Travelog kali ini - Germany, Switzerland,France, Netherlands, Brussels and United Kingdom
Assalamualaikum dunia,
kali ini dengan izin Allah , aku mengembara lagi. Ke bumi Europe selama 14 hari.
Terima kasih kepada suami yang mengizinkan aku untuk pergi melihat keindahan ciptaan Allah bersama ibu, kakak dan anak saudaraku Zeity.
Kami pergi menggunakan perkhidmatan Poto Travel. Petang 12 May 2015, aku menaiki flight dari KT menuju ke KLIA2 dan menggunakan tren untuk ke KLIA.
Sampai KLIA pkl 6 ptg sambil lepak tunggu ibu dan family.
Berkumpul dan berlepas dari KLIA jam 11:45 mlm. Sampai di Frankfurt Airport jam 6 pagi waktu Germany. Welcome to Germany. Perjalanan kali ini adalah di musim bunga. Sejuk berangin dan ada matahari. Allahamdulilah. Dari Frankfurt Airport kami dibawa pusing Romerberg, terdapat bangunan2 lama dan patung hijau di sini. Frankfurt memang terkenal dengan Hot Dognya, tapi kitakan muslim, makananya belum tentu halal. Yang boleh dimakan adalah kebab.
Di Jerman setiba di kotaraya kewangan Frankfurt, bangunan Gothic kurun ke-14 yang dikenali sebagai Romer sedia menanti para pelawat. Bangunan-bangunan ini asalnya merupakan rumah orang-orang kaya Rom yang tingal berdagang pada zaman Holy Roman Empire sebelum dijadikan dewan bandaraya pada kurun ke-15. Perkara menarik tentang salah satu bangunan di Romer yang dikenali sebagai Zum Romer ialah dewan ini menjadi saksi pertabalan beberapa raja Jerman pada zaman dahulu termasuklah Frederick Barbarossa yang terkenal. kami juga dibawa menikmati permandangan dan barisan kedai2 di frankfurt. Tapi x sempat shopping cuma sempatlah membeli dried apple yg sedap itu. Bangunan Zum Romer Kepada mereka yang meminati filem epik perang pastinya ingin melawat Istana Heidelberg yang terletak di bandar Heidelberg. Dibina pada tahun 1214, istana yang terletak di atas bukit in boleh dilawati dengan menaiki keretapi funicular seperti di Pulau Pinang. Selain istana yang pernah menjadi kediaman rasmi raja Jerman antaranya Raja Frederick V, Heidelberg juga terkenal dengan Old Bridge dan gereja lama Katolik di tengah bandar. Dengan suasana bandar yang tenang dan nyaman, tidak hairanlah jika bandar Heidelberg digelar bandar romantik kerana banyak puisi-puisi ternama yang dihasilkan di sini. Selain itu terdapat juga butik Hard Rock Cafe Heidelberg dan Jack Wolfskin (sekiranya terlupa membawa baju sejuk) di sini. Heidelberg Castle dan Old Bridge Negara Jerman juga terdapat tarikan alam yang cukup indah seperti yang terdapat di Tasik Titi (Titisee). Terletak di dalam kawasan hutan yang dipanggil Black Forest (kerana kesukaran cahaya menembusi ketebalan hutan pokok 'pine'nya), Tasik Titi menawarkan pelayaran menaiki bot menyusuri tasik sambil meninjau keindahan Black Forest. Selain itu, di sini juga terkenal dengan kedai pembuatan jam kayu yang dipanggil Cuckoo Clock. Tasik Titi dan Black Forest Negara Switzerland sentiasa menjadi salah satu pilihan bagi pasangan pengantin baru untuk berbulan madu dan Gunung Titlis (3239m) yang terletak di dalam daerah Lucerne merupakan antara destinasi utama. Selain pemandangan pergunungan Alps dan tasik di sekitarnya, pengalaman menaiki kereta kabel, bermain ski/sled ketika musim salji dan menyusuri gua pastinya perkara yang tidak patut dilepaskan. Pelawat juga boleh mencuba aktiviti paragliding di sini di samping banyak lagi kemudahan/tarikan yang disediakan seperti perkampungan igloo. Pergunungan Titlis Bersama POTO di puncak Gunung Titlis Di bandar-tasik Lucerne pula, pelawat tidak seharusnya melepaskan peluang mengabadikan kenangan di Chapel Bridge yang merupakan ikon bandar ini. Jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 ini juga bertindak sebagai kubu pertahanan pada zaman dahulu bagi menangkis serangan dari arah sungai Reuss. Terdapat juga lukisan sepanjang palang jambatan yang menceritakan tentang sejarah-sejarah penting yang berlaku di bandar ini. Chapel Bridge Selain itu, lawatan ke Lucerne malahan Switzerland dianggap tidak lengkap jika tidak bergambar di sebuah tugu/monumen yang dianggap oleh penulis terkenal Mark Twain sebagai "ukiran batu yang paling sedih dan menyayat hati di dunia" dikenali sebagai The Lion Monument. Monumen ini dibina pada tahun 1820 bagi mengingati 760 askar Swiss Guards yang dibunuh beramai-ramai di Paris ketika mempertahankan Istana Tuileries Raja Louis XVI dalam Perang Revolusi Perancis 1792. The Lion Monument Manakala di daerah Schaffhausen, pelawat dapat menyaksikan sendiri Rhinefalls yang merupakan air terjun terbesar di Eropah (berketinggian 23m dan lebar 150 m). Menarik tentang air terjun ini ialah ia terbentuk sejak zaman ais lagi, kira-kira 17,000 tahun yang lalu. Sekiranya berkesempatan, pelawat boleh menaiki bot menyusuri kawasan air terjun ini. Bot menyusuri Rhinefalls Sering dianggap sebagai kota percintaan, Paris juga terkenal sebagai pusat fesyen dan kota sejarah. Malah lebih menarik lagi apabila 3 hasil seni yang terkenal boleh dilihat di sini; ikon kota Paris Eiffel Tower (1889), potret Monalisa di Louvre Palace (1202) dan ukiran patung The Thinker di Musee Rodin (1919). Lawatan ke kota Paris semestinya tidak akan lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke atas Menara Eiffel yang berketinggian 320m. Menara konkrit ini yang juga dikenali sebagai La Dame de Fer (the iron lady) dibina sempena 1889 World Fair yang berlangsung di Paris dan memegang gelaran binaan tertinggi di dunia sehingga tahun 1930. Pelawat boleh menaiki 3 tingkat pelantar tinjau dan menyaksikan pemandangan sayup seluruh kota Paris. Menara Eiffel Potret Monalisa dipamerkan di Musee Du Louvre Selain itu, bangunan yang penting dan bersejarah seperti Grand Palais des Champs-Elysees (1900), Notre-Dame Catheral (1345) yang terkenal dengan lagenda "The Hunchback of Notre-Dame", kediaman rasmi Presiden Perancis di Elysee Palace (1722), Palais Garnier (1875) yang merupakan opera yang paling terkenal di dunia di mana teater "The Phantom of The Opera" pertama kali dipersembahkan dan juga monumen/bangunan terkenal binaan zaman Napoleon Bonaparte, Arc de Triomphe (1836) dan Madeleine Church (1808). Pelawat juga dapat melihat terowong Pont de l'Alma di mana Puteri Diana mengalami kemalangan yang meragut nyawanya pada tahun 1997. Menyusuri Saine River di Paris adalah pengalaman yg tidak dapat dilupakan. How romatic if you come with your partner. Arc de Triomphe terletak di penghujung Avenue des Champs-Elysees Pemandangan hadapan Notre-Dame Cathedral Kegemilangan agama Islam juga boleh dilihat di sini apabila pelawat dibawa bersolat di Grande Mosquee de Paris (Great Mosque of Paris) yang dibina berdasarkan binaan mudejar pada tahun 1926. Menariknya masjid ini dibina oleh empayar kolonial Perancis sebagai tanda memorial 100,000 orang Islam yang terkorban ketika berjuang menentang empayar Jerman pada Perang Dunia Pertama. Masjid ini juga memainkan peranan penting ketika Perang Dunia Kedua sebagai tapak perlindungan kepada golongan yang teraniaya. Dari Paris kami bergerak pula ke Amsterdam.. haha kali ni lama kami dalam coach. Closed to 9 hours kot. Every two hours bus kat Europe ni wajib toilet stop. Nanti kita sambung yaa