Handphone & pelajar sekolah



Saya selalu terfikir, pada usia berapakah remaja sesuai diberi handphone?

Puas saya befikir. Tiada jawapan yang pasti.

Saya ada membaca artikel yang mengatakan Steve Jobs membenarkan anak2nya menggunakan smartphone ketika berusia 14 tahun.

Anak saya yang bongsu kini berusia 14 tahun. Ramai kawan2 seusia dia memiliki handphone sendiri dan tiada kekangan masa dari ibubapa. Boleh menggunakannya selama mana mereka suka. So dia baru diberikan handphone pada hujung December yang lalu. Sekarang dia berada di Form 2. Balik sahaja dari sekolah ambik telefon dan bermain game sampai petang. Break sekejap magrib dan terus bermain sehingga jam 10 malam. Saya sangat risau kerana saya berpendapat dia tidak pandai membahagikan masanya.

Dia kurang membuat kerja sekolah, dia gembira bermain handphone seharian. Cuma duit top up saya tidak berikan kepadanya. Dia berjimat duit sekolah untuk membeli top up. Saya kadang2 terfikir, bilakah dia akan jemu dengan permainan yang ada didalam smart phone itu? Sekarang dia bermain game PUBG Mobile. Sebelum ni dia gilakan Mobile Legend.Sesungguhnya hati ibu ini pilu bila anak bermain game dalam masa yang terlalu lama. Seriously saya bosan dan kadang2 give up. Tapi salah siapa? salah saya kan?

Sesungguhnya memang silap saya, walaupun kami ada perjanjian sebelum diberikan handphone. Dia boleh game only for two hours a day. Tapi memang terbabas. Dia juga merasakan bermain game itu tidak salah dan part of his life. Cuma dalam perjanjian setiap malam rabu dia perlu tusyen. So malam rabu dia tidak boleh bermain game selama sejam.

Lesson Learnt apa2 perjanjian dengan anak2 perlulah bertulis supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Saya kena belajar bersangka baik, dengan harapan dia akan berubah. In shaa Allah.


Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli