Abang Rosli Geng mendaki Gunung Fuji - 14/04/2016
Assalamualaikum
Maghrib semalam dikejutkan dengan sebuah berita kematian seorang kawan dari Group Hiking kami.
Sungguh tak disangka semudah itu dia di ambil Allah.
Mengenali Abg Rosli kali pertama kami sampai di stesen Metro Asakusa, Tokyo.
Aku dengan beg troli dan masing2 dgn barang masing2.. Tapi Abang Rosli yang berkaki dengkot itu yang tolong angkat beg aku.
Aku memang kagum dengan orang tua ini.
Setelah mengenali dia, dia dtg bersama Kak Rash ( isteri dr perkahwinan kedua) isteri pertama meninggal. Afiq dan Akim kalau x silap nama anak dia.
Sampai di Tokyo, masing2 membawa hal masing2.
Berjumpa kembali hari untuk kami mendaki Gunung Fuji. Pendakian bermula dgn baik hingga ke satu point aku terjumpa dia dengan penuh kerisauan, Anaknya tidak sampai2 ke station yang sepatutnya.
Dia sangat risaukan anaknya. Padahal anaknya tidur dibawah kerana kepenatan. Dia tidak mendaki ke puncak kerana mengambil keputusan untuk mencari anaknya.
Itulah kasih seorang ayah, tidak pernah berbelah bagi. Dia kata dia risaukan anaknya. Sejak kematian ibu Afiq, Afiq sangat tertekan katanya.
Aku mendengar setiap bait cerita dia. Allah, sungguh mulia kasih seorang ayah.
Akhirnya aku mendaki meninggalkan abg Rosli dan Kak Rash, iaitu isterinya. Tapi tertinggal tongkat kat 5th Station, Abg Rosli la org yg tlg bawa balik tongkat aku. Tq.
Balik dari sana, aku mcm biasa menjual dlm group dan dia order 4 hydrapack. Aku minta suami menghantarkannya , dia pun berkenalan dgn suami saya.
Tidak dinafikan Abg Rosli ni org baik2. Hobby dia selain berbasikal, dia minat mengumpul jam lama. Dengan usianya begitu dia mampu mengayuh sejauh 100km sehari. Memang hebat.
Dia juga bercerita tentang pokok anggurnya kerana melihat rumah kami juga memiliki pokok anggur. Tak sempat dia merasa hasil pokok anggurnya.
Smlm kawan bagitahu, dia keluar mengayuh basikal sperti biasa. Balik dari kayuh dia pengsan dan abis nyawa di situ.
Allah dah ambil dia, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Ada org dtang dlm hidup kita pergi begitu sahaja, ada orang.. dating dan tinggalkan kenangan dan kebaikan dalam hidup kita.
Allah ampunilah dosanya dan juga dosa kami semua.
Al Fatihah buat aruah Abg Rosli.