tu depan rumah dia je. Yang beriani Asfar tu akak tak suka. Bau air mawar dia kuat sangat dan nasi sedikit keras pada akak.
6) Kedai sate kat Kerteh ni dulu aruah Pak Aziz jadi pilihan akak. Now yang ada Zalee Sate. Rasanya oklah. 7) Untuk roti canai rasanya yg terbaik kat Kerteh adalah kedai menghala ke Airport Kerteh tu. Kedai tu dibuka petang sampai ke malam. Dia x berniaga untuk breakfast.
8) Untuk lempeng nyor ada satu kedai kat kemasik tu yang ok. Tapi lempeng nyor ni kena tunggu lama sikit. Kedai tu berdekatan dengan pantai kemasik. Kalau dari Kerteh, kedai tu duk belah kanan. Atas tu simpang ke pantai kemasik.
9) Ok update terbaru Dec 2018, Reed 7 Café, Café tu interior dia cantik la juga, nak kata servis bagus tu tak delah bagus sangat, ada western, ada masakan thai.. boleh try lagi once a while pergi juga.Lately byk org celebrate birthday kak Reed 7 Café ni.
10) Ada satu lagi western café iaitu A Café, berdekatan dengan RHB kerteh, kat sini ada jual western yg campur2 dlm dulang tu.. entah apa namanya... ok la juga
11) akak ada try satu kedai kak Panalex, Old Times Kopi.. Lattenya RM6 secawan, agak murah dan rasanya pun ok... kedai tu ada jual masakan panas juga... kedai kampong jeeeee
Updates yg terbaru, zalee satay pun dah tutup, kalau nak makan satay kami pergi paka, namanya chik satay baung, sebelum surau hijau paka yg mengadap petron tu, pada akak sataynya ok la untuk gred paka kerteh ni.