Kisah Alia Maisarah anak perempuanku - Sempena birthday yg ke 16 pada 11/9/2015
Assalamualaikum Kakak sayang
Kali ini mummy nak catat mengenai kisah kelahiran kakak kedunia ini.
Mami bernikah dengan ata pada tanggal 26/11/1998. Selepas sebulan menikah, bulan kedua mami disahkan mengandung. Syukur sangat2 pada Allah. Anak adalah impian setiap pasangan yg bernikah. Begitu juga kami mengimpikan anak lahir dari zuriat kami sendiri. Dalam masa mengandung nenek sangat sygkan mami, dia datang menjenguk, masa nak balik dia menangis tengok mami sarat mengandung. Kesian katanya.
Due date sepatutnya 28/9/1999. Mami dah balik awal ke rumah umi kerana dikhuatiri bersalin awal. Malam 11/9/1999 dalam pukul 12 malam keluar darah apabila mami kencing, mami bagitahu umi. Umi kata bersiaplah ke hospital. Kami sampai di hospital An Nisa dlam pukul 12.30mlm. Setelah menahan sakit selama 6 jam kakak keluar ke mukabumi pada pukul 5.30am. Ata kamu mengiqamahkan kakak. Semoga Allah ampuni dosa kita semua.
Kakak lahir sebagai baby yg comel dan happy baby. Selepas 2 bulan, mami keluar bekerja dan nenek dtang menjaga kakak di Kerteh. Kakaklah cucu pertama yang paling dia sayang kerana dia tak pernah ada anak perempuan. Semasa kakak berumur setahun 8 bulan dia minta utk membawa balik kakak ke johor. Masa itu kakak masih menyusu, ata pujuk utk mami lepaskan kakak pd waktu itu. Mami menangis setiap malam ketiadaan kakak. Itulah kerinduan seorang ibu.
Semasa kakak berumur 3 tahun, lahirlah Feerdaus. Adik kakak yg sangat kakak sayang pada waktu itu. Dia sentiasa bermain bersama kakak. temankan kakak bila mami mandi atau buat kerja kat dapur. Selepas tiga tahun lahirlah Adam, adik yang comel dan periang.
Kakak dihantar ke taska pada umur 4 tahun lebih sebab nenek nak balik jaga makcik ina bersalinkan nurin. jadi rutin kakak bertukar di situ. Kemudian kakak ke tadika An Nur pada usia 5 tahun. Selama 2 tahun di tadika, kakak anak yang mudah diajar dan senang pandai, cuma kakak kadang suka marah2. mami pun x tahu kenapa. Kakak mula bersekolah darjah 1 di Sek Al Amin Kerteh sehingga darjah 6. Form 1 kakak diterima masuk ke Kaka setelah mami berhempas pulas naik turun JPN untuk uruskan pertukaran sekolah.
Sekarang kakak sudah besar, kadangkala berjauh hati dengan mami. Kadangkala menyinggung perasaan mami, tapi setiap hari mami doakan supaya Allah ampunkan mami dan kakak. Kita baiki mana yang buruk kerana kita tidak sempurna.
Percayalah kasih ibu takkan putus untuk selamanya.
26/11/1998 - Akad nikah mami dan ata
11/9/1999 - lahirnya Nur Alia Maisarah (nama dipilih mami dgn persetujuan ata) maksudnya cahaya ketinggian dan kesenangan
02/02/2012 - Feerdaus lahir
12/05/2005- Adam lahir