Perkhidmatan diagnosis disleksia dan Klinik Kesihatan Indera Mahkota
Assalamulaikum dan salam jumaat
nhari ni bersiaran dari Kuantan kerana hari ni akak bawa anak jumpa dentist kat Kuantan.
Hari ni nak cerita pasal Permohonan Orang Kurang Upaya under JKM untuk pelajar Disylexia.
Anak akak Adam ni di diagnose Dyslexia pada umur 7 tahun, allahamdulilah dgn izin Allah kami datang untuk buat assessment lagi sekali.
Kali ni perubahan byk berlaku kepada Adam.
Akak nak ucap Tkasih kepada kawan akak iaitu Puan Siti sebab dia yg suggest untuk akak mohon Kad OKU untuk Adam.
Akak pun survey website JKM, utk dpt kad OKU kena ada pengesahan doctor dari klinik kerajaan.
Akak pun pergi klinik Kesihatan Indera Mahkota, dan cuba buat appointment untuk Adam.
First appointment mereka refer pada doc Nazrah, sangat baik orangnya.
Lepas berjumpa doc, adam kena jumpa occupational therapy sebanyak 6 sessi untuk melihat Adam secara total.
Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang ada masalah pembelajaran boleh bawa anak anda ke Klinik Kesihatan untuk ujian selanjutnya dan utk
mengetahui apa cara kita untuk membantu mereka.
Buat masa ini Allahamdulilah Adam sudah membaca dengan lancer, cuma penulisan BM agak perlahan buat dia.
Dari segi matematik Allahamdulilah juga dia boleh menyelesaikan permasalahan matematik sama seperti budak seumur dengannya.
Ini tidak dtg begitu sahaja, dengan izin Allah dan dengan kerja keras.
Saya sebagai ibu bekerja keras supaya Adam mendapat hak dia.
Belajar diwaktu mlm bersama ibu, sesungguhnya saya berkorban segalanya... demi anak tercinta