Motivasi pagi 4 Jan 2016
Hari ke 4 di tahun 2016, sesungguhnya life is not easy but I have to pretend it to be easy.
Untuk anak2ku, aku mengenepikan perasaan sendiri, rasa down dan rasa tak puashati. Hidup ini memang untuk dilukai.
Tapi jangan biarkan luka itu mengawal hidupku. Kawal hidup dengan sikap rasional. Tidak boleh terlalu sensitive apabila dikata. Apa2 perkataan sekalipun yg keluar dari mulutnya aku cuba untuk memaafkan kerana aku sayangkan anak2. Selesakah hidupku tanpa suami? aku tak pasti. Tetapi aku seorang wanita yang cuba mempertahankan rumahtangga dengan sedaya upaya dan dengan izin Allah.
Sebab untuk mempertahankan adalah tiga orang zuriat dari Allah taala itu, aku juga memerhatikan teman2 yang hidup tanpa suami, memang mereka bebas membuat keputusan, bebas ke sana dan ke sini, tetapi didalam hati mereka tetap ada kekurangan. Dihati anak2 juga ada kekurangan. Walaupun sekarang serba kekurangan sekurang-kurangnya anak2 masih hidup sebumbung dengan ayah mereka. Selagi ada hayat suami.
Kalau mengikut perasaan, kasihsayang sudah lama pergi, kerana aku rasa tidak adil hidup dlam rumahtangga yang semuanya harus dilakukan sendiri. Dari sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar benda tapi percayalah Allah ada untuk melihat, Allah ada untuk menilai. Ikhlaskanlah hatimu wahai Noor Aida Fazwani. Serahkan pada Allah segalanya. Ini ujian dia terhadapmu. Kau sabarlah selagi kau mampu.
Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman
( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan
( ulang dari korus )
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis
-------------------------------------------------------------------
Semoga 2016 memberi semangat yang tak putus. Semoga ianya juga memberi rezeki yg tidak diduga.
Apa2hal, kau tawakkalah kerana penciptamu sedang memerhatikanmu.
Terima kasih Ya Allah atas segalanya.