Mendaki Gunung Fuji dan melawat Tokyo 1-8 August 2015

Assalamualaikum

Day 1

Kali ni nak kongsi lagi kisah ke Jepun.

Perjalanan bermula 31 July 2015, kami seramai 20 orang menaiki bas dari Kerteh ke KLIA2. Flight Airasia berlepas 12:45pm dari KLIA2.

Arriving Narita Airport dalam pukul 8.00am. Welcome to Narita Airport. Kebetulan musim summer, matahari dah tegak pukul 8 pagi. Berlegar di Airport Narita, ambik poket wifi yang disewa online. Cost untuk 7 hari dalam RM170. Kami juga beli 3 day pass berharga 1500 Yen. lebih kurang RM50. Boleh naik mana2 subway untuk 3 hari. Metro Subway Sahaja. Masa beli kena tunjuk passport.

Pertama sekali bila sampai kami kena isi arrival card dan pemeriksaan imigresen. Kemudian kami ambik train Narita Express dari Narita kami menaiki train dan turun di Tokyo Station. Dari situ kami tukar train pula untuk ke Asakusa.

Di Asakusa kami menapak ke Apartment yang kami sewa untuk seminggu ini. 5 minit perjalanan dari station train Asakusa.

Sampai sudah petang dan hari dah lewat. Hari pertama kami byk habis kat airport je. Inilah disadvantage berjalan dgn kumpulan yang lebih 5 orang. (saya suka pergi dalam kumpulan kecil sebab lebih selesa dan jimat masa).


Day 2

Hari kedua kami keluar dlam pukul 9 pagi. lewat juga mulanya nak ke Tsukiji Fish Market. Malangnya Ahad pasar itu ditutup. Kemudian kami naik train ke Tokyo Tower. Ada mini muzium one piece dalam Tokyo tower tu. Kami beli tiket untuk naik ke tingkat yang paling atas. Harganya dalam 1200 Yen. (lebih kurang kot) Selepas ke Tokyo tower, kami ambik train dan menapak ke Roponggi Hills. Yey kat sini jumpa banyak Doraemon.  selepas ke Roppongi, kami menaiki train ke Shibuya. Tempat yang ada crossing paling bz di Tokyo. Di Shibuya kami singgah di restoran jepun, tapi mak x hadap. xde napsu nak makan makanan diaorang. Selepas itu nak cerita kami menapak cari mesjid, tgok map mcm dekat...rupanya menapak dlam 2 jam kot baru sampai. Takpelah nak cari pahala kot. Rupanya ada station terdekat di situ. Station Yoyogi. Standard masjid overseas mestilah byk2 tangga gitu. Kecuali yg Queens Park dekat London.

Lepas tu kami kembali ke Shibuya. Jalan2 kat situ. Then kami balik apartment. Capek kot.

Day 3

Hari ketiga ni kami keluar lewat skit, setiap hari janji nak kuar awal ..demm pukul 10 kot baru keluar. Hari ni ke Akhihabara. Tempat banyaknya menjual CD, DVD, Mainan dan jeng2.. jumpa kedai Outdoor. Hurm saya beli mainan Gundam untuk anak2 lelaki yg dikasihi. Pastu beli seluar hiking dan beg air. Sebab beg air yang saya bawa bocor. huhu. Agak mahallah kat Jepun ni. Nafsu shopping saya berkurangan di sini. tapi beli gak.Separuh hari di Akhihabara kami ke masjid. Kali ni dah pandai, naik train je. Selepas solat kami berpecah. Ladies menuju Harajuku dan guys pergi ke euno untuk beli jeans samurai yang berharga RM800 selai. Harajuku ni sebenarnya kalau hari ahad dlm pkl 1-2 ada pertunjukan manusia berpakaian anime. Rugi melepas. Sopink pulak kedai outdoor kat Harajuku. hahaha. Then pergi pula ke Shinjuku. Shinjuku salah satu sorga beli belah tapi sampai dah mlm. Sempat grab baju selai je kat Uniqlo. Isetan terbesarnya di Shinjuku. x gi pun. Uniqlo pun pegi sebab dlm tu boleh beli metro subway pass. tambahan untuk 3 hari lagi.

Day 4

Hari untuk bertolak ke Kaki Gunung FUJI.. itulah tujuan utama ke mari. Nak panjat gunung weh. Dari Asakusa kami naik train turun di Kanda, dari Kanda turun pula kat Takao. Pastu naik JR Chuo, pergi ke Otsuki. Dari Otsuki pergi ke Kawaguchiko. Dari Kawaguchiko kami sempat ke Nemba, iaitu kg Samurai. Naik bas dari Kawaguchiko dlam sejam baru sampai di Nemba. Sekejap je masa kat Nemba sebab nak balik semula ke Kawaguchiko. Dari kawaguchiko pula naik bas dalam 1/2 jam ke Kaki Gunung Fuji.. Fuhhhh... gila perjalanan hari ke 4. Dengan lapar perut kami mula mendaki pukul 7 pagi. Allahamdulilah sampai ke puncak dlam pukul 3.50am. Tunggu kawan2 kat atas beli airpanas makan megi. Airpanas harganya 300 Yen, RM9 duit kita lebih kurang.

Day 5

Perjalanan Turun. Jauh weh 11km.  salah kami x study trail turun. Turun agak  mental dan bosan, jauh, panas. surface adalah batu dan pasir sahaja...huhhhuuuuu.. sampai di kaki gunung pukul 12:50. Kejar bas ke Kawaguchiko dan ambik bas lain pulak untuk ke Shinjuku. Total perjalanan dari kaki bukit ke Shinjuku adalah 3 jam lebih dan sampai kat station train Shinjuku ambik train ke Asakusa.Balik bedal nasi 2 pinggan.. giler. Makan ngan sardin dan sambal bilis.

Day 6..

Inilah hari membeli belah. Kuar lambat lagi...uruskan pasal nak beli extra luggage. Ginilah naik flight murah. Menyampah. Jalan2 Asakusa..dekat je ngan apartment kami. Sini pun. Mcam2 ada kat pasar asakusa. Kita sopink souvenier la gitu. Hurm siap bawa beg tarik dah ni. Niat sebenar nak gi nippori sorga kain cotton jepun..kat sini pun penuh dah beg. Hampeh. Pastu ke Nippori.. sopink lagi.. Gila kat Nippori ni mcm sorga dunia jahitan. Seme ada...hohooo.. Pastu gi Roppongi Avenue pulok. Hard Rock Tokyo. Then Lepas Hard Rock kami ke Odaiba pulok. Tengok Gundam. Naik JR, beli tiket dalam 680 Yen return. Ada JR je kat situ, turun stesen Daiba. Jalan sikit jumpalah Gundam... Wah rupanya pkl 9 mlm ada show. Langkah kaki kanan,... tapi kaki oh my... capek weh. Aku tobak lenkali dtg sewa keter.. Tapi depa kabo.. parking mahal giler weh

Day 7

Hari untuk balik. Awal pagi dah tercongok kat Station Asakusa. Tukar2 train akhirnya sampai la Airport Narita. Byk peristiwa berlaku kat sini, ada member tertinggal camera atas train. Pastu delay sebab nak cari camera.. tapi at last semua dapat balik.. Allahamdulilah. Airport jepun ni nak kat strict.. strict lagi airport Heathrow x leh lawan cam apa je Heathrow tu...Sekian... Sila tido ataih flight

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli