Akak, rumah pertama dan hartanah

Jeng-jeng lama juga x menulis di sini. Kali ni akak tetiba rasa mcm ada aura kebangkitan semula. Nak jadi penjual Tanah. Kisah akak ni bermula dah lama... jeng jeng. Tahun 1999, ceritanya setelah berkahwin kami ingin memiliki rumah pertama.


 So kami pun pergi usha perumahan2 yang wujud kat kerteh. Masa tu tak banyak perumahan yang ada. Yang glamer sikit adalah perumahan panalex under PERMINT. Kerajaan negeri Terengganu. Kami tengok dan survey harga. Masa tu rumah tu berharga 64k kalau x silap akak untuk lot tengah. Kami pun mengeluarkan RM500 utk booking. Masa tu RM500 tu banyak la kiranya. Untuk pasangan pengantin yang baru kahwin. Ngandung lagi. Perut besar nak belanja untuk bersalin lagi.


Lepas dah bayar deposit, ada kawan ofis suami datang ofis bawa pelan Tanah. Dia kata ada Tanah nak jual kat area Kerteh. Kami pun berfikir berkali-kali.. kalau beli Tanah boleh buat rumah luas sikit, ada kawasan sikit, selesa sikit. dan macam2. So kami pun sepakat suami isteri untuk tanda pangkah maknanya booking kat lot 8993. So disitu bermulalah urusan pembelian Tanah kami. Harga Tanah satu lot di Kerteh pada msa itu tahun 1999 adalah 23k selot


. Untuk masa tu 23k tu banyak juga bagi kami. Allahamdulilah sekarang dah tahun ke 14 kami menetap di lot 8993. Kalau nak tahu mcamana kami beli Tanah tu, duit dari mana... korang kena baca sampai habislah. Ok mcamana kami dpat duit beli tanah tu? Duit beli tanah itu adalah sedikit daripada duit simpanan. RM5k pinjam dengan mak mentua. Sebab apa pinjam? sebab kami tak cukup duit. Dan kami bayar sikit2 bila ada duit. Masa kahwin akak ada hutang kereta kena byar Rm400 sebulan dan sewa rumah 270 sebulan. Bil2 dlm 300 sebulan masa tu xde astro atau hp ok. Tapi kami beranikan diri untuk beli.


Sebab kalau kami x beli, memang kami takkan beli sampai bila agaknya. Kami tawakal dan allahamdulilah kami beli dan Berjaya langsaikan hutang2 tersebut. Pastu nak buat rumah pulak, nak buat rumah kena ada cash. Nasib baik masa tu PETRONAS ada pinjaman perumahan. Akak hanya layak buat RM98k je pada masa tu mengikut slip gaji pada waktu itu. Rumah apa boleh dpat dgn 98k? Allahamdulilah sebuah bunglow 3 bilik, yang kami huni sampai sekarang. Nasihat akak, belilah hartanah. In shaa Allah berbaloi kerana harganya pasti akan naik.


Sekarang rumah ni dah bervalue 450k, Rumah pertama kami dan sudah semestinya mempunyai banyak kenangan pahit dan manis di sini. Untuk anak2 muda yg mula bekerja, simpanlah duit untuk beli rumah/Tanah kerana harga hartanah semakin meningkat.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli