Aku dan Hyperthyroid
Assalamualaikum gais
Lama tak menulis, tiba hari ni aku nk cerita tentang apa dah jadi dengan aku.
Awal tahun 2020, aku rasa ada sedikit kelainan dgn tubuh bandanku. Aku jadi cepat mengah dan tangan terketar2. Aku biar je dulu, aku fikir ooo 47 tahun kot, patut kot badan mcm ni. Then start pkp bulan 3 aku mulai batuk.. eh batuk ni mcm lama kot, masuk fasa pkpb pun tak abis lagi batuk. Pelik tau sbb sebelum aku x pernah gitu. Allahamdulilah Allah bagi aku sihat selamat 46 tahun lebih. Tidak pernah masuk wad kecuali bersalin 3x. Tapi ini,ujian apakah.
Setelah 2 bulan lebih duk dirumah, aku ke rumah kawan kerana menghantar belon hadiah harijadinya... Dia tegur aku.. kau nampak kurus weh, nampak lesuuuu.. What??? aku kan selalu cergas kataku dalam hati.. pastu kami gurau2. Balik umah dia mesej aku, dia kata eh kau pergi la klinik, cuba check jangan2 thyroid... What?? Thyroid, laki aku pun ada cakap benda yg sama 2 bulan lepas.... laki dah bawa ke depan klinik aku x nk turun.. hahaha. Aku kata I will go when I am ready.. haha sejenis perangai kerasss kepala.
Ok bila husband pergi kerja pada 28/5/2020, aku pergi klinik. Aku jumpa dan doktor soalan pertama aku, doc.. apa symtom2 thyroid, Doctor jelaskan pada aku, yg aku rasa tangan terketar2, nafas mengah dan berpeluh weii, aku berpeluh walaupun dalam ekon, aku sangka itu hot flush menopause, rupanya tidak.
Selepas 3 hari, aku kembali ke klinik. As expected result darah ada hyperthyroid korang. Perasaan aku? aku yg sangka aku paling sihat selama ni. Aku jaga makan, aku excercise, aku mmg tak makan sembarangan tapi ujiannya begini. Thyroid gland dan over active,, aku x nangis, sbb aku dah expect. Sebelum pergi klinik aku dah set, i am prepared for any results.
Aku dah join grup2 thyroid kat fb, aku nk kaji apa yg mereka buat, apa diet dan ada juga yg kembali normal.. doakan aku gais semoga kembali normal.Aku minta husband join grup tu juga, supaya dia kenal apa penyakit ini. Allahamdulilah kalau mlm walau dlm ekon tiba2 aku peluh aku terjaga dia tolong kipaskan dengan bantal haha.. ini awal2 harap2 dia sweet hingga ke akhirnyaaa
Doctor dah prescribed aku untuk makan ubat Carbimazol 15g, sebiji 5g, aku kena makan 3 biji. Lepas 3 bulan kita check smula darah tengok ada improvement atau tidak. Aku ni memang susah nk makan ubat, macam org kena letak pistol baru aku telan, tapi sekarang aku rasional, aku nk sihat, aku nk baik aku mesti makan ubat. Aku selalu berpuasa 2x seminggu, so aku tukar jadual ubat, aku time jam pkl 8 mlam setiap hari, aku kena makan ubat setiap pkl 8 mlm. Doakan aku istiqomah gais. Hilang dah penyakit keras kepala dengan ubat.
Gais, kalau korang sakit pergilah check supaya tidak terlambat. kita cuba ubati apa2 sakit yg kita ada. Aku tahu pasti ada hikmahnya. In shaa Allah. Nanti aku share pasal diet pula untuk pesakit hyperthyroid.