Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Aku terlanggar kucing

Subahanallah Hari yg kelabu. Ku terlanggar kucing masa nak hantar permata hati ke sekolah. Kucing tu tiba2 lari ke arah kami dan aku dah xleh buat apa2. Ya Allah, aku tengok kat side mirror, anak2 pun tengok kucing tu menggelepar. Anak2 cakap stop la mami kucing tu menggelepar. Aku kata tak apa nanti mami uruskan. Aku tak sanggup nak bagi budak2 tengok. Kebetulan, hari ini Feerdaus akan menghadapi TRIAL UPSR. Aku menangis sambil memandu, anak2ku semuanya terdiam. Sampai di sekolah aku turunkan anak2 dan selepas berdoa untuk mereka, aku kembali ke tempat kejadian. Kebetulan banyak plastik dalam kereta, aku keluarkan plastik dan ambik kucing tu. Tak sanggup nak tengok lama2. Bawa balik dan aku gali lubang tanam kat tepi parit dekat kawasan rumah. Allah, ampunilah dosa2ku. Aku menangis x henti, rasa sakit pula kepala pagi ini. Memang kucing tiada dosa, tapi aku banyak dosa. Aku ada chat dengan kawan, dia tanya comel tak kucing tu? Aku kata tak comel. Dia kata takpelah biasan

Belajar menjadi penyabar

Salam semua Dalam kehidupan, kadangkala kita tidak sabar. Bersabar senang untuk diucapkan, tetapi adakah kita bersabar bila di uji? Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11]. Bersabarlah wahai hati. Jika kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada lagi orang lain yg ujiannya lebih berat dari kita. Oleh itu, bersyukur dan bersabarlah. Allah bersama orang2 yang sabar. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar .” – [Al-Baqarah:153] Malaysia diuji lagi. Kali ini dengan kisah MH17 yang ditembak jatuh. Berita ini benar2 membuatkan ku berfikir, setiap yang hidup pasti mati. Bila kita mati, kita akan tinggalkan segala-galanya. Kita hanya bawa dosa dan pahala sahaja. Dan kawan2 kisah saudara ki

Ujian Allah

Salam semua Dua pagi aku di uji Allah. Cukuplah Ya Allah, aku tak sanggup. Maafkan aku Ya Allah. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Sengsarakah hidup? aku sendiri tiada jawapan. Aku pilih untuk bahagia. Aku kena belajar untuk jadi bahagia. Allah kuatkan semangatku. Allah bantulah aku. In shaa Allah

Kesayuan melanda - ups and down in life

Sayang Kubawa jauh rinduku Kerna akau telah tahu Kau bukan milikku Sayang Sesunguhnya bukan mudah Menjalani hidup ini Tanpa kau di sisi Jauh disudut hati Aku masih bermimpi Mimpi yang indah Esok kau kembali Jauh di sudut hati Ada waktu-waktunya Aku berdoa Kau pulang semula Sayang Biar ku mengingatimu Biar kugantung harapan Hingga sampai waktu Nafas terakhirku

Berbuka puasa bersama keluarga di Nilai N9

Salam 15 Ramadhan Begitu cepat masa berlalu, Sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. YA Allah ampunilah segala dosa2 kami, semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru kesucian hati kami terhadapmu Ya Allah. Kali ni nak cerita acara berbuka puasa sebelah keluarga suami. Pada hari Khamis lalu, dalam pukul 2 petang suami pergi jemput anak dari asrama di Kuala Abang Dungun, bawa balik ke Kerteh. Kami dah siap packing tunggu anak perempuan tu balik packing barang dia. Lepas semua dah packing dalam pukul 6 bertolak menuju Nilai Negeri 9. (Mak mentua tinggal di rumah adik ipar di Nilai) Singgah Kemaman untuk berbuka puasa dan meneruskan perjalanan. Agak mengantuk dan penat. Singgah sebentar di KL untuk menghantar biskut ke rumah kawan dan sempat membeli kopiah berjenama Waqi yang diusahakan oleh suami kawan saya ini. Kopiahnya agak kemas buatannya dan sesiapa berminat boleh call kawan saya 0122175856. Sampai KL dalam pukul 11.45pm. Lepas itu bertolak dari KL dalam pukul 1 pagi. Allahamdul

Gaza di Bom Lagi

Salam buat semua Berikan masa anda satu minit untuk aminkan doa untuk negara Islam yang dianiaya Ya Allah Ya Qahar Ya Jabbar Ya Muntaqim Ya Dzal Jalalil wa Ikram Ya Allah, Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan dimerata tempat Ya Allah bantulah mereka, dan janganlah engkau membantu musuh  melawan mereka Ya Allah berikanlah kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh2 Ya Allah tepatkanlah tembakan senjata mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka Ya Allah satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka Ya Allah jadikanlah jihad mereka di jalanMu dan janganlah haramkan pahala jihad ke atas kami Ya Allah bantulah kaum muslimin Musnahkanlah Zionis Ya Allah Allahuakbar Jom kita menderma ke tabung Aman Palestine Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wan

Bila anak demam

Salam 11 Ramadhan 2014 Hari ini nak bercerita bila anak demam. Kronologi nya. Hari Ahad 06 July 2014. Cikgu Adam call pada pukul 1.15 tengahari mengatakan Adam demam di sekolah. Aku bergegas ke sekolah untuk mengambil Adam dan membawanya berjumpa doktor. Doktor check suhu badannya 39"c. Confirm demam dan agak tinggi suhunya. Doktor bekalkan 5 jenis ubat dan doktor kata kalau demamnya tidak hilang atau dia mengadu sakit badan aku kena bawa Adam kembali ke klinik. Doktor kata sekarang musim denggi, di klinik dia sahaja dah ada 6 kes Denggi. Ya Allah, selamatkanlah kami. Ujian tubuh badan sedang melanda Adam. Dia kanak2 darjah 3, tidak sekuat aku. Biarlah kesakitan itu diberi kepadaku sekiranya boleh. Kesian anakku. Setelah dua hari tidak ke sekolah, pagi tadi aku hantar Adam ke sekolah. Sebab malam tadi dia mula bermain dengan abangnya, setelah dua hari tidak bermain. Aku check badannya dah ok. Dalam pukul 10 pagi, cikgu telefon, Adam demam lagi. Ya Allah, ampunilah dosa

Sharing - Isteri dan Pahala

As salam semua, Tengahari ini saya nak share apa yang saya dengar mengenai ceramah di radio tadi. Sebelum saya berkahwin, saya memang tak bangun sahur kalau saya period atau tidak boleh solat dan puasa. Setelah berkahwin, suami mengejutkan saya untuk bangun sahur dalam keadaan hadas sekalipun. Ramadhan pertama saya dengan suami ketika dalam hadas menyebabkan saya memarahi dalam hati, kenapa saya mesti bangun sedangkan saya dalam keadaan hadas dan saya tidak berpuasa? Saya bangun juga dalam keterpaksaan. Sebagai isteri, sebenarnya terlalu banyak cabang pahala untuk kita, jika kita ikhlas. Kata2 ustaz tadi "Seorang isteri, apabila dia bangun sahur dan menyediakan makanan kepada suami dan anak2 sekalipun dia dalam hadas.. Pahalanya adalah seperti mengerjakan Haji atau Umrah . Ya Allah, berdosanya diri. Ampunilah dosa2 ku Ya Allah. Aku mesti didik hati untuk ikhlas, itu yang sebaiknya. Setiap hari cuba untuk mengambil peluang membuat pahala untuk suami dan anak2. In

Setiap Yang Hidup Pasti Mati

9 Ramadhan 2014 Salam 9 Ramadhan. Pagi ini dalam perjalanan menuju tempat kerja, aku berniat untuk singgah rumah kawan nak hantar stok muruku. Rumah kawan tu adalah rumah teres lot hujung. Bila masuk ke lorong itu, terdapat banyak kereta dan orang di luar rumah. Aku nampak remaja memegang surah Yassin. Al Fatihah, ada orang meninggal. Ya Allah, bila masaku tiba nanti, adakah keadaannya sebegini? seorang demi seorang keluar masuk ke dalam rumah untuk melihat jenazah ku...?? itu tak penting.. bagaimanakah keadaan jenazahku ketika itu? Adakah aku akan mati dalam senyuman? Adakah aku mati membawa pahala atau dosa? Allahuakbar. Ampunilah dosa2 KU. Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku… Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku… Andai ku tahu… Kapan tiba masaku… Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku… Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku… Andai ku tahu… Malaikatmu kan menjemputku… Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… Aku takut akan semua

Kek Coklat Pulaaaa...Choc cake fever

Imej
Salam All Kek Coklat pulak datang menjelma. Nak order boleh call 0199680416. Aida. Harga RM12. Promosi Sebelum Raya & Hari Raya RM12 RM12

Biskut Raya Alia's Delight 2014

Imej
List biskut raya 2014 untuk jualan:-         1. Biskut Pistachio       2) Biskut Rainbow                                                                3) Biskut Tart Blueberry    4) Biskut Kenari     5) Brownies        6) Alamanda Green   7) Tiramisu      8) Sweet Qaseh

Almond Cruncy in the house...

Imej
Atas permintaan kawan2 yang dikasihi.. Now... kita share resipi dan cara2 nak buat almond crunchy ni:-             ALMOND CRUNCHY CARAMELO Bahan2nya ialah 200 gm tepung Florentine (Price RM19 for 500g) 200 gm badam keping (Price RM42 for 1kg) 100 gm kuaci silver (Sepekat RM14) 20 gm bijan hitam (Sepeket kecil Rm2) 100 gm biji kuaci hijau (Sepeket RM15) Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit Satukan semua bahan dalam bekas Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja (sekarang terdapat alas jenis recycle, boleh pakai byk kali, boleh didapati di kedai bahan kek) Panaskan oven pada suhu 160C Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis Bakar dalam oven selama 10 minit Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan ( potong semasa panas, kalau dah keras susah nak potong ) Simpan dalam bekas kedap udara.

Kematian - Sesungguhnya mati itu pasti

Salam 7 Ramadhan 2014 Allahamdulilah masih diberi nafas oleh Allah. Gunakanlah masa yang ada ini untuk bertaubat di atas segala kesalahan yang kita lakukan. Sesungguhnya aku merasakan masaku agak hampir. Hari Jumat dikejutkan dengan kematian ibu kawanku di Putrajaya, kemudian biduanita negara pun meninggal dunia juga. Sesungguhnya Mati itu Pasti. Allahuakbar.Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Allahukbar, aku juga memohon agar nyawaku diambil di bulan Ramadhan. Semoga segala dosaku diampuni olehmu Ya Allah. PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan: ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعت

Belajar Bersyukur

5 Ramadhan 2014 Allahamdulilah, Ramadhan yang kelima hari ini. Hidup kena banyak bersyukur, kerana kita tidak tahu bila hidup kita akan berakhir. Terima kasih penciptaku. Terlalu banyak rahmat yang telah engkau berikan. Berniat memulakan hari dengan menyayangi insan2 di sekeliling. Berniat memandang segalanya sempurna, cuba ubati hati sendiri dan yang penting positive. Dalam setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Life is like a camera, focus on what is important.Capture the good times, And If things doesn't work out... TAKE ANOTHER SHOT. Life Rules :::::::: Nobody's Perfect Jom beli kuih #kuihrayaAlia'sDelight#

Ramadhan, aku dan kekalutan

Salam 4 Ramadhan 2014 Yang sebenarnya pagi ni aku terbangun lewat untuk bersahur. Ku kejutkan suami di sebelah. Pukul 4:50am. Sebagai isteri dan ibu terus bergegas ke dapur untuk memanaskan nasi dan lauk pauk. Sambil sibuk membuat air. Aku dapati suami dan anak duduk di kerusi tunggu untuk semuanya dihulurkan. Ya Allah, besarnya dugaan. Tidakkah mereka tahu bahawa kita bersama-sama ingin makan sahur? Sepatutnya aku dibantu.  Ketika aku sedang menuang nasi aku cakap dengan anak, datanglah ambik nasi. Sebenarnya, airmataku ingin menitis ketika itu. Memang pahala yg ku inginkan, tapi tidakkah suami juga mendapat pahala jika menolong isteri? Lately, hidup ini terlalu sedih untuk diceritakan. Apakah ini balasan dosa2 ku? Hanya engkau sahaja Ya Allah yang maha mengetahui. Jadikan aku isteri yang redha Ya Allah. Apapun dugaanmu jadikan aku orang yang sabar. Jadikan aku orang yg sentiasa ingin memperbaiki diri, ampunilah aku Ya Allah, ampuni suamiku. Hanya dia lelaki yang sudi menjadik

Ramadhan, Farewell dan Life Quotes

3 Ramadhan 2014 Assalamualaikum, Hari ketiga di bulan Ramadhan pada tahun ini. Dalam facebook setiap hari kita melihat ada yang sudah pergi meninggalkan kita. Turn kita? Bila agaknya? Hanya Allah yang maha mengetahui. Today, when I reached the office, buka email. Ada satu farewell note from my office mate. Saya suka nak share di sini. He is a positive people. I know him. From an engineer to become enterpreneur. I today I would like to share some insight about life.    The world is always been unfair from the start & you yourself are accountable to deal with the unfairness fairly. Through this unfairness, there are many wonderful things happen for us to cherish & many disappointment for us to learn, adapt & improve. Out of many, there are 3 observations that I would like to share:   1.        “It is easier to ask for a forgiveness than asking for a permission”. There are always resistance in believing what you believed. When that happen, do believe in