Muhasabah diri

Dua hari lepas akak terbaca satu komen dari seorang wanita tentang kesusahan hidup di zaman yg serba mencabar ini. Wanita ini bercerita mengenai kisah hidupnya yang memiliki dua org anak dan suami hanya bergaji RM900 Dia menulis bahawa setiap bulan apabila suaminya mendapat gaji, semua gajinya itu diberikan kepada isteri. Sang isteri akan membahagi-bahagikan duit itu supaya penggunaan sebulan akan mencukupi. YA Allah besarnya ujianmu kepada mereka. Saya doakan pasangan itu tabah dan dimurahkan rezeki in shaa Allah. Tetapi pasangan ini tetap utuh bersama walau sesusahmanapun. Ke mana2 bersama walau diuji kesusahan. Bila membaca kisah orang lain, saya berfikir apakah pengajaran yg harus saya ambil? Hanya satu..belajarlah bersyukur. Saya sendiri di uji juga, tapi berbeza caranya. Allahamdulilah duit mencukupi dan boleh dikira senang. Bahagian saya diuji ialah hidup tanpa suami di sisi... suami hanya wujud di atas surat nikah. Suami yang sentiasa memberitahu dia sibuk, dia sibuk, dia sibukkk. End up saya menjalani hidup seolah2 menjadi ibu tunggal, membuat segala urusan bersendirian, mengendalikan anak secara bersendirian. Kepada siapa tempat mengadu? Hanya kepada Allah. Perancangannya adalah yg terbaik. Sekiranya inilah ujian kehidupanku kau jadikan aku org yang redha Ya Allah. Kadangkala saya rasa saya sudah lama menjadi janda sebelum sampai masanya. Tapi apa2pun saya percaya Allah turunkan ujian dengan hikmahnya sekali. Doakan saya tabah, doakan saya kuat. 3 orang anak yangk saya ada, merekalah kekuatan saya, allahamdulilah anak2 menyayangi saya tanpa syarat. Seluruh hidup saya, saya cuba memberikan mereka yang terbaik. Untuk suami terima kasih kerana memilih saya. Allah letakkan saya ditempat yg sebaik-baiknya.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli