Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Selamat Datang 2016

Today is 30/12/2015. Esok hari terakhir 2015. 2015 akan menutup tirainya. Banyak kenangan suka dan duka 2015 yang aku dan keluarga telah lalui. Untuk anak2ku bertabahlah dengan kedua ibubapamu, kerana kami menyayangi kamu semua. Kasih sayang yang tidak pernah ada penghujungnya. Kenangan 2015:- 1/2015- Feerdaus melangkah ke form 1 (aku jumpa rokok dlm beg dia) Apakah yang anda akan lakukan kalau anda di tempat saya? anak tingkatan satu ada rokok dlam beg? for the first time masa cuti sekolah baru2 ni? 3/2015- suami yang bekerja di Tanah arab pulang bekerja di Malaysia.(gaji jadi kecik tau) tapi family jadi besar.. x kisahlah dekat dihati, dekat di mata 5/2015 - perniagaan nasi beriani kami yang beroperasi selama 6 bulan ditutup (Pasti ada hikmah atas segalanya)& ada lesson learnt 5/2015- Europe trip dengan ibuku 8/2015- Japan trip with kawan2 11/2015- Perasmian kedai memanah suami di Kuantan 11/2015- Anak2 start appointment gigi - semoga 2016 mereka dapat pakai braces

Kedai Memanah di Kuantan - Easternshadow

Imej
Assalamualaikum Belum terlambat untuk ku mengucapkan tahniah buat suamiku yang telah memulakan perniagaan kedai alatan memanah di Kuantan. Kepada warga Kuantan yang nak mendapatkan alatan memanah, anda boleh berkunjung ke kedai kami di Indera Mahkota 7, Lot kedai belakang Aquanano & Acuprint Kuantan. Lebih tepat lagi bangunan yang menghadap Hotel Sri Manja. Betul2 belakang Restoran MYNY Indera Mahkota 7. Pelbagai alatan memanah ada ditawarkan pada harga menarik. Anda boleh contact 019936 7886 - En Kassim atau 013-915 5503 - Azwan. Untuk pengetahuan semua kelas memanah yang ditawarkan adalah mengikut kehendak pelanggan. 1)Kelas Personal 2)Kelas Berkumpulan 3)Recurve, Tradisional & Compound Sila berkunjung kekedai Eastern Shadow ya.

Kisah Adam berumur 10 tahun yang berhutang

As salam Hari ni nak cerita pasal Adam, anak lelaki ku yang sentiasa mengubat luka ku. Adam umur 10 tahun, darjah 4, dyslexic. Dia memang anak yg rajin dan manja sikit. Anak bongsu la katakan. Sabtu minggu lepas dia ajak saya kekedai utk beli hp. Dia dah lama teringinkan hp. Saya sebenarnya sangat berat hati nak belikan anak umur 10 tahun hp. Dia sudah mengumpulkan duit yg dia dapat dengan menolong ayahnya menjual alatan memanah. Duit yg dia ada adalah Rm300. Telefon yg dia hendak beli RM460. Dia short Rm160. Dia memujuk saya utk mendahulukan duit kepadanya. Dia berjanji akan membayarnya. Setelah beberapa kali menangis saya bersetuju dgn syarat2 tertentu, salah saya syarat dia mesti buat apa yg ibu suruh. Dah seminggu dia terpaksa 'bekerja' untuk saya. Contoh kemas rumah, lipat baju, buang sampah, basuh toilet, basuh pinggan dan berbagai lagi. Semalam dia pergi berniaga dan dapat upah sebanyak rm50. Dia balik shj dari berniaga, terus datang kat mami. Mami ini duit Am bay

Kisah Alia Maisarah anak perempuanku - Sempena birthday yg ke 16 pada 11/9/2015

Assalamualaikum Kakak sayang Kali ini mummy nak catat mengenai kisah kelahiran kakak kedunia ini. Mami bernikah dengan ata pada tanggal 26/11/1998. Selepas sebulan menikah, bulan kedua mami disahkan mengandung. Syukur sangat2 pada Allah. Anak adalah impian setiap pasangan yg bernikah. Begitu juga kami mengimpikan anak lahir dari zuriat kami sendiri. Dalam masa mengandung nenek sangat sygkan mami, dia datang menjenguk, masa nak balik dia menangis tengok mami sarat mengandung. Kesian katanya. Due date sepatutnya 28/9/1999. Mami dah balik awal ke rumah umi kerana dikhuatiri bersalin awal. Malam 11/9/1999 dalam pukul 12 malam keluar darah apabila mami kencing, mami bagitahu umi. Umi kata bersiaplah ke hospital. Kami sampai di hospital An Nisa dlam pukul 12.30mlm. Setelah menahan sakit selama 6 jam kakak keluar ke mukabumi pada pukul 5.30am. Ata kamu mengiqamahkan kakak. Semoga Allah ampuni dosa kita semua. Kakak lahir sebagai baby yg comel dan happy baby. Selepas 2 bulan, mami keluar b

Tudung Neelofar

Imej
Ok...Hari ni entry tudung Neelofar. Now I tengah sibuk berniaga tudung Neelofar u olls. Sebenarnya I tolong jual untuk kawan. Jual 10 helai dapat satu free.. Lepas la kalau nak pakai sendiri hehe. I suka tudung Neelofar ni sebab materialnya yang sejuk dan sedap dipakai. Pilihan warnya juga BEST... Kalau korang nak beli... Boleh PM saya 0199680416. Harganya juga sangat berbaloi. Si Neelofar ni kalau dia nak jual harga RM200 pun orang beli, tapi saya rasa tujuannya nak bagi kita harga mampu milik... Harga bermula RM50... jom borong Yang nak tengok tudung naelofar ni boleh follow ig akak ya... @mcaidafazwani Bila ada tudung baru in shaa Allah akak update kat ig akak.   Banyak lagi kaler2 menarik.. stock baru

Peluang datang hanya sekali

As salam Hari ni nak cerita pasal pelaburan hartanah Saya memang tengah mencari untuk membeli tanah ditepi jalan raya. Kisahnya, mula2, saya nak beli rumah kedai. Selepas memikirkan bahawa harga rumah kedai sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, kini saya menyesal tidak membeli pada waktu dahulu. Masa saya survey 3 tahun lepas, harga rumah kedai di kerteh pada masa itu baru dlam 360k, sekarang harganya sudah 520k. Menangislah nak makan apa kalau beli rumah kedai itu. Sehinggalah minggu lepas, saya lalu dari Bukit Bauk menghala ke Kerteh, saya tengok ada iklan lot kedai untuk dijual. Saya teruja. Mungkin in shaa Allah ini rezekiku. Saya cuba call nombor yang diberikan. Harganya memang tak munasabah tapi...saya fikir ...akan datang lagilah tak munasabah. Saya mohon doa pada Allah, semoga ini yang terbaik untuk saya. Saya nak ambil peluang ini. Jadi sekarang saya dalam proses nak membeli. Semoga saya berjaya In shaa Allah.

Kisah anak remaja lelaki - 13 tahun

As Salam Begitu cepat rasanya masa berlalu. Anakku dah melangkah ke alam remaja. Kebelakangan ini banyak benda yang dibuat unexpected kata omputih. Dia buat hal tak mahu pergi sekolah tempat dia belajar sekarang. Alasannya sekolah tu balik lambat dan jauh. Memang aku memilih sekolah Al Amin untuk dia, kerana aku tahu hanya itulah sekolah yg terbaik untuk dia. Kalau dia tidak nampak sekarang, dia akan tahu bila dia besar nanti. Bukannya sekolah lain tidak bagus, sekolah lain pun ada keistimewaan tersendiri. Keputusan UPSR dia ialah 2A 3B. Itu yang dia dpat. Untuk memohon ke sekolah agama lain agak payah. Allahamdulilah Al Amin kemaman menerima dia dengan hati yang terbuka. Aku berdoa semoga dia baik2 saja di sekolah itu. Aku doakan dia mendapat kawan yang baik dan ilmu yang bermanafaat untuk kebaikan semua. Kisah bermula,... Minggu ini minggu sukan. Suatu hari dia sampai di rumah dlam pukul 8.20 mlm. Rutin malam kami mengaji quran di rumah ustazah. So aku ambik dia dan bawa

Setelah kau pergi

Pagi ni mode jiwang2 gitu So kita tulis lirik lagu ini Tak sempat ku mengerti Kau tunjukkan arah saat ku tersesat Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap Namun waktu tak pernah rela menunggu Hingga akhirnya kau pun pergi Terlambat ku sadari kau teramat berarti Terlambat tuk kembali dan tuk menanti Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada Baru ku teringat kau hembuskan angin Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan Namun tak pernah ku hiraukan semuanya Hingga kini pun kau tiada Terlambat ku sadari kau teramat berarti Terlambat tuk kembali dan tuk menanti Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini Sampai nanti kau akan kembali yeah Terlambat ku sadari kau teramat berarti Terlambat tuk kembali dan tuk menanti Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada Terlambat ku sadari kau teramat berarti Terlambat tuk kembali dan tuk menanti Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada Yang takkan mungkin pernah ada

Ujian hidup

As salam Pagi ini diuji lagi, kali ini adalah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Saya memahami adam anak yang diuji dengan disleksia. Dia lambat membuat kerja sekolah, dan cikgu mengharapkan dia membuat kerja sepantas budak2 lain di dalam kelasnya. End up dia dicubit, ditarik sideburn. Saya tidak membuat sebarang complain kepada sekolah atas apa yang cikgu buat terhadap dia kerana saya tahu Adam sendiri tak semampu orang lain. Tapi ke mana saya nak hantar dia bersekolah di bumi Kerteh ini? Ya Allah, saya sangat berharap saya berjumpa dengan parents yang ada anak disleksia dan saya ingin berbincang dengan mereka. Sekarang saya rasa dah buntu. FYI Adam sekarang di darjah 4, keupayaan membaca ok, dari segi menulis memang sangat lambat. Lagi saya diuji apabila suami ambik mudah segalanya. Dia denial, dia kata anak dia sama mcm budak lain. Sedangkan saya yang check buku sekolah dia, saya yang memantau segalanya dan sayalah yang mengambil segala tugas. Memang suami baik, menyed

Pengenalan Projek Tanam Serai

As Salam saya budak baru belajar. Nak belajar menjadi Mak Tani modern, kali ni projek tanam serai. In shaa Allah ada hasilnya. Berusaha dan berdoa. Come on kawan2. PANDUAN MENANAM SERAI PENGENALAN Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus . Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India. Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam unt

Aliran Sains Tulen 2015

Salam   Dilema anak gadis saya. Aliran apakah yang harus diambil untuk Tingkatan 4 tahun 2015 ini? Hari ini Khamis, hari kelima persekolahan. Anak dara saya masih berfikir2.. Aliran apakah yang ingin diambil? Saya kata, ambillah apa yang kakak minat kerana yang ingin belajar adalah kakak. Mami hanya boleh membantu memberi semangat untuk kakak. Aliran Sains Tulen adalah yang paling menarik. Tapi apa2 pun terpulanglah kepada kakak. Saya tidak mahu memaksa Alia untuk memilih. Saya hanya memberi pandangan. Tapi saya banyak google dan meninjau pendapat2 lain. Saya rasa Sains Tulen terbaik untuk cinta hati saya. Kelebihan Aliran Sains Tulen MenDapat ilmu pengetahuan yang banyak.Korang nak tahu kenapa Penyakit Chicken Pox sekali seumur hidup? Korang nak tahu cara buat sabun sendiri? korang nak tahu macam mana nak tahu macam mana ombak terjadi? korang nak tahu macam mana kita boleh lapar semasa hujan turun? Korang nak tahu macam nak kira kelajuan kereta Formula one dengan hanya ber

Antara business & keluarga

As Salam wahai hamba Allah yg dikasihi Hari ini tangan gatal lagi untuk mengetuk keyboard. Iaitu di blog yang sentiasa menjadi teman mengubat dukaku. Kali ini nak berkongsi tentang perniagaan dan keluarga. Seperti yang kita tengok perniagaan keluarga banyak yang berjaya dan maju kerana wujudnya kerjasama yang erat dan mencapai misi yang sama . In shaa Allah kita boleh berjaya. Hari ini saya dan suami cuba membangunkan perniagaan nasi beriani. Suami invest duit dan masa untuk membangunkan kedai ini. Saya pula invest masa untuk follow up business, documentation, financial kedai, hati mak mentua, hati adik ipar. Jadual suami saya adalah bekerja di luar negara sebulan dan cuti sebulan. Sementara suami diluar negara, perniagaan dijalankan oleh mak mentua dan adik ipar. Ini bulan pertama buat kami semua. Masih ada masalah dan saya buntu untuk berfikir. Suami ketika ini diluar negara. Saya tahu mak mentua tidak larat kerana ada masalah jantung. Semalam dia mengalirkan airmata, katan

Ujian 2015

Luahan hati As salam semua Hari ni banyak benda sedih yang berlaku. Ujian Allah terhadap manusia sememangnya berterusan. Tahap redhaku tidaklah setinggi orang lain agaknya. Di mulut aku redha, di hati aku memaksa untuk redha. Pedih, perit, sakit & pilu. Hanya aku dah Allah yang tahu. Kadangkala aku bertanya, kenapa banyak sangat yang diuji, Tapi aku tahu orang lain mungkin banyak lagi ujiannya. Kalau dikatakan menangis boleh melegakan, aku menangis sendirian. Kalau dikatakan dengan solat aku boleh tenang, aku solat sebanyak yang aku mampu. Tetapi janji Allah memang pasti, setiap hamba pasti diuji. Untuk mengadu pada manusia, aku takut menjadi dosa pengumpat, menjadi dosa pengadu domba. Akhirnya.. aku simpan di dalam lubuk hati. Airmata sememangnya peneman yang setia. Hati ini terlalu banyak yang tercalar, tapi aku bertahan. Aku bertahan kerana aku berfikir, aku bertahan untuk kebaikan. Aku mesti positive. Setiap masalah mesti diatasi, susah atau senang... tapi hati tetap

Impian Hidup

Reminder of the Day Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan, Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan Berbuat baiklah dalam kehidupan ini kerana kamu akan disoal di sana nanti Untuk suami, terima kasih kerana menjadi lelaki terbaik dalam kehidupan ku. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan isterimu ini.