Hat Yai & Songkhla 19-21 December 2018 (memandu dari Sungai Kolok)
Salam semua Ok kali ini cerita ke Hat Yai lagiii . Jangan boring tau sbb setiap kali pergi ada je tempat baru kami explore. 19/12/2018 _ Day 1 Trip bermula dari Sg Kolok, Pukul 8 pagi sudah berada di Kompleks ICS Rantau Panjang. Sekarang ni kalau nak chop passport hanya driver sahaja yg boleh chop. Penumpang kena turun jalan kaki.. hehe. Ok dah chop sebelah Malaysia, sampai pula kat Immigresen Thailand, chop lagi sekali. Isi arrival card, beli insurance. Cara beli insurance untuk memandu di Thailand,nak mudah kami beli kat kompleks immigration Thailand harga adalah RM30 untuk sebulan. Document yg diperlukan adalah Geran Asal Kenderaan. Untuk yg memandu kenderaan dengan nama orang lain, kena bawa surat pengesahan atau surat dari pesuruhjaya sumpah. Bayaran untuk pesuruhjaya sumpah adalah RM15. Tapi kena buat kat Malaysia la surat tu. Geran Asal tetap kena bawa & copy IC owner asal. Dah selesai beli insurance kami pun bergerak. Ok masuk je Sg Kolok kami pergi ke kedai HP. Be