Apa ada di Melbourne? 5 hari di Melbourne 26 April - 1st May 2017

Assalamualaikum semua


I terlebih rajin harini, Selepas siap entry Jogja now move ke entry Melbourne. Selepas sebulan ke Jogja akak terbang ke Melbourne pulak uols.. bukan sbb byk duit, tapi sebab banyak keinginan untuk mengembara. huhu..


Ok kita cerita pasal Melbourne.


Beli tiket Airasia bulan 6, 2016. Fly 24/4/2017 -1/5/2017


Kutip duit tabung RM100 sebulan untuk tiket tram dan makan2 dan tiket tour.Dapat 5k utk 5 Pax.


Bayar Apartment RM2000 - AUD600 untuk 4 malam @ Shamrock Street Abbostford Melbourne (closed to Ikea) - Apartment boleh book thru En Abbas 0061476 103 111.


Sampai Airport beli myki kad untuk naik tram dan beli simkad untuk internet.


LETS GO GIRL.. Bak kata En Hubby Have Fun Girls

OLD TOWN KLIA2










Day 1 - 25/4/2017 - Bergerak dari Kerteh at 1.00pm to KLIA2.


Boarding at 10:20pm, flight time adalah 8jam 20minit. Pergh menyesal beli AA sebab xde movie. Masa usha tiket harga lebih kurang MAS. Luggage masa pergi beli untuk 3 orang, tapi semua bag boleh masuk sebab kita group check in. Allahamdulilah. Balik kita beli lebih tahu dah bag akan beranak kemudian hari.




Day 2- 26/4/2017 - Arriving Melbourne. Cuaca hujan renyai 8'c. Hurmm. Arriving 8:20am dan keluar immigresen 9:20am. 10:00 am, , Ambik taxi utk ke apartment. Took about 1/2hour to arrive apartment. Sampai apartment dah zohor. Okay musim Autumm, 5.30pm dah malam/maghrib. Sampai apartment mandi2 dan mempersiapkan diri, kita pergi Coles shopping barangan dapur. Coles ni just a walking distance from out apartment. Nak tahu apa akak suka kat Coles, akak suka mixed nut cranberries.. alaa x ambik gambar pulak. Then yang banyak akak shopping ialah coklat PODs.. Ada offer kot untuk 160g harga PODs ialah 3Aud. Borong la apalagi..Menapak bawa barang buat balik apartment. Rupanya bila Tanya owner apartment, dia kata boleh je wat balik trolley sampai kat apartment... nasib baik tak tahu, kalau tahu mahu penuh 2 troli.. Eh ini baru hari pertama...jangan buat hal hakak wei.. duit tu mcam air.. Address apartment kami ialah 20 Shamrock Street Abbostsford Melbourne. Nak book apartment boleh contact En Abbas. Jalan besar kat luar tu ialah VICTORIA street. Sebelum sampai apartment Nampak mcam duk kat Vietnam sebab byk restaurant Vietnam. Maybe ini little vietnam di Melbourne. Dah hampir malam tapi keluar juga ke town. Naik tram dari Vic Street ke Parliament Street, Singgah Parliament street ambik gambar, cari hardrock café rupanya hardrock Melbourne dah closed. Ronda2 kat Flinders Street.

IKEA Melbourne


Ronda2 at Parliament House


Smileee


Day 3- 27/4/2017 - Masa untuk ke Victoria Market. Gila shopping kat Pasar ni dan mmg murah berbanding dengan kedai2 kat Flinders Street atau mana2 pun. Shopping buah2an, shopping sarung tangan lagi sbb sejuk, shopping souvenirs. Gila tengok jacket kulit, nyesal tak beli tapi kalau beli nyesal gak sebab mahal. 170Aud ( Rm586.50) dekat Rm600 gak kalau beli. Tapi sampai hari ni teringat. Rugi ke rugi? Pastu naik tram hantar barang balik ke  apartment. Souvenirs yang akak beli more to mcm pencil2 box, keychain boomerang dan keychain koala. Fridge magnet beli juga sikit. Pastu keluar lagi kali ni nak gi Brighton Beach. Tengok orang bergambar kat Brighton Beach mcam best so kenalah pergi kan? Menapak, ambik tram, ambik train dan akhirnya sampai. Dari train station nak ke rumah kotak tu adalah 1.2km menapak dan lari dari hujan.. Hujan datang tiba2 wei. Hujan berhenti menapak lagi.. Aduh gitulah kisahnya. Total 2.4km dari station nak ke rumah kotak. Gigih juga tapi viewnya juga cantik, cuma mat salleh ni biasalah bawa anjing mereka bersiar2 di ptg hari so byk anjing kat situ bersama tuannya.. Balik dari Brighton beach merayap kat Flinders street, pastu ke Bourke street masuk swavroski pastu shopping lagi kat H&M. Tewas juga dengan acara shopping yg sebenarnya tiada dlm list. Eh betul ke tiada dalam list? sendiri mau ingat.


Flinders Station
Victoria Market


Shopping
Tunggu Tram


Brighton Beach Train Station
Brighton Beach



OTW to Brighton Beach Selepas Berlari Dalam Hujan





Day 4- 28/4/17-  Confirmed shopping Day... Factory Outlet Day. DFO weii. Ambik tram dari apartment. Pastu menapak ke Flinders Station. Flinders ni boleh dikatakan setiap hari kita kunjungi sbb kat situlah main train station. Kalau nak dtg Melbourne Korang carilah jelah apartment dekat Flinders ni, Senang xyah tukar2 tram..  Ambik train ke Craigiburne, Sampai craigiburne naik bas ke DFO. Ha gitu gigih tak? mestilah gigih. Beli apa? beli swavroski, beli handbag utk mak & mentua, beli jam fossil untuk si dara kat rumah. Dia suka tak? mestilah dia suka hehe. Dalam DFO ada kedai kebab halal. Makan sampai x abis.. muak kot, fries saja setimbun hurmm. dah beberapa hari bedal kebab walaupun pagi2 sis jue kita masak nasi goreng dan sardine. Tobat xboh makan sardine sebulan pasni.  Acara menapak dari tmpat turun bas ke DFO tu pun dah kira byk bakar lemak. So mmg totally DFO day sbb semua dah penat. Harga kat DFO ni oklah boleh tahan, mcam2 ada ,barang household melambak. Bed & Bath, Cotton On, Levis dan bermacam2. Correlle haha byk kot tapi kami x minat nak beli pinggan mangkuk sebab takde En suami nak tolong angkat barang.. hua rindu juga kat cik abam tu ...  Balik malam, Sis Jue masak dan akak pergi ikea, beli bag nak isi barang2 tangkapan. Huhu, niat xboh shopping berkubur. Beli juga gituuu...









Dalam Tram nak ke Flinders nak ambik train
Lepas tram, train, lepas train tram...
 

Menapak dah penat sopink


 





Hasil Tangkapan

 



Tunggu tram nak balik









Day 5- 29/4/2017- Today is GOR Day. Lets Go to Great Ocean Road. Driver suppose ambik us at 6.30am. Akak call dia kata ouch I overslept? gitu.. Nama driver ni Uncle Milan, baik tapi a bit clumsy. Takut gak mulanya. tapi dia ok baik..sabo jelah. So dia ambik kitaorang dlam 7.20am. Pastu collect lagi yg lain2 and the journey begins. Permandangan ladang2 dan kebun.. 2 jam juga baru jumpah chocolatier showroom. Bestnya coklat.akak beli mug satu. dan few chocs. Yeah we are at The Great Ocean Road, cantik pantai2nya semua, Singgah kennet river tengok koala dan burung2.  Kangaroo pun berlari-lari kat depan mini bus kami, tapi x sempat snap photo. Awesome view Stops at few pantai2 yang cantik & lunch kat Iluka. Sambung lagi tengok kawasan hutan yg cantik dan pantai2 yg cantik. Yang paling saya suka ada London Bridge Loch Ard. Enjoy the tour with MAT Melbourne-Australian Tours.

Mommies at Chocolatier Great Ocean



Jom beli coklat




Lets enjoy the choc




Dah Nampak beach..


Kennet River with uncle Milang


Mencari jalan pulang



Cantiknya ciptaan Allah


Awesome View _ London Bridge kat Melbourne












Day 6 -30/4/2017- Last Day in Melbourne.Sekejapnya masa berlalu. Hari terakhir nak rayau2 Bandar Melbourne. Pagi2 keluar nak pergi Melbourne Zoo, ambik tram dan ambik train kat Flinders. Turun kat Royal Park. Tapi sebenarnya xde apa kat zoo. Koala dan kangaroo pun tido je. Nasib kami tak berapa balik or maybe itu time tido mereka hehe..Masuk kena 32Aud, mahal juga la. Hehe. Selepas balik dari zoo, kami ronda2 kat Bandar. Menapak jauh gila nak cari Paparich, akhirnya jumpa Nandos, Nandos pun Nandoslah dah tak larat...huhu. Balik dari Nandos lalu jalan belakang, jumpa pulok Pandora ha.. sempat lagi mek Dura rembat Pandora pulak.
Ginilah orang pompuan. Kalau kamu pompuan pesen ini kamu tahulah haha. Then masuk pulok butik2 yg sepanjang jalan tu. Kedai souvenior mmg wajib, tapi sebelum tu pergi Federation Square dulu. Naik cruise. Saya kalau ke mana2 suka naik cruise ni. suka tengok permandangan Bandar dari tasik atau Sungai. Kali ni kita menyusuri Yarra River. Tapi nak sampai kat cruise station tu jauh kami berjalan. Sebenarnya ada shortcut, dari Flinders Station jalan terus je.. kami tak tahu dan tak cukup study untuk jalan yg terdekat.. Conculsionnya.. Sesat itu menguatkan lagi semangat utk mencari... ye ke .. ye kot... gitulah kami bakar lemak di sana.. Yeehaaa... pastu jumpa pulak kedai makan halal kat situ.(Simply Thai) dan ada satu kedai Beriyani.  Beli nasi tapau la. Malam Cik Jue kita xyah masak ya. Lagipun pkl 8 dah nak gerak ke airport weh. 8.00pm kami gerak ke airport. Babai Melbourne.

 Heading to where? Zoooooo




 Welcome to the zoo
 

Koala at the back, kerjanya tido








Jue with sleeping Koala


Seals




Maz with the seals


Dah penat boleh duduk

Me with Giraffe




 
Maz with Giraffe


Hai anak2 semua, mommy love u













UGG ni sangat famous, jual boots











Our apartment utk 4 nights




Hi ulosss




Love the view


 Dulu aku sendiri













Itu dia Pandora org lain nak beli, tapi org lain yg beli hehe






Hai Melbourne


Let it go




Love the architecture in this building








 Mana tu???




 Jauhnya nak naik boat.. huhu










 Nice view DD




 Yarra River










Melbourne view from Yarra River




Kat airport, babai Melbourne with free wifi



 






Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli