Antara business & keluarga

As Salam wahai hamba Allah yg dikasihi

Hari ini tangan gatal lagi untuk mengetuk keyboard. Iaitu di blog yang sentiasa menjadi teman mengubat dukaku.

Kali ini nak berkongsi tentang perniagaan dan keluarga. Seperti yang kita tengok perniagaan keluarga banyak yang berjaya dan maju kerana wujudnya kerjasama yang erat dan mencapai misi yang sama. In shaa Allah kita boleh berjaya.

Hari ini saya dan suami cuba membangunkan perniagaan nasi beriani. Suami invest duit dan masa untuk membangunkan kedai ini. Saya pula invest masa untuk follow up business, documentation, financial kedai, hati mak mentua, hati adik ipar. Jadual suami saya adalah bekerja di luar negara sebulan dan cuti sebulan.

Sementara suami diluar negara, perniagaan dijalankan oleh mak mentua dan adik ipar. Ini bulan pertama buat kami semua. Masih ada masalah dan saya buntu untuk berfikir. Suami ketika ini diluar negara.

Saya tahu mak mentua tidak larat kerana ada masalah jantung. Semalam dia mengalirkan airmata, katanya kepenatan. Dia membasuh 6 ekor ayam dan berdiri lama dengan keadaan kakinya yang sakit. Bila saya tanya kenapa tak suruh adik buat? Dia kata kesian adik penat. Saya tahu, naluri ibu yang selalu protect anaknya, sebenarnya dia yang tidak membenarkan adik buat kerja. Adik adalah lelaki yang paling dimanjai mak. Sebenarnya sikap adik yang hanya makan, tidur dan main game sebenarnya adalah berpunca dari mak. Mak memang sentiasa kasihankan dia. Jadi dia tak pandai/tak boleh buat apa2.

Pada mulanya idea suami untuk bawa mak dan adik ke sini adalah untuk membantu adik. Tapi dalam masa 2 minggu ini segalanya tak meet the purpose. Saya kasihankan mak, dia tak pernah kerja berpenat begitu, sepanjang usianya hanyalah duduk dirumah dan menguruskan suami dan anak. Dia tak pernah hidup susah. Dia tak pernah berniaga walau sekalipun dalam hidup dia.Segalanya dah disediakan oleh arwah bapa mentua.

Suami jauh dinegara Arab. Saya pula di sini dengan masalah ini semua. Saya tahu dari awal mak tak boleh buat. Tapi suami tetap nak mak dia buat. Ok fine. Sekarang bukan masa untuk saya mengadu kepada suami. Tapi sebagai manusia sikap saya dgn suami semakin dingin. Saya tahu, suami tak bersalah. Tapi saya juga tak boleh mengawal emosi. Saya jauhkan diri dari chatting dengan suami. Saya takut utk memberitahu apa yang berlaku di sini. Kedai buka sehari, tutup dua hari. Itu bukanlah sebuah perniagaan. Itu hobby.

Buka bila nak, tak buka bila tak mahu.

Hanya Allah tempatku mengadu kerana Allah sahaja yang memahami situasi ini. Bila saya menyarankan mak ambil pembantu mak menarik muka masam. Wahai ibu, sesungguhnya kami tidak mahu membebankanmu. Maafkan aku ibu.

Allah, sabarkanlah hatiku kerana setiap manusia dilahirkan untuk menghadapi masalah dan belajar darinya. Kurniakanlah aku tahap redha yang tinggi. Aku tak sanggup untuk jadi pendosa selamanya. Bantulah hatiku untuk redha, untuk beristighfar dan kembali kepadamu Ya Rabb.



Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli