Kisah anak remaja lelaki - 13 tahun

As Salam

Begitu cepat rasanya masa berlalu. Anakku dah melangkah ke alam remaja.

Kebelakangan ini banyak benda yang dibuat unexpected kata omputih. Dia buat hal tak mahu pergi sekolah tempat dia belajar sekarang. Alasannya sekolah tu balik lambat dan jauh.

Memang aku memilih sekolah Al Amin untuk dia, kerana aku tahu hanya itulah sekolah yg terbaik untuk dia. Kalau dia tidak nampak sekarang, dia akan tahu bila dia besar nanti.

Bukannya sekolah lain tidak bagus, sekolah lain pun ada keistimewaan tersendiri.

Keputusan UPSR dia ialah 2A 3B. Itu yang dia dpat. Untuk memohon ke sekolah agama lain agak payah. Allahamdulilah Al Amin kemaman menerima dia dengan hati yang terbuka. Aku berdoa semoga dia baik2 saja di sekolah itu. Aku doakan dia mendapat kawan yang baik dan ilmu yang bermanafaat untuk kebaikan semua.

Kisah bermula,... Minggu ini minggu sukan. Suatu hari dia sampai di rumah dlam pukul 8.20 mlm.
Rutin malam kami mengaji quran di rumah ustazah. So aku ambik dia dan bawa pergi mengaji. Mungkin silap aku tapi aku harus tegas. Kalau jadual mengaji kena mengaji, Berpenat dunia untuk bersenang di Syurga Anakku. Dia tidak faham dan esoknya dia tidak mahu ke sekolah.

Aku cuba menyelidiki? adakalah sesuatu terjadi di sekolah? Dibuli? dipukul? takdelah katanya.
Aku yakin tiada sebab diapun pernah komen budak2 di sekolah Al Amin Kemaman baik2 belake.

Dia kata dia hanya penat. Aku pula, dlm hidup aku, aku memang pantang anak tak pergi sekolah. Sebab zaman aku, aku tak pernah ponteng sekolah.

Dia sungguh menguji imanku. Sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak seorang diri, apabila memujuk tidak diendahkan, aku menangis. Sedih sangat2. Pastu aku fikir, kenapa aku menangis? aku  menangis kerana dia tidak mahu mengikuti kehendak aku. Tapi bukankah ibu mengehendaki yang terbaik sahaja utk anaknya.

Aku kata ok tak pergi sekolah, tapi pergi duduk luar rumah. Dia pun keluar ke luar rumah. Lagi menyakitkan hati. memang menguji segalanya. Wahai anak, semoga Allah ampuni dosamu.


Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli