Ujian hidup

As salam

Pagi ini diuji lagi, kali ini adalah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Saya memahami adam anak yang diuji dengan disleksia. Dia lambat membuat kerja sekolah, dan cikgu mengharapkan dia membuat kerja sepantas budak2 lain di dalam kelasnya. End up dia dicubit, ditarik sideburn.

Saya tidak membuat sebarang complain kepada sekolah atas apa yang cikgu buat terhadap dia kerana saya tahu Adam sendiri tak semampu orang lain. Tapi ke mana saya nak hantar dia bersekolah di bumi Kerteh ini?

Ya Allah, saya sangat berharap saya berjumpa dengan parents yang ada anak disleksia dan saya ingin berbincang dengan mereka. Sekarang saya rasa dah buntu. FYI Adam sekarang di darjah 4, keupayaan membaca ok, dari segi menulis memang sangat lambat.

Lagi saya diuji apabila suami ambik mudah segalanya. Dia denial, dia kata anak dia sama mcm budak lain. Sedangkan saya yang check buku sekolah dia, saya yang memantau segalanya dan sayalah yang mengambil segala tugas. Memang suami baik, menyediakan duit untuk kami hidup tapi salahkah kalau dia juga mengambil tanggunjawab membantu anak dengan kerja sekolah?

Saya memang sedih... Ujian hidup ini terlalu perit Ya Allah, dan akulah yang dipilihmu.

Lain orang lain ujiannya, itulah yang dapat disimpulkan.

Semuanya adalah untuk melihat siapakah yang terbaik di antara kita.

Kadangkala rasa ingin lari.. rasa mcm dah terlalu penat, tapi ke manakah harus ku lari???

Ya Allah ampunilah dosa2ku

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli