Almond Cruncy in the house...

Atas permintaan kawan2 yang dikasihi..

Now... kita share resipi dan cara2 nak buat almond crunchy ni:-


 
 
 
 
 
 


ALMOND CRUNCHY CARAMELO

Bahan2nya ialah

200 gm tepung Florentine (Price RM19 for 500g)
200 gm badam keping (Price RM42 for 1kg)
100 gm kuaci silver (Sepekat RM14)
20 gm bijan hitam (Sepeket kecil Rm2)

100 gm biji kuaci hijau (Sepeket RM15)

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit

Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna



Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja

(sekarang terdapat alas jenis recycle, boleh pakai byk kali, boleh didapati di kedai bahan kek)
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan

(potong semasa panas, kalau dah keras susah nak potong)
Simpan dalam bekas kedap udara.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli