Selamat Tinggal Kucingku - 13 hari bersama Roy - 28 Julai - 10 Aug 2016
Salam semua
Hari ini aku sangat sedih.. amat2 sedih. Roy kucing yang ku kutip 12 hari yang lalu telah pergi meninggalkan aku dan keluarga.
Pada satu pagi jumaat, aku dlm perjalanan utk hantar kawan ke stesen bas, aku nampak ada kucing di tengah jalan, dia duduk betul2 di tengah jalan.
Aku minta kawan aku tlg alih, kawan aku cakap kucing tu sakit tapi comel. aku kata kesian pulak.
Aku pun ke Paka nak hantar kawan naik bas. Dalam hati aku duk berfikir dah kalau kucing tu masih ada nanti aku pergi ambik.
Usai anak2 solat jumaat, aku cakap dgn diaorang jom kita g tengok, kalau ada korang tlg ambik ya.
Dan.. aku jumpa anak kucing itu disitu. umurnya mungkin dlm 3 bulan. Anak aku ambik dia dlm keadaan kurus kering. hingus dan taik mata bertempek2.
Kami mandikan dan jaga dia. Suami tolong bawakan pergi klinik dan diberi ubat dan kena injection.
Anak aku bagi kucing tu nama roy, comel sangat bulu dia. Sampai je rumah nampak dia makan dengan bersungguh.
Kami cari bekas utk letak pasir. Aku tunggu selepas sehari dia pun berak. allahamdulilah. Positive.
Kalau dia berak aku anggap dia sihat. Nampak dia cergas sedikit. Boleh bergerak sana sini dan makan dengan teratur.
Pada hari jumaat genap seminggu aku ambik dia, nampak dia kurang makan semula tapi aku x syak apa2 sebab dia makan.. cuma x byak.
Dia bergerak mcm biasa, tapi dia mmg jenis x active, mungkin sebab dia dah sakit lama kot sebelum aku kutip.
Hingus masih belum baik.. Aku beli ubat selsema yg lain utk dia.
Hari Selasa pagi, aku bagi nasi dia x mau makan. aku tgok dia mcm penat dan lalat start hurung dia.
aku cuci semua dan tinggal pergi kerja. aku balik kerja aku tengok mulut dia berbuih. aku pun start menangis.
sebab kawan aku pernah cakap kalau mulut berbuih tak lama la tu. aku tengok airmata dia mengalir.
subahanallah, dia menangis.. aku lagilah menangis...kejap2 aku tengok dia
nak tido aku tengok lagi.. aku bangun pkl 6 pagi tengok dia dah keras...
Roy dah pergi.. selamat tinggal sayang.
mummy sayang kamu roy...