Singapore ... Aku Datang 4-7 June 2014

Assalamualaikum

Kali ni cerita macamana kami tiga beranak mengembara ke Singapura dari negeri Terengganu.

Day: 1

Kami bertiga, me and my two sons menaiki bas dari Kerteh pada 4/6/2014. Bas bertolak pukul 11.30pagi dari Kerteh. Kami sampai ke Johor Bharu pada pukul 7:45pm.

Dari stesen bas Larkin kami mengambil taxi untuk ke Tune Hotel Danga Bay sebab nak ambik tiket ke Universal Studio Singapore. Saya silap sepatutnya minta sahaja tiket di hantar ke stesen taxi. Dari Tune Hotel kami menuju ke stesen taxi. Stesen taxi untuk memasuki Singapura. Agak lama menunggu dalam sejam setengah baru dapat taxi. Tambang adalah RM60 untuk sebuah kereta. Ok ...Taxi itu hanya menghantar kami ke stesen Rochor. Dari Rochor kami kena menaiki taxi Singapura untuk membawa kami ke Hotel Mandarin Orchard Road. Wah... dah sampai, penat pulak tu.. tido dulu.

Exchange Rate ialah 1 Dollar equal to RM2.59

Mandarin Orchard Road. Booked via Booking.com. Price? Almost 1000SG for three nights. RM2590.00. Haha...balik nanti baru termenung okay.. Upgraded to club room.. rezeki wehhh.

Day 2:

Pukul 8 pagi keluar dari hotel. Rupanya ada free shuttle untuk ke USS tetapi hanya untuk hotel seperti Mandarin, Hyatt, Shangri-La dan sewaktu dgnnya.. haha sabar jelah

Kami pun naik free shuttle, nak naik kena tunjuk kad bilik hotel beserta poketnya. Kali pertama kami terlepas first shuttle 9am, kali kedua dia minta poket kami x bawa poket card. Kali ketiga baru dpat naik. Kekerapan shuttle ni adalah setiap setengah jam.

And now... dah sampai di USS dengan free shuttle.



Sampai kat situ kami cari kedai makan. Kedai makan kat luar tu buka pukul 11 pagi. Just nice. Itulah hikmahnya kami terlepas shuttle. Tunggu dalam 5 minit kedai makan di buka. Hanya ada dua kedai halal kat situ, Satu kedai nasi lemak dan satu lagi kedai beriyani.

Maka, makanlah kami sepuasnya. Allahamdulilah. Berapa dollar? Nasi lemak biasa 5 dollar dan nasi lemak daging 8 dollar.

Ok dah kenyang masuklah kat dalam USS.

Permainan yg paling best pada I ialah transformers, tapi beratur...mak aiiii

Roller coaster tak main sebab masa tu hujan dan tak beroperasi. Madagascar show pun cancel. Kalau boleh pergilah di hari yg terang benderang...

Balik dalam pukul 6 petang juga with free shuttle. Sebelum balik makan kenyang2 sebab malas nak keluar dah. Penattt.

Day 3:

Hari ni hari bebas merayau2 di Kota Singa. Juga cuaca hujan renyai2.

Tempat pertama dekat2 area Orchard dulu. Ada Takasyimaya, Paragon, Robinson, Somerset hurmmm. Tapi ada lucky Plaza yg mana barang2nya murah dari tempat lain.

Boleh beli perfume dan shawl. Kedai souvenir pun banyak. Harga boleh tahan. Nak membeli x boleh convert, kalau convert abisss la... x beli la jawabnya.

Petang try naik Mrt pergi ke Bugis street. Bugis street ni macam little Bangkok. Kain baju, jam tangan dan pelbagai. Adult Shop pun ada..haha. Harga murah la juga banding dengan area Orchard.

Kalau kain baju mereka kata fixed price. So I belilah beberapa helai T Shirt dan sedikit souvenir.

Nak pergi Mandalion.. tempat lion tu eh???hujan so cancelll



 Ok. Malamnya ke Mustaffa Centre. Close to Little India la lebih kurang. Tapi sebenarnya takde apa pun yang menarik perhatianku di sini. Terdapat byk kedai mamak dan ada juga kedai makanan India. Berhati2 pilih, pilih yang ada logo Halal MUIS. Yang pentingnya, Mustaffa Centre ini dibuka  24hours. Nampak ada barisan2 coklat2 kat atas rak di sini. Dan org mcm byk membeli coklat. Mungkin murah kot.

Ok pasal makan, dalam Lucky Plaza ada satu kedai Ayam Penyet yang halal. Belakang hotel Mandarin yang kami duduk tu juga ada 7E. Di 7E ada jual nasi ayam dan dua tiga jenis nasi dan burger yang siap dipack and ada halal Singapore. Beli dan panaskan dalam microwave, bawa balik makan kat bilik.




Day 4:

Kami check out dari Mandarin Orchard dan ambik cab untuk ke JB. Cab hantar kami ke Rochor Station. Rupanya di Rochor ni orang dah ramai menunggu. Must be jammed in the causeway.
Deng, memang kami kena. naik cab dari 8:30am , sampai JB pukul 11 pagi. Mak tak sanggup. Next time kalau pergi.. naiklah flight...huhuuuu. Menyesal tak ikut nasihat En Hubby.

Tambangnya taxi dari Singapore ke JB  ialah 40 Dollar.

Dari JB kami ambil cab ke LEGOLANDDDD...




                                                                                             Lobby Legoland Hotel
 
 
Kami dengan bag2 kami .. Mcamana ni? Saya tanya kalau2 ada bilik kosong untuk saya check in sebab nak letak bag kami. Malangnya hotel fully booked. So mcamana ni? Locker yg besar pun occupied. Semua taken. Aku pun buat gaya manja meminta tolong dengan org hotel utk tumpang letak bag kami. Dengan bismillah akhirnya ada orang sudi membantu untuk simpan barang kami. Syukur Ya Allah, dipermudahkan.

Now we go... satu hari la pulak kat dalam ni. Dan malamnya kami bertolak bagi ke Kerteh. Penat dan tak mandi. Sebab kami main themepark sahaja x pergi waterpark.


Ok dari Legoland kami ambik taxi dan ambil bas untuk balik ke Kerteh. Penat tak terkataaaaa...









 

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli