Papermint Sutravilla Apartment (Bisnes Homestay Saya yg Pertama)






Hai gais, 

Kali ni nak update pasal bisnes saya yg baru nk up ni.

Allahamdulilah saya dah mulakan bisnes saya Apartment Sutravilla Kuantan.

Bermula dengan satu unit apartment dan sekarang unit yang kedua.

Macamana saya dapat idea?

Bila suatu malam kami dari Johor dan tiba2 singgah Kuantan dan takde tempat nak tido, masa tu cuti Chrismas kot. Yang ada OYO, terpaksa sewa 4 Bilik kerana kami ramai. Dari situ saya rasa alangkah baiknya saya ada satu homestay. Family nk datang saya boleh provide tempat tidur.. Itulah tujuan dan niat saya, saya boleh datang tido, selebihnya buat sedikit duit.

Itu cerita December. January saya usha2 rumah saya dapat org yg nk sewakan rumah dia. Owner yg baik pada pendapat saya dan rumah dia... allahamdulilah tepi pantai. Apartment tapi tepi pantai dan rumah tu seaview, saya pujuk suami, Allahamdulilah suami sokong. Tq En Suami, semoga kamu murah rezeki.

Kenapa saya pilih Sutravilla? Sebab kat sini sangat tenang. Ada private beach, x sibuk dan angin dia.. Masha Allah... best. Kawasan apartment pun bersih Allahamdulilah.

Bulan Feb kami masuk barang dan setting rumah. Suami yg byk membantu, korang imagine dia dan kawan dia tolong pasangkan vynil flooring, monitor keje2 pasang aircond, mengecat semula rumah tu sebab cat asal tak elok. Pasangkan katil dan angkat barang2. Syukur Allahamdulilah. Aku siapkan room by room, buat list apa yg perlu dibeli semua dan guess what? Kami spent almost 20k. Which is membazir kot, tak perlu habis sebanyak itu wei.

Come March, PKP haha kan dah kena.

Sebenarnya PKP banyak hikmahnya. Saya kena bersyukur, saya ada byk masa utk susun strategy perniagaan, saya duk terengganu so takleh rentas, so tinggal la rumah yg dah hampir nk siap untuk diniagakan.

So abis je PKP, tempat pertama kami rentas adalah homestay kami di Bukit Pelindung.

Akhirnya rumah siap untuk diniagakan Allahamdulilah.

Interior ni byk idea saya dan syukur dah terlaksana. Terima kasih Allah. Pasal untung rugi perniagaan ini kita akan ceritakan di entry akan datang.

Jom datang try homestay kami ya.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli