Hat Yai & Songkhla 19-21 December 2018 (memandu dari Sungai Kolok)
Salam semua
Ok kali ini cerita ke Hat Yai lagiii . Jangan boring tau sbb setiap kali pergi ada je tempat baru kami explore.
19/12/2018 _ Day 1
Trip bermula dari Sg Kolok, Pukul 8 pagi sudah berada di Kompleks ICS Rantau Panjang. Sekarang ni kalau nak chop passport hanya driver sahaja yg boleh chop. Penumpang kena turun jalan kaki.. hehe. Ok dah chop sebelah Malaysia, sampai pula kat Immigresen Thailand, chop lagi sekali. Isi arrival card, beli insurance. Cara beli insurance untuk memandu di Thailand,nak mudah kami beli kat kompleks immigration Thailand harga adalah RM30 untuk sebulan. Document yg diperlukan adalah Geran Asal Kenderaan. Untuk yg memandu kenderaan dengan nama orang lain, kena bawa surat pengesahan atau surat dari pesuruhjaya sumpah. Bayaran untuk pesuruhjaya sumpah adalah RM15. Tapi kena buat kat Malaysia la surat tu. Geran Asal tetap kena bawa & copy IC owner asal. Dah selesai beli insurance kami pun bergerak. Ok masuk je Sg Kolok kami pergi ke kedai HP. Beli Simkad 100Baht, pilih unlimited. Line True pun ok. Kena bagi passport masa beli simkad. Satu passport boleh beli untuk 3 simkad. Dah setel simkad, kita gi tukar duit pula. Masa Dec ni duit ratenya 77.8, maknanya RM10 kita dapat 78Baht. Lebih kurang RM7.80, duit Baht dah mahal sekarang ini. Ok simkad setel, duit setel, Now kami lapar, tapi mak kami baik.. sayang mom, dia dah masak nasi lemak siap2. Kami singgah kat pump station baru kat Sg Kolok otw nak ke Narathiwat untuk makan. Apalagi Picnic la nasi lemak... sedap tq mom & adik ipar yg jadi chef. Dah kenyang allahamdulilah kami gerak la ke Hatyai. Perjalanan mengambil masa hamper 4 jam, highway di sini tiada tol dan jalannya ok, cuma ada tempat yang ada lembu melintas.. Hati2 guys.. jangan laju sgt ya lembu tu tak sekolah. Allahamdulilah kami singgah toilet je dan sampai Hat Yati dalam pkl 1:30tengahari. Terus ke Apartment untuk check in. Apartment ini namanya Muang Thong Apartment, Rate dalam agoda RM150 tapi ada dua bilik. Ok untuk kami 6 dewasa dan kanak2. Kami book 2 apartment dapt 4 bilik. Selesa walaupun jauh sikit dari bandar.
Ok dah check in & solat kami pun plan nak pergi Klonghee Floating Market. Sampai kat sana market tutup.. haha plan betul2 uols sbb market tu buka Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja...
So sebab floating market dah tutup kami pun nak pergi shopping kat Robinson. Robinson di sini sgt dekat dgn station keretapi Hat Yai. Boleh jalan kaki je kalau turun ketapi ni. Kat Robinsons saya shopping Wacoal, sebenarnya Wacoal ni brand Japan tapi mmg dari dulu kilangnya kat Thailand. Saya suka brand ni dan belilah beberapa helai.Kat Robinsons ni ada je food court kat bawah tu. Ada muslim food. Tapi kami sengaja laparkan perut sebab nak pergi makan kat Asean Night Market.
Dah maghrib kami sampai kat Asean Night Market. Masya Allah ramainya manusia. Moslty Malaysian hehehe.Semua makanan ada kat situ, 90% Halal food. Minuman jus & fresh fruit la favourite saya, mak pula suka smoked sabat, sejenis ikan. Makan dengan sos cili Thai. Sedap uols. Anak saya pula tak abis dgn nasi Khamuk, mak juga beli nasi Khaumuk.
I was lost, tak tahu nak makan apa, tengah jaga makan pun ya, so saya hanya beli buah2an. Gila buah2 ni 3 pack 100Baht. Saya beli la byk2. Then saya tolong habiskan nasi mak saya hahaha.
Pastu turunlah kat bawah tu shopping segala jenis pakaian.. agak murah la pakaian dalam range RM30 dan ada juga yg RM25. Saya beli seluar yg RM10 selesa dipakai. Seluar biasa je mcm seluar tido sekali tengok. Corak2 batik sikit. Saya beli Boxer utk anak2.Ok dah malam kami pun balik ke Apartment. End of Day 1.
Day 2 - 20/12/2018
Assalamualaikum.. Day 2 in Hatyai. Ok pagi2 budak2 dah bising kata lapar. Diambil kunci kereta me & my cousin keluar ke Pasar cari makanan. Pasar mana? Kami ke pasar pagi, beli nasi putih dan lauk pauk yg sudah di masak, allahamdulilah ada Khengsong, sedap la mcm masak asam pedas tapi kuah warna kuning. Rempahnya ada di jual, Kena dengan ikan merah phewww sedap weh. Ok pastu kat pasar pagi ni banyak buah2an dijual. Eh musim buah bidara, sis borongla.. 70baht 1kg. OK beli apa lagi... cari pulut ayam pula utk anak2.
Dah setel beli breakfast di pasar pagi, kami balik utk menikmati hidangan. Ok dah makan kenyang2.. masa untuk keluar merayau. Kali ni kami nak ke Songkhla. Tapi kali ni kita nak pergi ke kawasan patung naga ya bukan samila beach... Tempat tu namanya Chana. Ok patung naga ni byk yg kami pergi ni kepala naga. The Great Serpent Nag. The Great Serpent Nag in Songkhla. ... The people of Southern Thailand believe that Nag sprays divine water so as to make people feel fresh and happy, as well as purify the blemishes which occur within our minds and bodies. As a result Nag is one of the most highly respected deities of Southern Thailand.
Di situ juga tempat kaum Buddha sembahyang kot sbb Nampak mcm ada persembahan makanan dan kain kuning. Selepas bergambar di kepala naga.. kami naik feri menuju ke Chana. Tambang feri hanya 20baht.. murah sgt kan? Dalam 10 minit kereta kami dah turun dari feri dan berada di sebelah Chana. Seronok budak2 ni naik feri. Turun dari feri kami stop di masjid di sebelah sana. Sambil menikmati keindahan alam, Nampak ada satu tempat mcm ala2 mini Sydney harbor tapi kami tak dpat pergi dekat, Nampak dari kejauhan sahaja. Kami stop utk beli hasil laut iaitu ikan masin dan jajan untuk dikunyah sepanjang perjalanan.
Then kami berhenti dia Songkhla Mural or heritage site. Kat sini lebih kurang mcm di Kg Cina Kuala Terengganu. Permandangan di sini cantik dan subahallah kami dapat tengok sun set. Syukur ya Allah. Cantik sgt.. Di samping dpat melawat rumah2 lama dan melihat barangan antic dan juga bergambar dengan mural2 yg ada di bangunan2 lama itu.Tiada bayaran dikenakan tapi ada tabung jika anda ingin menderma. Maghrib dihabiskan di Songkla Heritage Site dan kami pulang ke Hat Yai. Perjalanan mengambil masa 1/2 jam tapi kami sesat sikit haahaaa... waze la ni haha waze pulak yg salah. Ok kami terus ke Asean Night Market. Tak puas makan mlm td.. so kita makan lagi mlam ni puas2.
Dah kenyang kita balik ke hotel. End of Day 2
Day 3 - 21/12/2018
Hari ketiga kami ke mana? Sebab tengahari dah nak balik kan? Haha Pasar KimYong menjadi tumpuan... beli breakfast dan makan kat area pasar tu. Di sini semua ada...pelbagai jenis makanan kering, kekacang yang menjadi tumpuan saya, sos tomyam, pinggan mangkuk, barang dapur cap Zebra dan segalanya ada di sini.Di sini aku beli apa ya.. owh aku shopping kekacang, cashew nut, macadamia dan almond. Pelbagai jenis kacang ada dijual di sini. Ada yang ditimbang kilo dan ada yang sudah di pack siap2. Dari segi harga murah juga dan boleh tawar menawar. Kami shopping di pasar KimYong sampai tengahari dan bergerak balik ke Sg Kolok. Singgah sebentar di masjid Kerisi Pattani. masjid yang mempunyai sejarah berdarah yg mana masjid itu dibom selepas umat islam selesai solat asar. Sebenarnya konflik di selatan thai ini sentiasa ada. Muslim di sini tidak senang duduk kerana sentiasa ada ketidakpuashatian. Semoga Allah Selamatkan semua muslim walau dimana mereka berada.
Kami sampai di Sg Kolok pada pkl 8 mlm, Sempat singgah di Pasar malam sg kolok untuk beli makanan. Dan kami keluar dari imigresen hamper jam 10malam waktu Malaysia. Allahamdulilah Malaysia Tanah Airku.