2014

Assalamualaikum

Selamat Datang 2014. Tahun ni disambut dalam keadaan sangat2 suram. Semoga selepas ini ada cahaya untukku. 2013 adalah tahun yg amat perit dalam hidupku. Pelbagai dugaan telah aku tempuhi. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk kembali menjadi diriku sendiri.

Ok 2014.. Dua orang anak kesayangan akan menghadapi peperiksaan tahun ini. Alia Form 3 dan Feerdaus UPSR. Sebagai ibu, adalah tanggungjawabku memberikan mereka bantuan pendidikan yg sepatutnya dia dapat. Belum dikira tenaga yg ku gembelengkan untuknya. Apapun.. yg pasti aku akan terus berusaha dan berdoa. Semoga anak2 mendapat yg terbaik dunia dan akhirat. Kadang2 terasa seperti tiada langsung tenaga untuk ku bangun tapi hidup harus dijalani. Aku terpaksa.

Wahai anak-anakku ketahuilah bahawa ibumu terlalu menyanyangi, dari kecil sampai sekarang ibu tak pernah jemu berusaha. Selagi ibu terdaya.

Untuk ibuku, terima kasih atas jasamu membesarkan ku dan memberiku ilmu.Ibuku adalah insan yang paling istimewa dalam hidupku. Tiada gantinya.

Berjuanglah anak2 ku , jagalah akhlakmu semoga Syurga menantimu di sana...

2014 - A New Me


Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli