Giliran kucingku Kiki pulak kena ear infection (sakit telinga)
Salam semua
Hari ini Ahad 14/08/2016.
Update kali ni pasal kucingku Kiki yang mula sakit pada hari Khamis 11/08/2016.
Aku balik dari kerja dlam pukul 5ptg, aku tengok kiki tidur dan Nampak mcm penat. Peliklah pula, selalunya Kiki adalah kucing yang cergas.
Aku Tanya feerdaus dia kata kiki tidor sejak abang balik pkl 3 ptg tadi.
Aku tengok kiki mcm lemah. Aku rebus ayam utk dia makan. dia makan je. tapi bila bagi air dia xnak minum air.. adusss kiki jangan2 kena sakit mcam roy. Roy mati disebabkan oleh virus pravo.
Aku dah mula risau, shoot masuk air kemulut dia dalam 15 minit sekali. pastu cari info pasal virus pravo.
malam pun berjaga bagi air kat dia. Pagi & tengahri jumaat dia makan sikit tapi dia x mahu minum air. Tengahari tu last dia makan pastu langsung dia x makan.
Kami monitor kiki dengan rapi. Air diberi average 15 minit sekali. bila dia kencing kami gembira dan bersyukur. Ptg jumaat dia memang sangat lemah. baring dan keluar airmata.
Hatiku dah rasa tak sedap, mcamana dengan kiki ni? call doc berkali-kali, doc kata x boleh drip sebab kucing susah nak drip. Anak balik dari kuantan belikan dia energy drink, vitamin, dan mcm2 supplement. juga ubat demam. Dan wet food yang best2. Yang kelakarnya bila dia cakap telefon dengan kiki, kiki.. tunggu abang balik ya... abang belikan kiki mainan. hurmmm.. adam, kiki tu sakit tak boleh nak main buat masa ni.. huhu
kiki mmg dah tiada selera makan. Aku pun susah hati dan tak lena tidur. Malam tu kami check ada discaj hitam keluar dr telinga kiki dan dia asik menggaru.
Pagi sabtu sepatutnya aku menghadiri kelas aiskrim, anak2 kata demi kiki mummy x payahlah pergi kelas aiskrim.
Badan kiki menggeletar. Kesian sangat tengok. Kiki yang nakal dan aktif kini diam dan pandang sepi pd makanannya.
Aku tak pergi ke kelas aiskrim dan decide utk bawa kiki ke klinik haiwan di kuantan. Drive dalam sejam lebih ke kuantan.
Mulanya nak cari klinik dr lien ni tak jumpa, aku dah pusing kot2 area kamdar baru di kuantan tu. pastu aku try cari klinik jawhari. jumpalah.
Bila pergi Tanya kiki patient ke 10. Dan kena tinggal. ofcourse aku tak nak tinggal dalam keadaan dia mcm tu. lagipun aku takut dengan virus2 kucing lain..
setelah berbincang dengan anak2 kita try lagi sekali cari klinik haiwan tu. Akhirnya jumpa klinik doc lien. Aku sampai 1:30pm, dia kata waktu tu lunch hour dia. so dia minta aku dtg balik 2:15pm.
Bila aku dating balik dia check memang kiki ada ear infection. Dia titis ubat dan inject ubat demam. Demam kiki mencecah 40" darjah celcius.
Caj rawatan adalah Rm185. Sesungguhnya kos rawatan kucing ini mahal. Ada terjumpa seorang adik ni bawa kucing dia juga. dia kata kucing dia pernah kena ear infection caj pun pernah mencecah rm300. Aduss semoga ada rezeki kita lebih untuk bela kamu ni kiki.
Setelah selesai rawatan kiki, kami balik ke Kerteh.
Malam tadi juga sepi, kami masih bagi dia air melalui syringe, dia juga diam dan sepi sahaja. sedihnya tengok dia terbaring sambil memandangku.
pukul 4 pagi aku bangun bagi air kat dia. Dalam pkl 6:50pagi aku try bagi makanan. Allahamdulilah dia makan sikit. gembira anak2 melihat kiki makan. Syukur pada Allah.
Semoga kiki cepat sembuh.
#prayfor kiki