Kematian - Sesungguhnya mati itu pasti

Salam 7 Ramadhan 2014

Allahamdulilah masih diberi nafas oleh Allah. Gunakanlah masa yang ada ini untuk bertaubat di atas segala kesalahan yang kita lakukan. Sesungguhnya aku merasakan masaku agak hampir.

Hari Jumat dikejutkan dengan kematian ibu kawanku di Putrajaya, kemudian biduanita negara pun meninggal dunia juga. Sesungguhnya Mati itu Pasti. Allahuakbar.Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Allahukbar, aku juga memohon agar nyawaku diambil di bulan Ramadhan.

Semoga segala dosaku diampuni olehmu Ya Allah.

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:

ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق

“ Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”

-----------------------------------------------------------------------
Wallahualam

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli