My Journey - Mendaki Gunung Kinabalu December 2013
(Our team)
Subahanallah..cantik
pinjam camera my dotter (Alia)
Inilah destinasi kali ini.. Allahamdulilah |
Sebenarnya trip ke Puncak Kinabalu ni dah berlangsung pada 16 & 17 Dec 2013 yg lalu. Ini baru nak share.
Check in beramai2 dan terbang ke KK. Sampai dia Airport KK kami dijemput oleh van yg telah kami book awal2. Kami dibawa ke Sabah Centre Point untuk mana2 yg ingin membeli barang2 terakhir sebelum mendaki. Ok. Ada yg beli tongkat, ada yg beli stokin dan macam2 lagi.Satu lagi disebabkan tamak saya beli lagi powerbar kat Watson hurmmm. Saya beli air, rasanya air amat penting dan kalau nak beli di kaki gunung agak mahal.
Kami bertolak ke Mesilau camp dalam pukul 5 petang, cuaca hujan.Sampai ke Mesilau camp, hari sudah malam. Dlam pukul 8 malam.Kami terus makan dinner dan sedikit taklimat untuk peserta.
Habis taklimat kami bergegas ke dorm kami. Haha cabaran pertama ialah macamana nak mandi.. Air sejuk weii. Check.. okay ada water heater. Tapi cuaca memang sejuk giler. Saat itu kubayangkan macamana la tahap kesejukan di atas sana.
Selepas mandi kami berkemas untuk mengasingkan beg yg akan dibawa sendiri dan beg yg akan dihantar ke hotel di KK, dan bag yg nak bagi potter angkut ..haha... mesti nak upah potter angkut. Saya angkut bag air dan makanan tenaga je.. Masa tu beli cadbury.. betapa byk dah cadbury ni dlam perutku. Pastu kami pun tidurkan diri.
Day 1: Pendakian
Kami bermula di Mesilau Camp seawal 8 pagi. Breakfast dan taklimat. Sedikit light exercise, so start bergerak adalah pukul 09am. Trek mesilau tidak setajam trek Timpohon kata organiser la. Tapi jaraknya extra 2km berbanding Timpohon.
Perjalanan penuh berliku, bermula KM pertama dan seterusnya. Doaku semoga aku diberi kekuatan.
Trek ini nak dikatakan susah, tak susah sangat, cuma memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kalau mental tak kuat, memang rasa nak give up. Tapi motto saya: Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya memang bernekad untuk sampai dengan selamat. Allahamdulilah dengan izin Allah saya org yg ke 4 sampai di Laban Rata. Ada 40 orang lain dibelakang ku. Sampai di Laban Rata dalam pukul 3 petang.
Sampai di Laban Rata, ada hidangan makanan menanti.Allahamdulilah. Nak mandi dan tukar baju dulu. Pengalaman nak mandi ni sangat tidak dpt dilupakan. Badan melekit dan memang busuk. Cuaca sejuk yang amat, Maybe 2'c tapi nak mandi juga. Water Heater: No. Mandilah aku sambil berjoget , sejuk Ya Allah. Tunggu bag yg dibawa potter belum sampai2 lagi. Rupanya bag sampai dengan orang last sekali pukul 8:30mlm.Sebelum tidur, dengan arahan organiser kami, ku telan panadol dan sapu minyak panas yg ada kerana nakkan tido yg lena. Pukul 2 pagi nak panjat lagi ke puncak. zzzzzz.
Pondok Schima
owh...Another two KM to Laban Rata
Menuju Laban Rata
Laban Rata di belakang tu..
Di Laban Rata
Perjalanan TurunDay 2: Pendakian dan Perjalanan Turun
Pukul 2 pagi, kami start mendaki naik ke puncak. Ini yg paling tricky, Sejuk yang amat, ramai orang kerana semua group dan bercampur dgn group lain dan dlam kegelapan. Masa ini lampu suluh di dahi amatlah diperlukan. Tq Ina yg sudi pinjamkan lampu.
Tiba di puncak pada pukul 6 pagi. Dah agak ramai org kat situ. Group kami ada dalam 10 orang yg dah sampai. Sempat solat subuh di situ. Sejuk Ya Allah ambil wuduk guna air dalam botol. Lepas tu hari semakin cerah. Subahanallah cantiknya pandangan di situ. Allah maha berkuasa.
Haaa, nak cerita pasal turun dari puncak. Patutlah org naik malam, kalau naik siang.. mahunya tak naik. Curam weh, and nak tak nak terpaksa turun guna kaki juga. Huhu. Rugi tak book turun via ferrata. Pakai harness. Jimat 2.5km kot.
Perjalanan turun Allahamdulilah. Kena berhati-hati supaya tak tergelincir. Pemandangan sangat cantik. Turun dalam pukul 6:30am sampai di Laban Rata dalam pukul 9 pagi. Packing dan check out dlam pukul 10 pagi.
Owh perjalanan turun.... itulah perjalanan sebenar. Tangkap lutut laaaa... Memang turun lebih mencabar daripada naik. Tongkat amat berguna. KM ke 4, hujan turun pulak. Licin la trek itu. Tapi potter yg membawa barang naik selamba sahaja berlari dalam hujan. Kuat diaorang ni.
Sampai di kaki Gunung Kinabalu dalam pukul 5 petang. Sejuk kena hujan dan cuaca juga sejuk.. Bag baju sejuk tak sampai lagi.. (dibawa potter) sib baik Hafiz bagi pinjam jacket Uniqlo dia. Thanks Piz.