Memandu ke Hat Yai melalui Sungai Kolok (Rantau Panjang)

Salam semua, Cerita Tiga Hari di Thailand semasa cuti sekolah baru2 ini. 16-18 March 2016.


Kali ini percutian bersama adik beradik dan ibu. Ibu ni suka sangat ronda2 Thailand ni. Dia suka jalan2 cari makan.


Day 1: kali ini nak cerita tentang percutian kami yang lepas ke Hat Yai. Pada mulanya kami plan pergi menaiki keretapi. Disebabkan kami ramai dan terdapat 5 orang kanak2 sekolah rendah dan baby, kami decide untuk memandu ke Hat Yai. Perjalanan bermula 16/3/2016 - Pagi kami bertolak ke Rantau Panjang dari Kota Bharu. Masa tu dah pukul 10 huhu.. lambat kan? Pukul 11 kat Imigresen Rantau Panjang, cop passport kami dan beli insurans Thailand di Kaunter kawasan imigresen itu juga. Kami beli insurance untuk 6 bulan tapi lupa range harga dalam Rm50 kot. Insurau reta nama orang lain kena ada surat kebenaran. Surat tu perlu cop di balai polis berdekatan pintu masuk sempadan. Bare in mind kat Thailand ni kalau memandu, kenderaan kecil sentiasa betul. Kenderaan besar yang bersalah. So bismillah dan berhati-hatilah. Kami memulakan perjalanan dlm pkl 12 tgahri juga. Highway kat Thailand ni sangatlah best sebab takde tol. Keadaan jalannya ok la. Kami singgah makan tengahari di kedai makan di daerah Pattani. Perjalanan diteruskan. Kiranya ambik masa dlam 4 jam 1/2 juga utk sampai ke Hat Yai dari Sg Kolok. Sampai di sana, kami menumpang di Apartment kawan adik saya. (kebetulan member tu balik kg)



Apartment tu Muang Thong Family Suite(Mansion Hat Yai) Dalam agoda pun ada, ratenya agak murah dlm 150 utk 2 bedroom. Terletak diluar Bandar Hat Yai tapi dikira dekat la, naik kereta dlam 5 minit sampailah Bandar Hat Yai. Apartment ini satu jalan dengan Hospital dan Hat Yai Military Golf Course. Dah sampai dan mandi kami semua keluar ke Bandar untuk dinner dan merayau. Mcm biasa kami suka berlegar di sekitar lee garden untuk makan. Tapi sebenarnya situ tak berapa bersih. Frankly speaking. Kami suka roti canai pisang kat situ. Makan2 dan pusing2 kedailah kat situ. Actually ini trip ke 4 saya ke Hat Yai. Selesai semua kamipun balik.


Day 2: Pagi kami keluar cari breakfast, kakak saya suka breakfast kat Pasar  Actually kim yong market tu kat atas tu adalah kedai makan muslim, tapi x bersih juga. Baik makan area Robinson.. pada saya. Dah makan shopping la kat market tu. Lepas pergi market, kami ke Hat Yai Festival City Mall... haha kat mall ni kami mkan puas2... ada foodcourt yg bersih dan byk variety muslim food kat sini. Dah penat petang tu balik Apartment. Mlm keluar lagi, kli ni pergi Hatyai Gateway.. Semua benda ada jual kat sini. Anak kucing, anak anjing, baju dan makanan.. bawak duit je ... Suasana kat situ mcm pasar malam danau kota kot.. dah puas merayap kami balik Hatyai Gateway atau Asean market sgt crowded kalau cuti sekolah, ramai org malaysia. Macam2 gelagat manusia boleh dilihatsitu







Day 3: Pagi tu kami bfast kat kedai makan muslim.. agak bersih.. harganya juga membersihkan poket kami wakakaka...keluar lagi ke Kim Yong market, beli apa yang x sempat beli smlm..huhuk Dalam 12 tghari kami bertolak ke Songkhla Budak2 nak pergi zoo pulak. Zoo Songhkla ni tak jauh dari Hat Yai dlm 1/2jm je. Budak2 seronokla tp kami x dpt expore kesemuanya kerana kesuntukan masa. Yang bestnya zoo ni kita boleh naik kereta persendirian utk pusing zoo dan park kat mana tempat kita nak pergi tengok binatang. Selepas kluar dari zoo kami menuju ke Sg Kolok. Singgah juga di salah satu pantai di Songkhla iaitu COCO One Beach untuk solat dan menikmati keindahan tempat itu. sangat cantiklah tempat tu. Meh akak belanja gambar. Ini milik muslim dan ada halal restaurant kat sini. Chalet pun Nampak cantik, actually ini tempat peranginan baru.


Tipsnya kalau ke Thailand atau Indon makanlah di restoran sebab kedai jalanan memang kebanyakannya tak bersih. Tapi makanan yang paling anak2 suka adalah nasi khamuk & pulut ayam. Kalau ke Thailand itulah yg mereka cari. Harga makana juga dalam range Rm7 ke RM10.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli