Cara mendidik Anak Lelaki saya membuat kerja rumah
Salam Ahad
Hari ni saya nak berkongsi cara saya mendidik anak lelaki saya. Saya tak pasti cara saya ini betul ke tidak. Tetapi saya mohon pada Allah diberikan istiqamah dan saya berharap inilah jalan yang betul.
Kehidupan saya dengan suami, saya memang jarang sangat dibantu kerana suami terlalu sibuk. Suami juga tidak melakukan kerja rumah kerana dari kecil tidak disuruh.
Jadi saya tekad dlam hidup saya, anak lelaki mesti tahu membuat kerja rumah supaya bila mereka berkahwin nanti rumahtangga lebih harmoni bila ada suami yg membantu.
Pertama urusan pencucian bilik air, dua orang anak lelaki mesti bergilir-gilir membasuh bilik air. Jadual membasuh bilik air disediakan oleh ibu.
Kedua kebersihan bilik, Bilik tidur mesti sentiasa kemas dan disapu. Kipas siling dicuci sebulan sekali (at least). Kain baju dibawa dimasukkan ke dalam washing machine secara bergilir.
Mengenai urusan membasuh pinggan mangkuk, ok anak lelaki saya umur 11 & 14 tahun, Si abang selalunya akan ambik tugas membasuh segala pinggan mangkuk, tapi di sini tugas membasuh itu diupah dengan duit.
Saya saja nak bagi habuan sebab siapa nak bagitahu siapa yang rajin, dia yang dapat.
Upah RM5 untuk clearkan pinggan mangkuk kat dapur.
Tak kira banyak mana pinggan mangkuk yang ada.
Begitu juga kerosakan kecil di rumah, anak2lah yang membantu membaiki, tukar lampu dan sebagainya.
Saya bukan nak menyusahkan anak tapi saya nak anak tahu bahawa hidup kita mesti ada tanggungjawab. Mereka kena buat tanggunjawab mereka supaya hidup menjadi lebih bererti dah bermakna kpd org lain.
Setelah sebulan mempraktikkan cara ini, walaupun tidak sempurna saya Nampak dia cuba menolong. Kadangkala ada lebihan pinggan yang dibasuh tanpa minta di upah. Saya harap Allah jadikan anak saya anak yang bertanggungjawab bukan sahaja utk diri mereka tetapi juga persekitaran mereka. Bukan mudah,,... doakan kami terus istiqomah.
Saya bukan ibu yang sempurna tapi saya cuba untuk menyempurnakan banyak benda.
Tq anak2ku, bila kamu dewasa kamu akan tahu apa tujuan sebenar ibu.
Sekarang anak lelaki yg berumur 14 tahun juga boleh ambil tugas didapur seperti basic memasak. Masak nasi, buat nasi goring dan ayam masak kicap. Cukuplah jika ibu sakit atau ibu tiada dia boleh memasak untuk diri sendiri dan adik beradik.
Juga kebersihan luar rumah, mereka akan sama2 membantu dihari minggu untuk cuci porch dan kawasan sekitar rumah.
Ibu sayang kamu, jadilah orang yang bertakwa dan bertanggungjawab.