Aliran Sains Tulen 2015
Salam
Dilema anak gadis saya. Aliran apakah yang harus diambil untuk Tingkatan 4 tahun 2015 ini?
Hari ini Khamis, hari kelima persekolahan. Anak dara saya masih berfikir2.. Aliran apakah yang ingin diambil?
Saya kata, ambillah apa yang kakak minat kerana yang ingin belajar adalah kakak. Mami hanya boleh membantu memberi semangat untuk kakak. Aliran Sains Tulen adalah yang paling menarik. Tapi apa2 pun terpulanglah kepada kakak.
Saya tidak mahu memaksa Alia untuk memilih. Saya hanya memberi pandangan. Tapi saya banyak google dan meninjau pendapat2 lain. Saya rasa Sains Tulen terbaik untuk cinta hati saya.
Kelebihan Aliran Sains Tulen
MenDapat ilmu pengetahuan yang banyak.Korang nak tahu kenapa Penyakit Chicken Pox sekali seumur hidup? Korang nak tahu cara buat sabun sendiri? korang nak tahu macam mana nak tahu macam mana ombak terjadi? korang nak tahu macam mana kita boleh lapar semasa hujan turun? Korang nak tahu macam nak kira kelajuan kereta Formula one dengan hanya berfikir?? korang nak tahu macam mana sidrom down boleh dilahirkan? Korang nak tahu macam mana makanan kita dicerna lepastu jadi taik??.....nak tahu?? masuklah ALIRAN SAINS TULEN! pasti seronok.Balik sekolah korang boleh share ilmu-ilmu dengan family korang.
Belajarlah wahai anakku. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu.
Salam penuh kasih sayang, mode ambil anak dari hostel.
Baru pergi last Saturday.. hati rindu..serindunya..