Aku, pantang & penjagaan badan
Allahamdulilah 11 hari ditahun baru 2019.
Kali ini saya nak berkongsi soalan yang banyak orang tanya saya. Macamana cara saya menjaga bentuk tubuh badan? Saya mulanya segan untuk berkongsi tetapi setelah lama sangat saya berfikir, saya rasa inilah masanya untuk saya berkongsi. Mana tahu bila saya sudah tiada nanti ada juga ilmu yang boleh digunakan untuk orang lain praktikkan.
Sedikit penjelasan tentang diri saya, berumur 45 tahun, memiliki 3 orang anak, 19, 16 & 13 tahun,
Berat badan saya 48kg dan potongan badan adalah 36, 26,38, Pertama orang suka tanya saya berapa berat badan saya, mereka kata tak percaya 48, mereka ingat berat saya dalam 45kg.
Oklah kita teruskan kepada apa amalan penjagaan badan saya. Semasa saya berkahwin berat badan saya 43kg, pada saya terlalu kurus. Selepas melahirkan anak, berat saya 45kg. Ok dah naik 2kg,
Sebenarnya amalan saya dalam pantang yang saya ingin share dengan kawan2. Apabila saya tahu saya mengandung ibu dah pesan, simpan duit banyak2 sebab nanti dalam pantang kamu nak pakai duit banyak. Saya tak faham saya tanya apa maksud ibu? katanya nanti kita nak booking tukang urut dan juga tukang tungku. Saya tanya perlu ke tu semua? ibu jawab wajib, Sebab badan kita nak pakai lama, yang beranak, yang sakit kamu kalau kamu tak jaga siapa nak jaga kamu? Saya pun berfikir, betul juga kata2 ibu. Ok takpe kita simpan duit dulu.
Allahamdulilah hari bersalin pun sampai dan saya melahirkan secara normal, syukur kpd Allah. Dah balik rumah ibu dah sediakan makanan dalam pantang. Lepas tu dia kata hari ni rehat dulu. Esok Mok Yah datang urut dan tungku.
Esoknya seawal 8 pagi Mok Yah dah terjongol depan pintu bilikku. Ibu dah bentangkan kain untuk mengurut.Dia pesan Mok Yah urut betul2. Hari pertama berurut Mok Yah urutkan satu badan dan tempat2 yang boleh merangsang susu. Allahamdulilah susu anak memang banyak dan cukup.
Hari ketiga start bertungku. 2 biji tungku dibakar ibu diwaktu pagi. Ibu pesan Mok Yah jangan tertidur semasa bertungku, hehe ngeri weh takut tungku tu letak lama2 terbakar badan iols.
Sebenarnya amalan bertungku ini sangat bagus, badan kita jadi panas, perjalanan darah yang konsisten, urat2 jadi lembut dan angin2 dibuang. Selepas habis berurut dan bertungku saya akan pergi mandi dan ibu pula dgn tenaga yang ada selepas mandi akan membalut perutku. Barut tu pakailah sepanjang hari & malam. Tak boleh tak barut perut.Kadangkala rimas juga tapi fikir untuk kesihatan diri. Allahamdulilah perut mengalami garis pecah yang sangat minima dan macam tak nampak pun. Aku memang mengelak dari menggaru walaupun gatal yang amat.Bahan2 yang digunakan adalah set bersalin nona roguy.
Makanan dalam pantang yg disediakan ibu juga semuanya berkhasiat, nasi tak boleh tambah ya.20 hari pertama makan nasi, lada hitam dan ikan panggang. Jenis ikan yang boleh dimakan juga ditentukan ibu. Contoh ikan selar, ikan tenggiri. Air akar kayu kena paksa minum weh. Setiap pagi telan 2 biji telur ayam kampung dikacau dengan madu.. Suka atau tidak mesti kena tekan, nanti ibu dtg spot check bising la kalua saya tak telan telur tu.20 hari pertama ibu memang jaga betul2 permakananku. Lepas 20 hari ada kelonggaran boleh makan ayam tetapi tidak bergoreng. Takut gatal katanya. Sup ayam jelah.
Ok urut dan tungku dipagi hari oleh Mok Yah tu dah best sangat. Tapi ibu tak habis di situ, petang dalam ptg dlm pkl 4.30 dia dah start letak tungku atas dapur. Ok pkl 5 start bertungku sendiri pula. 2 biji uols sampai tungku sejuk. Kalau anak nk netek break dan sambung tungku lagi.
Itulah cara saya jaga badan dalam pantang, untuk ketiga-tiga anak. Memang berhabis wang ringgit tapi saya tahu ibu buat untuk kebaikan saya. Sekarang allahamdulilah di usia 45 tahun saya sedar apa yang ibu buat itu yang terbaik.
Pada usia sekarang saya juga mengamalan meminum air suam atau air kosong, tidak mengambil ais, minum green tea, berjogging dan Zumba bila ada masa.
Kawan2 jagalah diri kamu kerana kalau kita sihat in shaa Allah kita pumya tenaga untuk jaga keluarga kita.