2016 dan Projek Jubah MakEngku

Assalamualaikum Bismillahirahmanirahim. Dengan ini projek jubbah bermula. Jumaat lepas saya dah pergi memborong kain. Tempat memborong adalah jakel kuantan. kalau mengikut kata hati nak ke KL untuk shopping kain. Tetapi setelah membuat beberapa pengiraan dan juga dengan bajet yang ciput ini, saya beli sahaja di kuantan. Sebelum ke kedai Jakel Kuantan,saya menelefon dulu untuk membuat appointment dengan staff mereka yang pakar dlm bidang kain dan untuk check stock yang mereka ada. Allahamdulilah bertemua En Farid dia Jakel Kuantan dan beliau banyak membantu. Harga yang dibeli saya tak pasti murah atau mahal kerana saya tidak membuat comparison. Total jumlah kain yang dibeli adalah 185.5 meter. Anggaran jubah yang akan dihasilkan ialah 53 helai. Ya Allah rahmatilah permulaan ini. Berikanlah aku rezeki yang halal dan berkat. Step kedua nak tempah label baju. Dan sekarang dalam proses melamar tukang jahit2 yang berpengalaman. Sekiranya ada rezeki in shaa Allah hujung minggu ini projek ini akan bermula. Hanya kepada Allah kuserahkan segalanya. jatuh bangun dalam berniaga sudah aku rasakan. Segalanya milikmu Ya Allah dan kepadamulah aku akan kembali.

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli