Catatan

Aku terlanggar kucing

Subahanallah Hari yg kelabu. Ku terlanggar kucing masa nak hantar permata hati ke sekolah. Kucing tu tiba2 lari ke arah kami dan aku dah xleh buat apa2. Ya Allah, aku tengok kat side mirror, anak2 pun tengok kucing tu menggelepar. Anak2 cakap stop la mami kucing tu menggelepar. Aku kata tak apa nanti mami uruskan. Aku tak sanggup nak bagi budak2 tengok. Kebetulan, hari ini Feerdaus akan menghadapi TRIAL UPSR. Aku menangis sambil memandu, anak2ku semuanya terdiam. Sampai di sekolah aku turunkan anak2 dan selepas berdoa untuk mereka, aku kembali ke tempat kejadian. Kebetulan banyak plastik dalam kereta, aku keluarkan plastik dan ambik kucing tu. Tak sanggup nak tengok lama2. Bawa balik dan aku gali lubang tanam kat tepi parit dekat kawasan rumah. Allah, ampunilah dosa2ku. Aku menangis x henti, rasa sakit pula kepala pagi ini. Memang kucing tiada dosa, tapi aku banyak dosa. Aku ada chat dengan kawan, dia tanya comel tak kucing tu? Aku kata tak comel. Dia kata takpelah biasan...

Belajar menjadi penyabar

Salam semua Dalam kehidupan, kadangkala kita tidak sabar. Bersabar senang untuk diucapkan, tetapi adakah kita bersabar bila di uji? Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11]. Bersabarlah wahai hati. Jika kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada lagi orang lain yg ujiannya lebih berat dari kita. Oleh itu, bersyukur dan bersabarlah. Allah bersama orang2 yang sabar. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar .” – [Al-Baqarah:153] Malaysia diuji lagi. Kali ini dengan kisah MH17 yang ditembak jatuh. Berita ini benar2 membuatkan ku berfikir, setiap yang hidup pasti mati. Bila kita mati, kita akan tinggalkan segala-galanya. Kita hanya bawa dosa dan pahala sahaja. Dan kawan2 kisah saudara ki...

Ujian Allah

Salam semua Dua pagi aku di uji Allah. Cukuplah Ya Allah, aku tak sanggup. Maafkan aku Ya Allah. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Sengsarakah hidup? aku sendiri tiada jawapan. Aku pilih untuk bahagia. Aku kena belajar untuk jadi bahagia. Allah kuatkan semangatku. Allah bantulah aku. In shaa Allah

Kesayuan melanda - ups and down in life

Sayang Kubawa jauh rinduku Kerna akau telah tahu Kau bukan milikku Sayang Sesunguhnya bukan mudah Menjalani hidup ini Tanpa kau di sisi Jauh disudut hati Aku masih bermimpi Mimpi yang indah Esok kau kembali Jauh di sudut hati Ada waktu-waktunya Aku berdoa Kau pulang semula Sayang Biar ku mengingatimu Biar kugantung harapan Hingga sampai waktu Nafas terakhirku

Berbuka puasa bersama keluarga di Nilai N9

Salam 15 Ramadhan Begitu cepat masa berlalu, Sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. YA Allah ampunilah segala dosa2 kami, semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru kesucian hati kami terhadapmu Ya Allah. Kali ni nak cerita acara berbuka puasa sebelah keluarga suami. Pada hari Khamis lalu, dalam pukul 2 petang suami pergi jemput anak dari asrama di Kuala Abang Dungun, bawa balik ke Kerteh. Kami dah siap packing tunggu anak perempuan tu balik packing barang dia. Lepas semua dah packing dalam pukul 6 bertolak menuju Nilai Negeri 9. (Mak mentua tinggal di rumah adik ipar di Nilai) Singgah Kemaman untuk berbuka puasa dan meneruskan perjalanan. Agak mengantuk dan penat. Singgah sebentar di KL untuk menghantar biskut ke rumah kawan dan sempat membeli kopiah berjenama Waqi yang diusahakan oleh suami kawan saya ini. Kopiahnya agak kemas buatannya dan sesiapa berminat boleh call kawan saya 0122175856. Sampai KL dalam pukul 11.45pm. Lepas itu bertolak dari KL dalam pukul 1 pagi. Allaha...

Gaza di Bom Lagi

Salam buat semua Berikan masa anda satu minit untuk aminkan doa untuk negara Islam yang dianiaya Ya Allah Ya Qahar Ya Jabbar Ya Muntaqim Ya Dzal Jalalil wa Ikram Ya Allah, Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan dimerata tempat Ya Allah bantulah mereka, dan janganlah engkau membantu musuh  melawan mereka Ya Allah berikanlah kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh2 Ya Allah tepatkanlah tembakan senjata mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka Ya Allah satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka Ya Allah jadikanlah jihad mereka di jalanMu dan janganlah haramkan pahala jihad ke atas kami Ya Allah bantulah kaum muslimin Musnahkanlah Zionis Ya Allah Allahuakbar Jom kita menderma ke tabung Aman Palestine Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung...

Bila anak demam

Salam 11 Ramadhan 2014 Hari ini nak bercerita bila anak demam. Kronologi nya. Hari Ahad 06 July 2014. Cikgu Adam call pada pukul 1.15 tengahari mengatakan Adam demam di sekolah. Aku bergegas ke sekolah untuk mengambil Adam dan membawanya berjumpa doktor. Doktor check suhu badannya 39"c. Confirm demam dan agak tinggi suhunya. Doktor bekalkan 5 jenis ubat dan doktor kata kalau demamnya tidak hilang atau dia mengadu sakit badan aku kena bawa Adam kembali ke klinik. Doktor kata sekarang musim denggi, di klinik dia sahaja dah ada 6 kes Denggi. Ya Allah, selamatkanlah kami. Ujian tubuh badan sedang melanda Adam. Dia kanak2 darjah 3, tidak sekuat aku. Biarlah kesakitan itu diberi kepadaku sekiranya boleh. Kesian anakku. Setelah dua hari tidak ke sekolah, pagi tadi aku hantar Adam ke sekolah. Sebab malam tadi dia mula bermain dengan abangnya, setelah dua hari tidak bermain. Aku check badannya dah ok. Dalam pukul 10 pagi, cikgu telefon, Adam demam lagi. Ya Allah, ampunilah dosa...