Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Hidup Tidak Pernah Adil

Salam 2 Ramadhan 2014 Plan untuk ceria setiap hari. Tetapi pagi ini berlalu dengan episod emosi. Alangkah susahnya untuk meraih pahala apabila isteri tidak menyenangkan hati suami. Terus kita berada di dalam dosa dan mungkin amalan kita juga menjadi sia2. Tapi jika suami tidak menyenangkan isteri? Adakah mereka tidak berdosa? Hidup berumahtangga selalu di duga. Disebabkan permintaan kecilku, ia menjadi sebuah pergaduhan. Allah, apakah ini ujian mu? Sudah tentu. Aku rasa ingin lari... jauh... tapi ke mana? Tiada tempat lain untukku melainkan kembali kepadaMu. Tapi kenapa nyawaku belum di ambil? Hanya kau sahaja Ya Allah yg mengetahui jawapannya. Sesungguhnya segala yang berada dimuka bumi ini adalah rahsiamu. Maafkan aku Ya Allah. Aku tidak pernah mengjangkakan hidup aku akan jadi begini. Bukan aku tidak bersyukur, Aku sangat2 bersyukur dengan limpahan kurniaanmu. Aku ingin bahagia, Aku ingin berbahagia Ya Allah. Tolonglah aku Ya Allah. Hanya kau yang mengetahui apa yang ter

Salam Ramadhan 2014

Assalamualaikum semua Marhaban Ya Ramadhan kepada semua umat Islam all over the world. Bersyukurlah dengan kesihatan yang diberikan Allah Taala kepada kita. Gunakanlah masa di bulan Ramadhan ini untuk meraih pahala dan meminta pegampunan di atas dosa2 kita. Ya Allah ampunilah segala dosa2 ku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Nak berkongsi pasal malam tadi saya ke Masjid Tengku Mizan Kerteh untuk menunaikan solat terawikh. Masa saya pergi tu saf bawah sudah penuh tapi masih boleh muat lagi. Tapi saya saja naik ke atas untuk bersolat di atas walaupun saya tahu kat atas tu memang panas. Ada beberapa buah kipas di ruang atas tapi nasiblah kalau tak boleh duduk bawah kipas kalau tak kenalah duduk kat tengah2 yg takde kipas.Dan saya tengok ada orang yg sanggup putus saf sebab nak solat bawah kipas. Tak baik tau.. Kebetulan saya terpandang screen LED kat atas tu, Projek menaik taraf penghawa dingin untuk masjid. Masjid memerlukan RM200,000.00 untuk memasang aircond di dalam masjid

Ramadhan dan kuih raya 2014

Imej
Salam semua Ramadhan semakin menghampiri kita. Apakah persiapan Ramadhan kali ini? Saya seperti biasa akan berazam seperti ini:- 1) Tidak mahu membazir dengan juadah berbuka puasa 2) Tidak mahu membazir membeli pakaian raya yg sebenarnya tidak perlu pun 3) Tidak mahu membazir menghias rumah dengan langsir baru (FYI langsir yg ada tu pun dah 12 tahun kami pakai) 4) Tapi saya teringin nak laminating floor yg baru untuk ruang tamu hahah.. x boleh blah statement ini 5) Saya tak akan membeli lagi bekas kuih raya keluaran terbaru brand tupperware sebab dah terlalu banyak 6) Saya tak akan membeli kuih raya yg banyak dan tak abis sampai musim haji (walaupun saya tauke kuih raya) 7) Kasut raya..rasanya ini pun tak ada dalam list saya 8) Jalan2 raya. Haha ini pun kena kurangkan disebabkan saya akan melakukan sekatan ekonomi ke atas akaun saya. Sebab saya nak beli rumah baru dan duit akan dileburkan di situ. (In Shaa Allah) 9) Derma Ramadhan dan apa2 bulan pun dalam setahu

Aku dan taubat: Insan kerdil dibumi Allah

Sesungguhnya sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya dan memaafkannya. "Sesungguhnya Allah maha mulia lagi maha mengasihani, menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkongnya. Semoga Allah menerima taubat kita. Syarat-syarat taubat : 1. Ikhlas ingin bertaubat 2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi 3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan 4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya 5. Dikerjakan sebelum ajal tiba Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya. Waktu

Happy Birthday to Me

13/6/2014 - Happy Birthday to Me : Noor Aida Fazwani Ramly (41 years old, I would say 14 years old hehe) Allahamdulilah, masih diberi umur oleh Allah untuk berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama. Dengan bertambahnya umur ini, semoga bertambahlah amalan kebaikanku. Allah ampunilah dosa hambamu ini. Pasti ada sebabnya kau masih memanjangkan umurku ini. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanmu. Terlalu banyak yg kau beri, aku hanya mampu bersyukur. Allahamdulilah. Untuk insan2 tersayang semua, Hidup ini pentas ujian, berusahalah mengatasinya dengan sabar, berdoa dan sentiasa bersyukur. Saya dah melalui ups and down dalam hidup. Saat susah dan senang kita terpaksa jalani juga. Istiqamahlah sentiasa kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Bersihkan hati kita, buangkan segala kebencian kerana Hidup Hanya Sekali. Go for what you want.. Wishlist saya masih banyak. Target tahun ini.. mendaki Gunung Rinjani. Semoga Allah permudahkan.  Ini juga petua awet muda ya. "D

Salahkah Menyintai- Hafiz & Rossa

Salam All   Hari ni akak feerfeeelingggg sikit.. Kita layan lirik lagi Hafiz dan Rossa ini   --------------------------------------------------------   Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan sampai saat nanti tiba waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi berat rasanya ku dapatkan semua  Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti cinta kita berdua bisa ku miliki Salahkah ku bila mencintaimu mencinta sepenuh hati  Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan sampai saat nanti tiba waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua  Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi berat rasanya ku dapatkan semua Dari situ kusedari Mungkinkah saat nanti Cinta kita berdua bisa kumiliki Salahkah.. salahkah Salahkah.. salahkah ku.. Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi berat rasanya ku dapatkan semua Dari situ kuseda

My Journey - Mendaki Gunung Kinabalu December 2013

Imej
(Our team) Subahanallah..cantik pinjam camera my dotter (Alia) Inilah destinasi kali ini.. Allahamdulilah Salam All Sebenarnya trip ke Puncak Kinabalu ni dah berlangsung pada 16 & 17 Dec 2013 yg lalu. Ini baru nak share. Check in beramai2 dan terbang ke KK. Sampai dia Airport KK kami dijemput oleh van yg telah kami book awal2. Kami dibawa ke Sabah Centre Point untuk mana2 yg ingin membeli barang2 terakhir sebelum mendaki. Ok. Ada yg beli tongkat, ada yg beli stokin dan macam2 lagi.Satu lagi disebabkan tamak saya beli lagi powerbar kat Watson hurmmm. Saya beli air,  rasanya air amat penting dan kalau nak beli di kaki gunung agak mahal. Kami bertolak ke Mesilau camp dalam pukul 5 petang, cuaca hujan.Sampai ke Mesilau camp, hari sudah malam. Dlam pukul 8 malam.Kami terus makan dinner dan sedikit taklimat untuk peserta. Habis taklimat kami bergegas ke dorm kami. Haha cabaran pertama ialah macamana nak mandi.. Air sejuk weii. Check.. okay ada water heater. Tapi

2014

Assalamualaikum Selamat Datang 2014. Tahun ni disambut dalam keadaan sangat2 suram. Semoga selepas ini ada cahaya untukku. 2013 adalah tahun yg amat perit dalam hidupku. Pelbagai dugaan telah aku tempuhi. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk kembali menjadi diriku sendiri. Ok 2014.. Dua orang anak kesayangan akan menghadapi peperiksaan tahun ini. Alia Form 3 dan Feerdaus UPSR. Sebagai ibu, adalah tanggungjawabku memberikan mereka bantuan pendidikan yg sepatutnya dia dapat. Belum dikira tenaga yg ku gembelengkan untuknya. Apapun.. yg pasti aku akan terus berusaha dan berdoa. Semoga anak2 mendapat yg terbaik dunia dan akhirat. Kadang2 terasa seperti tiada langsung tenaga untuk ku bangun tapi hidup harus dijalani. Aku terpaksa. Wahai anak-anakku ketahuilah bahawa ibumu terlalu menyanyangi, dari kecil sampai sekarang ibu tak pernah jemu berusaha. Selagi ibu terdaya. Untuk ibuku, terima kasih atas jasamu membesarkan ku dan memberiku ilmu.Ibuku adalah insan yang paling istimewa dala

Singapore ... Aku Datang 4-7 June 2014

Imej
Assalamualaikum Kali ni cerita macamana kami tiga beranak mengembara ke Singapura dari negeri Terengganu. Day: 1 Kami bertiga, me and my two sons menaiki bas dari Kerteh pada 4/6/2014. Bas bertolak pukul 11.30pagi dari Kerteh. Kami sampai ke Johor Bharu pada pukul 7:45pm. Dari stesen bas Larkin kami mengambil taxi untuk ke Tune Hotel Danga Bay sebab nak ambik tiket ke Universal Studio Singapore. Saya silap sepatutnya minta sahaja tiket di hantar ke stesen taxi. Dari Tune Hotel kami menuju ke stesen taxi. Stesen taxi untuk memasuki Singapura. Agak lama menunggu dalam sejam setengah baru dapat taxi. Tambang adalah RM60 untuk sebuah kereta. Ok ...Taxi itu hanya menghantar kami ke stesen Rochor. Dari Rochor kami kena menaiki taxi Singapura untuk membawa kami ke Hotel Mandarin Orchard Road. Wah... dah sampai, penat pulak tu.. tido dulu. Exchange Rate ialah 1 Dollar equal to RM2.59 Mandarin Orchard Road. Booked via Booking.com. Price? Almost 1000SG for three nights. RM2590.00.