Mensyukuri Nikmat Allah- Cerita beli sudu garpu harga RM3000

Assalamualaikum


Sabtu 5 January 2018

Aku dan ibu.

Seriously aku sayang ibu, Insan yang melahir . menyusukan dan membesarkan aku. Memberiku wang sehingga aku tamat Diploma ku, Terima kasih ibu.Tiada apa yang dapat aku balas, Hanya ibu yang datang semasa konvoku. Terima kasih ibu.Kerana ayah telah meninggalkan kami sebelum itu.

Kini usia ibu mencecah 70 tahun. Allahamdulilah masih sihat. Ibu suka travel. Ke sana sini, kami pernah ke Eropah selama 2 minggu Bersama-sama. Sepanjang Bersama byk sikap ibu yang membuatkan aku rasa nak balik tapi aku bersabar. Agaknya begitulah dia menjagaku semasa kecil, Mungkin ada give up di hatinya.

Ibu kuat membebel, suka bercerita perihal kebaikan orang lain dan kekayaan orang lain. Selalu bercerita tentang adik beradik lain yang kaya raya. Memang kadangkala aku terkilan kerana yang kaya raya tu balik sekali setahun pun payah. Tapi dia tak Nampak semua itu. Aku memang sedih tapi ibu sangat suka bercerita benda yang sama. Adik beradikku yang kaya itu punya rumah besar, ada bibik, ada driver dsbgnya. Allah itu kan rezeki dia, aku hanya bersyukur dgn rezekiku. Allahamdulilah.

Semalam aku call ibu, selalu memang aku akan call sebulan like 2 kali utk berborak dan kebetulan aku ada membeli barang pesanannya secara online dan just utk tanya barang dah sampai ke belum. Diapun cakap barang dah sampai dah diapun update pasal dia ke KL last week. Dia pergi ke rumah sepupuku. Pangkat anak saudara dialah. Ibu pergi Bersama adiknya iaitu ibu kepada sepupuku.

Dia bercerita tentang suami sepupuku yang baik, kaya raya, rumah 2 tingkat setengah, ada gym, ada kereta besar dan mempunya suami yang sangat baik, rajin tidak berkira dan membawanya makan di tempat2 mahal.  Aku hanya menjawab Allahamdulilah untung sepupuku. Semoga Allah rahmati rumahtangga mereka. Kadangkala ibu tidak sedar dia terlalu mengagungkan orang lain. Aku syukur utk sepupuku tapi aku tahu itu bahagian rezekinya di dunia. Tiada manusia sebaik malaikat.

Aku yang sensitive atau ibu yang tak perasan, aku kembali ingat kepada Allah, nikmat yang Allah beri kepadaku. Walaupun banyak ujian hidup yang aku lalui Allah juga beri rezeki kepada kami. Allahamdulilah. Masih ada makan dan pakai, masih ada waktu dan sedikit wang utk bercuti Bersama keluarga, masih ada rumah untuk kami berlindung dari panas dan hujan. Allahamdulilah. Besarnya nikmat Allah untuk kami.

Kadangkala aku juga memberi hadiah buat ibu, tapi sekarang aku rasa lebih sesuai diberikan duit cash. Pernah aku belikan handbag ditanyakan aku ini ori ke? aku order handbag tu dari US kot, memang aku sentap tapi aku senyum sahaja. Tidak mengapalah, mungkin semasa kecilku aku ada menyakiti hati ibu dan sekarang masa utk aku pula untuk merasakan pedih.

Dia juga memuji2 handbag yang diberikan oleh adikku yang berharga 7k. Serius aku tak mampu nk beli handbag 7k, yang aku beli itupun aku kira lepas bajet walaupun agak berjenama. Aku menulis di sini adalah untuk peringatan, sekiranya suatu hari nanti anak2 membelikan kita apa2 berterima kasih dan bergembiralah, tunjukkan kamu happy dengan apa yang dihadiahkan oleh anak2mu. Mereka dah keluar effort untuk membuatmu bahagia. Takyah la tanya harga, kalua nak tahu google la sendiri

Walaupun kadangkala kita tak sedar apa yang kita sebut, kadangkala anak2 mungkin terasa hati. Ibu baik, cukup sifat keibuannya, tetapi dia sudah biasa hidup mengagungkan kekayaan. Banyak orang kaya di sekelilingnya. Adiknya seorang yang bergelar datuk dan hidup mewah. Dia bercerita mengenai adiknya yang membeli sudu dan garpu berharga 3k. Biarlah kerana mereka mampu. Aku? ada yang harga RM50 pun aku dah syukur. Siapa tak nak yang mahal kan? tapi duit aku banyak lagi nak guna untuk menampung kehidupan. Sesungguhnya hidup ini sementara, tiada yang kekal. Semoga ibu slow2 sikit dalam mengagungkan kekayaan.

Itu saja dari anak yang kadang2 sentap.. tapi aku sayang ibu… maafkan aku ibu

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli