Ramadhan, aku dan kekalutan

Salam 4 Ramadhan 2014

Yang sebenarnya pagi ni aku terbangun lewat untuk bersahur. Ku kejutkan suami di sebelah. Pukul 4:50am. Sebagai isteri dan ibu terus bergegas ke dapur untuk memanaskan nasi dan lauk pauk. Sambil sibuk membuat air.

Aku dapati suami dan anak duduk di kerusi tunggu untuk semuanya dihulurkan. Ya Allah, besarnya dugaan. Tidakkah mereka tahu bahawa kita bersama-sama ingin makan sahur? Sepatutnya aku dibantu.  Ketika aku sedang menuang nasi aku cakap dengan anak, datanglah ambik nasi. Sebenarnya, airmataku ingin menitis ketika itu. Memang pahala yg ku inginkan, tapi tidakkah suami juga mendapat pahala jika menolong isteri?

Lately, hidup ini terlalu sedih untuk diceritakan. Apakah ini balasan dosa2 ku? Hanya engkau sahaja Ya Allah yang maha mengetahui. Jadikan aku isteri yang redha Ya Allah.

Apapun dugaanmu jadikan aku orang yang sabar. Jadikan aku orang yg sentiasa ingin memperbaiki diri, ampunilah aku Ya Allah, ampuni suamiku. Hanya dia lelaki yang sudi menjadikan aku isterinya. Jodoh ini pilihan Mu, tapi aku percaya kau tidak pilih untuk aku menderita Ya Allah. Bahagiakanlah kami seperti kau beri kebahagiaan kepada orang lain. Berkati kami seperti kau memberkati perkahwinan orang lain.

Aku sentiasa ingat akan ini:

Allah sentiasa menguji apa yang mampu untuk manusia menanganinya.

Inilah ujianku. Redhaaa...Bersyukur...In Shaa Allah

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli