Ujian 2015
Luahan hati
As salam semua
Hari ni banyak benda sedih yang berlaku. Ujian Allah terhadap manusia sememangnya berterusan. Tahap redhaku tidaklah setinggi orang lain agaknya. Di mulut aku redha, di hati aku memaksa untuk redha. Pedih, perit, sakit & pilu. Hanya aku dah Allah yang tahu.
Kadangkala aku bertanya, kenapa banyak sangat yang diuji, Tapi aku tahu orang lain mungkin banyak lagi ujiannya. Kalau dikatakan menangis boleh melegakan, aku menangis sendirian. Kalau dikatakan dengan solat aku boleh tenang, aku solat sebanyak yang aku mampu.
Tetapi janji Allah memang pasti, setiap hamba pasti diuji. Untuk mengadu pada manusia, aku takut menjadi dosa pengumpat, menjadi dosa pengadu domba.
Akhirnya.. aku simpan di dalam lubuk hati. Airmata sememangnya peneman yang setia. Hati ini terlalu banyak yang tercalar, tapi aku bertahan. Aku bertahan kerana aku berfikir, aku bertahan untuk kebaikan. Aku mesti positive. Setiap masalah mesti diatasi, susah atau senang... tapi hati tetap menangis, hati mengatakan pergilah... cukuplah dengan apa yang telah engkau lalui.. cukuplah.....
Fikiran rasional pula berkata, mereka masih memerlukanku.. tapi apa hak aku bila aku memerlukan mereka?
Allah, sabarkanlah aku. Lembutkanlah hatiku..Redhakanlah aku..Sembuhkan dukaku. Kenapa nyawaku belum diambilmu? aku sendiri tiada jawapan.. aku rasa hidupku hanya menambah dosa hati setiap hari.. entahlah haruskah aku pergi? Tapi ke mana harus ku pergi?